Oleh Gelagat Anwar
Pendedahan Mantan Ketua Wanita Keadilan bahawa dirinya ditawarkan RM80 ribu dan jawatan di MPPP adalah sesuatu yang amat memualkan – tetapi tidak pelik. Sekarang ini, waima di kalangan ahli PKR sendiri sudah mula risau bahawa parti itu sudah tidak mempunyai moraliti dan hanya sebuah parti ‘politik’ yang tidak punya asas perjuangan lagi. Kalau dahulu, PKR ada asas perjuangan – ‘melepaskan seorang banduan dari penjara’. Sekurang-kurangnya, ada juga asas.
Ini bukan tuduhan kosong. Aminah Abdullah siap dengan bukti. Sudahpun membuat laporan polis mengandungi rakaman perbualan antara dirinya dan dua wakil PKR. Orang lama PKR, tahu sangat bila rakan lama berhubung setelah lama tidakpun mahu menjengah dirinya. Khabarnya, Aminah memang dah faham sangat dengan ‘modus operandi’ orang PKR ini. Sebab itulah semua bukti cukup dan tidak mampu disangkal.
Sebagai ‘IMAM’ PKR, Anwar perlu memanggil semula semua kariah PKR untuk mengalami proses tarbiyyah semula. Mungkin, jika Anwar serius mahu memastikan PKR terus hidup dengan landasan perjuangan – Anwar perlu mengorbankan dirinya dan mengaku ‘SALAH’ di mahkamah nanti. Barulah PKR ada landasan perjuangan semula. Kalau tidak, jenuh nak mengembalikan idealisme yang sudah bertukar menjadi ‘materialisme’ dan gila kuasa.
Dua orang yang menemui Aminah bukan pencacai biasa parti. Seorang adalah Pegawai Khas kepada EXCO Kerajaan Negeri dan seorang lagi adalah ahli MT PKR. Berjumpa bukannya sekali. Banyak kali. Terus memberikan pelbagai ‘offer’ kepada Aminah untuk menarik diri. Bersungguh betul nak memenangkan Dr Mansor. Mahunya tidak, pakar strategis Anwar kalau KALAH – bererti Anwar sudah tidak punya cengkaman di dalam parti.
Yang memusykilkan, tawaran ini dikatakan untuk memastikan PKR tidak ‘TEWAS’ seluruhnya jika PKR kalah. Ramai juga di kalangan ahli PKR di akar umbi yang tidak berkenan dengan Dr Mansor. Mahunya tidak, menutup periuk nasi orang lain – demi untuk kelangsungan politik diri sendiri. Dr Mansor, walaupun punya kredibiliti ilmu TIDAK PUNYA akal budi. Tak sanggup berada di belakang tabir. Mahu ke depan – dan menjadi penting dalam perjuangan.
PDRM sudahpun merujuk kepada SPRM dalam darihal yang berkaitan dengan isu rasuah seperti ini. Busuk dan bernanah sungguh perangai orang PKR ini. Tidak ada nilai dalam perjuangan. Apapun sanggup diserah dan dilacurkan demi seorang pemimpin bernama Anwar. Sampai bila agaknya Anwar dapat ‘enjoy’ status maksum dalam PKR ini.
The Malaysian Insider – melaporkan bahawa Anwar cukup yakin menang dalam perbicaraan kes mahkamahnya nanti. Anwar berulang kali mengatakan, TIADA PENETRATION berlaku sebagai asas untuknya berkata demikian. Anwar tidak PENETRATE Saiful pada masa dan ketika yang dinyatakan. Ini sudah disahkan oleh seorang Dr di Pusrawi (yang sudahpun menghilangkan diri kerana TAKUT?). Kalau BENAR kenapa takut? Kenapa lari?
TIADA PENETRATION – akan menjadi ‘magic word’ Anwar beberapa bulan akan datang ini. Dr dari ’seberang’ yang mungkin punya sikap bias dan tidak objektif, akan menjadi alat perundangan Anwar. Anwar akan kembali ke mahkamah dengan alasan – TIADA PENETRATION. Kita biarkan mahkamah membuat keputusan.
TIADA PENETRATION – tidak membebaskan Anwar sepenuhnya daripada tuduhan yang ada. Apakah dia seorang HOMOSEKSUAL? Apakah ada dan wujud hubungan luar tabie? Kita tunggu pendedahan Saiful nanti.
Rasuah, korupsi, tiada penetration – NILAI apa lagi yang tinggal kepada PKR?
sumber - gelagatanwar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan