MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Mei 2009

Mogok lapar : 8 wakil rakyat PR ditahan di Wisma DAP



IPOH: Lapan wakil rakyat pembangkang adalah antara 19 orang ditahan polis pagi tadi kerana menyertai perhimpunan tanpa permit di kawasan lapang berhampiran Wisma DAP di sini.

Wakil rakyat berkenaan adalah Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran.

Turut ditahan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V. Sivakumar yang juga bekas Speaker; Keshvinder Singh (Malim Nawar), Thomas Su (Pasir Pinji), Lim Pek Har (Menglembu) dan Leong Mee Meng (Jalong) yang semuanya daripada DAP.

ADUN Teja, Chang Lih Kang dan Chan Ming Kai (Simpang Pulai) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut ditahan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana enggan mematuhi arahan polis untuk bersurai walaupun setelah diberi amaran beberapa kali oleh polis.

Selain mereka dua pekerja DAP, dua anggota Unit Amal PAS dan dua orang awam turut ditahan polis antara pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Beliau berkata, Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah akan mengadakan satu sidang akhbar berhubung perkara itu di Ibu pejabat Kontinjen (IPK) Polis Perak di sini pada pukul 4 petang ini.

Sebelum itu, polis turut menahan lima pekerja lelaki sebuah syarikat pengurusan acara termasuk dua warga negara Myanmar pada pukul 7.30 pagi ketika mereka sedang memasang khemah dan alat siar raya bagi menjayakan kempen mogok lapar anjuran pakatan pembangkang di luar Wisma DAP di sini.

Polis turut merampas satu belon udara besar dengan tulisan 'Bubar DUN' dan 'Daulat Tuanku' yang dipasang di luar Wisma DAP itu.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) untuk membantu siasatan

sumber - mstar

1 ulasan:

PAKCIK berkata...

baiknya polis..orang nak berlapar pun tak bagi..