Oleh x-pkr
1. Puan Aminah Abdullah, calon bebas di Penanti adalah bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang. Beliau meninggalkan PKR pada tahun 2007 kerana tidak 'sebulu' dengan kepimpinan PKR terutama AnWAR dan isteri Dr. Wan Azizah. Beliau juga sering 'membelasah' AnWAR dan Wan Azizah dalam mesyuarat PKR Pulau Pinang.
2. Sejurus setelah Puan Aminah menyatakan hasrat ingin bertanding di Penanti menentang PKR, AnWAR menghantar Puan Suzana Manja, bekas Timbalan S/U Agung PKR menemui Puan Aminah. Puan Suzana membawa mesej AnWAR dan Wan Azizah agar Puan Aminah tidak turut serta dalam p/raya kecil Penanti nanti.
3. AnWAR tahu keupayaan Puan Aminah, namun kerana tidak mahu maruahnya tercalar, AnWAR berusaha keras memujuk Puan Aminah melalui utusannya. Malulah jika bekas Ketua Wanita PKR menentang calon PKR yang didukungi AnWAR. Pastinya juga Puan Aminah tahu 'serba sedikit' perihal dalaman AnWAR dan Wan Azizah.
4. AnWAR cuba menawarkan 'sesuatu' yang cukup besar kepada Puan Aminah agar beliau tidak menyertai p/raya di Penanti. Kesilapan Puan Suzana, utusan AnWAR, ialah beliau menyatakan bahawa 'sesuatu' itu akan datang dari AnWAR. Cubaan Puan Suzana ini juga bukan sekali, tapi berkali-kali. Pelbagai cara digunakan, panggilan telefon, SMS, emel dan juga faks.
5. Setelah Puan Suzana gagal dalam misinya, AnWAR menggunakan PKR Pulau Pinang untuk memujuk PAS kawasanJelutong untuk memujuk Puan Aminah. Puan Aminah punya hubungan akrab dengan PAS Jelutong kerana beliau tinggal di kawasan ini w/pun menjadi Ketua Wanita PKR di Bukit Bendera.
6. Mungkin 'segan' dengan pimpinan PAS Jelutong untuk bermain 'sesuatu', AnWAR menawarkan jawatan senator kepada Puan Aminah dengan syarat beliau tidak bertanding serta mengumumkan kembali kepada PKR. Puan Aminah juga ditawarkan memiliki sebuah rumah mewah di Bayan baru selepas dilantik sebagai Senator.
7. Puan Aminah seorang pejuang sejati. Tawaran demi tawaran gagal mengaburi mata beliau, matlamat perjuangannya jelas! Beliau juga pasti kenal siapa AnWAR sebenarnya. Manusia yang akan berbuat apa saja demi memenuhi matlamat peribadi. Puan Aminah telah mengumumkan beliau akan mendedahkan perkara ini dengan BUKTInya sekali, sama-sama kita nantikannya.
sumber - x-pkr
3 ulasan:
Mesti ada 'sesuatu' yg anwar takut sangat dengan Puan Aminah. Kenapa sanggup tawar macam2 agar beliau tarik diri.Negara ini kan demokrasi. Bukankah itu yg selalu dibawa oleh anwar iaitu pilihanraya yang adil & bebas. Sekarang, kenapa nak sekat orang itu ini nak bertanding.
Dia kan emak segala rasuah. Semua orang dah tahu. Dia nampak baik tetapi tak baik. Dia nampak Islamic tetapi tak Islam. Allah sahaju yang tahu. Semuga kita di jauhi orang macam puaka itu
salam,
aminah ni pembangkang dalam pkr..
dia keluar pkr kerana nampak pengaruh anak beranak Anwar Ibrahim dalam pkr.
pkr bagi die bukan memperjuangkan rakyat tapi memperjuangkan politik Anwar Ibrahim
Catat Ulasan