MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Mei 2009

Kenapa Anwar takut pendedahan Anifah Aman ?



Oleh Kumbang, AIDCclub

Pertamanya, Amerika kini berada di dalam pentadbiran baru iaitu pentadbiran Parti Demokrat. Di mana pentadbiran pentadbiran Parti Demokrat ini dikatakan lebih mementingkan dan menyokong prinsip demokrasi seperti moral, akauntabiliti dan integriti. Pentadbiran Parti Republikan dahulu di bawah Presiden Bush walau pun turut menyokong demokrasi tetapi lebih kepada 'matlamat menghalalkan cara' ini dibuktikan dengan serangan ke atas Iraq.

Justeru itu pentadbiran yang baru ini (Parti Demokrat) lebih mengutamakan nilai-nilai positif, walaupun apa yang mereka akan lakukan adalah tidak patut ataupun mencemarkan demokrasi mereka akan melakukannya dengan cara tersusun dan tertib selaras dengan prinsip demokrasi,tidak seperti pentadbiran Bush (Parti Republikan) yang melancarkan terus perang tanpa persetujuan Majlis Keselamatan PBB, ini membuktikan asalkan diakhirnya matlamat tercapai, mereka(Parti Republikan) akan melakukan apa sahaja.


Justeru itu pentadbiran yang baru ini dibawah Presiden Obama tidak dapat menerima pemimpin yang mencemarkan amalan demokrasi.

Kenyataan Anifah Aman yang mengatakan Anwar menawarkan jawatan timbalan Perdana Menteri pada beliau atas tujuan untuk merealisasikan cita-cita 16 september dan beberapa kenyataan lain berkaitan Anwar yang berlawanan dengan amalan demokrasi akan menyebabkan Amerika tidak lagi mempercayai Anwar.

Inilah sebenarnya yang ditakuti Anwar kerana pentadbiran Amerika yang baru ini mungkin akan lari daripada menyokong beliau dan menyokong kerajaan sedia ada di bawah pentadbiran Najib.


Apa yang Anwar lakukan seterusnya?

Atas dasar mengembalikan kepercayaan Amerika. Satu saman akan dikeluarkan Anwar melalui peguam SN Nair jika Anifah Aman tidak memohon maaf kepada Anwar.

Anwar mungkin berpendapat saman ini adalah terbaik untuk mengembalikan sokongan Amerika kepadanya.

Menurut artikel di blog Saiful Bukhari,Saiful Bukhari telah menyatakan Anwar akan ke Amerika pada hujung bulan Jun sebelum perbicaraan dimulakan .Walau apa pun sebabnya kunjungan Anwar ke Amerika ini, ia dilihat ramai pemerhati politik sebagai cubaan Anwar ingin meraih semula sokongan Amerika.


Kini Anwar dan Pakatan Rakyat sedang menunjukkan pada seluruh dunia bahawa kerajaan Barisan Nasional telah merampas negeri Perak daripada Pakatan Pembangkang dan kononnya membelakangkan demokrasi.


Malangnya, apabila kenyataan Anifah Aman ini keluar, ia telah menyebabkan Amerika telah mula berfikir 2 kali. Tentang, apakah sebenarnya yang sedang berlaku di Perak?
Adakah ia salah Najib atau salah Anwar?


Anwar telah mengutuk keras apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional di Perak,tapi apa yang Anwar lakukan untuk merealisasikan cita-cita 16 september beliau?

Amerika mungkin mempersoalkan sebegitu.

Amerika mahu menyokong Anwar ataupun kerajaan Najib?

Pada Kumbang selaku kononnya ikon demokrasi, Amerika boleh melihat siapa yang lebih berintegriti dan siapa yang mengamalkan politik menghalalkan cara dan membelakangkan demokrasi. Jika pentadbiran baru Amerika ini menyokong amalan dan prinsip demokrasi, adakah mereka punya alasan untuk menyokong Anwar?

Kumbang rasa tiada alasan untuk Amerika menyokong Anwar.


Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?


sumber - analisisringan

2 ulasan:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

apakah obama juga selera macam anuarisasi?

Tanpa Nama berkata...

salam otai,
dari zaman clinton,demokrat amat berhati-hati dalam membuat keputusan kerana parti demokrat memperjuangkan prinsip dan amalan demokrasi.

mereka juga tidak dapat menerima pemimpin yang menentang amalan demokrasi dan membelakanginya.
cita-cita 16 september Anwar akan menjadi penilaian, adakah Anwar relevan pada mereka yang memeperjuangkan demokrasi.

Anwar kini dalam ketakutan. Pembela 'besar' beliau sudah mula berfikir 2 kali untuk menyokong Anwar.