MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Mei 2009

Anak Raja Petra mengaku salah mencuri



SHAH ALAM: Anak lelaki penulis blog, Raja Petra Raja Kamaruddin, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap empat pertuduhan mencuri dan memiliki harta curi.

Raja Azman Raja Petra, 32, yang beralamat No 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini, mengaku bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah pada pukul 11.30 pagi.

Dia didakwa mencuri sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ milik Mohd Syaiful Setapa, 24, seorang operator pengeluaran, membabitkan kerugian RM8,000 di No 65, Jalan Batas 2, 19/6b, Seksyen 19 di sini, pada 9.30 pagi 20 Mac lepas.

Tertuduh yang ditangkap pada 6 Mei lepas juga mengaku memecah masuk ke dalam rumah Mohd Syaiful dan mencuri beg duit mengandungi kad pengenalan, wang tunai RM20, cukai jalan, kad ATM Maybank dan BSN serta lesen memandu Mohd Syaiful di alamat, masa dan tarikh yang sama.

Raja Azman juga mengaku mencuri telefon bimbit dan seutas jam tangan bernilai RM3,850 milik seorang pelajar, Saipul Adli Mohamed Yunus, 21, di rumah mangsa di No 16, Jalan Sastera, U2/1K Seksyen U2 di sini, pada 10 pagi 24 April lepas. Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, turut mengaku bersalah memiliki sebuah motosikal curi kepunyaan seorang pelajar, Ahmad Firdaus Jalaluddin, 23, bernilai RM6,000 di depan rumah No 3, Tingkat 1, Blok 1, Apartmen Kinrara Court, Puchong pada 10.40 malam 5 Mei lepas.

Majistret Norkamilah Aziz mengenakan ikat jamin RM10,500 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 19 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman.

Tidak ada sesiapa yang menjamin Raja Azman manakala bapanya tidak kelihatan dalam mahkamah sepanjang prosiding.

sumber - mstar

3 ulasan:

Unknown berkata...

Iskh..iskh..

Tu la,bapak sibuk dok membuka aib orang,aib anak sendiri tak tertutup. Malu ke RPK sampaikan tak nampak kepala botak hang!!Mana perginya duit yang hang dapat seorang=RM1 ari tu??Haa..apalagi,jamin la anak hang tuh!!Ker nak wat derma lagi??

RBF Online berkata...

bapak kencing berdiri

anak kencing berlari

taipingmali berkata...

Anak yg inginkan perhatian ibubapa. tetapi ibubapa asyik dgn hal jaga tepi kain orang lain.

Walaupun kaya dan punya harta berjuta-juta dia buat juga kerja mencuri sekadar manarik perhatian saja. atau menunjukan protes.sebab tu dia mengaku salah. senang kerja pegawai pendakwa dan hakim.