MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Mei 2009

Anwar - bapa pilihanraya kecil Malaysia

Oleh Medan Info Kita

“at any cost, BN pasti akan letak calonnya di Penanti..” itulah ramalan Anwar Ibrahim, Penipu @ Pembohong Nombor Satu Negara. Sifat Anwar yang sememangnya munafik memiliki lidah bercabang cabang acapkali mahu menghuru harakan senario politik negara…..

Akhirnya Anwar “terkena” getahnya sendiri….. Tahniah dan Syabas Datuk Seri Najib!

Keputusan BN untuk tidak mahu membazirkan wang rakyat [tax payers], tidak mahu membazir masa, tidak mahu “melayan nafsu” politik BANGANG Anwar serta pengikut-pengikutnya dari Pembangkang adalah suatu keputusan yang Bijak…., Bijak…..


Kini Anwar mengajak umat umatnya yang berbilang kaum dari PKR, yang berkopiah dan bermini telekung dari PAS dan yang menyembah berhala dari DAP untuk melabelkan UMNO dan BN sebagai penakut dan pengecut kerana tidak mahu masuk gelanggang di DUN Penanti, lihatlah segala bentuk penulisan di blog blog milik penyokong Pembangkang.

Anwar Ibrahim kali ini GAGAL dan sekaligus KECEWA kerana tidak berupaya menarik BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib untuk ikut beliau “menari irama Kopi Dangdut kesukaannya”.

Setelah Anwar mendapat keMALUan yang besar dalam isu ini, berikut adalah beberapa jawapan serta alasan “standard” keluar dari mulut Penipu Nombor Satu Negara kita mutakhir ini….;-

Keengganan BN sertai Pilihanraya kecil DUN Penanti dikira BN takut untuk menerima kekalahan……

Tapi pada tahun 2006, Pembangkang dibawah nasihat Anwar tidak sertai Pilihanraya kecil Batu Talam dikira membuat keputusan bijak, memudahkan proses pemilihan wakil rakyat dikubu kuat BN.

Bila tiga ADUN Pembangkang di Perak umum keluar parti dan menjadi Yb Bebas menyokong BN, itu dikira KHIANAT, dilabelkan Pembelot.

Tapi sebelum itu bila ADUN Bota umum tinggalkan BN dan sertai PKR, maka ini dikira Demokrasi..

Bila Mahkamah Tinggi putuskan Nizar Jamaluddin kekalkan sebagai MB Perak, maka Anwar pun menyambut dengan berkata keputusan itu adalah kemenangan buat rakyat dan sistem demokrasi negara ini…, mustahak untuk menghormati apa yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi…, bila Mahkamah Rayuan pula membenarkan Datuk Seri Dr Zambry menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Anwar mengatakan “"It is not for the court of law to decide who should be MB, this should be decided by the people's court..”


Itulah dia tingkah laku makhluk ciptaan Allah swt yang bernama Anwar Bin Ibrahim……

Anwar mahu menggangu gugat Datuk Seri Najib daripada menumpukan tugas-tugasnya sebagai Ketua Negara yang mendepani tanggungjawab memperbaiki keadaan ekonomi serta kestabilan politik tanahair.

Setelah GAGAL dengan Projek 916 [16 September] Anwar terus terusan mahu memporak-perandakan pentas politik negara. Formula Anwar adalah untuk membeli spekulasi rakyat yang akan menilai kelemahan BN menerusi siri Pilihanraya kecil.

Tsunami Mac 2008 masih belum reda gelombangnya apabila Anwar berjaya memberi tunjuk ajar sesat kepada beberapa kerajaan negeri yang dibawah telunjuknya agar membuat keputusan yang “membeli hati rakyat” biarpun perlu timbul kontrovesi terutamanya melibatkan kaum bukan melayu…..

Nah! Inilah yang meneruskan arus Tsunami Mac 2008 kepada semua Pilihanraya kecil di Semenanjung tanahair, lihat sendiri sokongan undi bukan melayu kepada Pembangkang biarpun calonnya dari parti PAS.

Oleh itu Anwar mahu menggunakan Pilihanraya kecil untuk mempamerkan kelemahan BN yang akan ditewaskan satu per satu….

Ayuh, mari kita tabalkan Anwar sebagai “BAPA PILIHANRAYA KECIL MALAYSIA”

Cukuplah apa yang berlaku di Bukit Selambau, tempat yang digunakan oleh Anwar untuk “menyelesaikan masalah dalaman” parti beliau. Kini, Anwar mahu gunakan Penanti untuk sekali lagi menipu rakyat…., yang bermasalah sebenarnya adalah pucuk pimpinan PKR, tetapi Anwar sanggup mengheret rakyat di Penanti berpesta dalam Pilihanraya kecil untuk “menyalin pakaian dalam” partinya itu.

Tepat sekali keputusan BN kali ini! Tak perlu jadi perkakas mainan politik Anwar yang menggunakan pilihanraya kecil menyelesaikan masalah dalaman PKR.

Yang pasti Anwar dan barisan penceramah-penceramahnya akan jilat tapak tangan “kempunan” untuk naik pentas dan “menghentam dan membalun” pimpinan kerajaan BN….., apalah yang hendak dikritik mereka sedangkan tiada calon dari BN yang bertanding?

Yang pasti “kemeriahan” yang diharapkan oleh Anwar tidak akan terjadi apabila penyokong-penyokong, pengikut-pengikut, petugas-petugas Pembangkang tidak perlu berbondong bondong membanjiri pekan Penanti…

Yang pasti tidak akan ada liputan yang meluas dari media elektronik dan akhbar akhbar, barangkali mungkin sewaktu selesai pilihanraya itu nanti, keputusannya pun hanya akan tersiar dimuka surat tiga atau empat, tak perlu muka depan akhbar….
Begitu juga berita tv tak perlu jadikan keputusan Pilihanraya kecil Penanti sebagai tajuk berita utama….

sumber - medan info kita


Tiada ulasan: