MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

30 Apr 2009

Tiada konspirasi dalam PAS - Syed Azman


KUALA TERENGGANU – Pas menafikan dakwaan mengatakan bahawa wujudnya konspirasi untuk melaga-lagakan pemimpin tertinggi parti itu sehingga tercetusnya pelbagai spekulasi yang cuba mengaitkan kepimpinannya.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pas Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, beliau tidak pernah menyedari berlaku perkara berkenaan yang cuba menggugat hubungan antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Sebaliknya, Syed Azman menegaskan bahawa hanya Nik Abduh (anak Nik Abdul Aziz) sahaja yang boleh memberi kenyataan sedemikian berhubung isu berkenaan.

“Kita rasakan konspirasi itu tidak pernah wujud. Itu kita kena tunggu kenyataan beliau (Nik Abduh). Saya pun mahu tahu juga.

“Kita juga tidak ambil perhatian sangat tetapi perkara yang terbaik adalah penjelasan daripada Nik Abduh sendiri,” katanya kepada :Sinar Harian: ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sebelum ini, anak kepada Menteri Besar Kelantan itu menyatakan dalam blognya bahawa wujudnya konspirasi yang cuba melaga-lagakan ayahnya dengan Abdul Hadi.

Nik Abduh dipetik sebagai berkata, konspirasi itu jelas, khususnya berhubung isu kerajaan perpaduan yang ditolak Nik Aziz berikutan pengaruh pembantu yang kononnya serba tahu tetapi seronok melaga-lagakan ayahnya dengan Abdul Hadi.

Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, Syed Azman seterusnya bertegas menolak wujudnya konspirasi seperti itu.

Syed Azman turut mengatakan bahawa kedua-dua pemimpin berkenaan mempunyai pertalian erat dan wujud kerjasama padu antara satu sama lain bagi menguatkan kedudukan parti.

“Saya percaya bahawa anggota parti tidak sesekali terpengaruh dengan kenyataan sedemikian,” katanya.

sumber - sinar harian


1 ulasan:

Taminsari berkata...

Siapa yang nak mengaku " berak di tengah jalan " sedang baunya sudah harum semerbak? Duduk dalam lajnah tidor saje kot..DAP dah bagi tumpang ROKET ke BULAN hinggakan BULAN SUDAH TERBELAH DUA, Dr.Azman tak perasan lagi..
Duduk lagi bawah tempurong???