MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

16 Apr 2009

Pilihanraya kecil DUN Penanti : strategi Anwar kekalkan momentum?

Oleh Kumbang, AIDCclub

PULAU PINANG 16 April — Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata pilihan raya kecil yang bakal diadakan di Penanti sengaja dirancang oleh Parti Keadilan Rakyat dengan tujuan mewujudkan gelombang sokongan kepada parti itu.


“Dia sengaja mencipta ’ombak’ ini supaya PKR sentiasa di hati rakyat kerana berjaya memenangi kawasan yang ditandingi,” katanya kepada Bernama ketika mengulas peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti Mohammad Fairus Khairuddin hari ini.

Mohammad Fairus, 33, daripada PKR yang dilaporkan sedang disiasat berhubung kes rasuah, sebelum ini meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I.


“Pada pandangan Gerakan, pilihan raya kecil seperti ini dirancang dan dicipta dengan motif tertentu iaitu untuk meraih populariti dan sokongan rakyat. Tidak mustahil ia akan berlanjutan sehingga pilihan raya umum ke-13 sebagai usaha memusnahkan Barisan Nasional,” kata Teng.


Beliau berkata bahawa daripada “drama” yang dimainkan oleh pembangkang sekarang, rakyat perlu menilai sejauh mana kesungguhan wakil rakyat mereka dalam usaha membangunkan negara serta menjaga kepentingan rakyat. - Bernama


Analisis Kumbang..

Baru beberapa hari selesainya 3 pilihanraya kecil, hari ini sah 1 lagi pilihanraya kecil menanti kita. Jentera kedua-dua parti Barisan Nasional dan Pakatan Pembangkang dikatakan sudah bersiap sedia lebih awal kerana sudah dijangka akan berlakunya pilihanraya kecil di kawasan DUN Penanti.


Seperti adanya kebetulan berlaku, pilihanraya kecil sering berlaku di kawasan yang dimenangi pembangkang pada PRU ke-12 lalu. Dari Permatang Pauh hingga ke Penanti, hanya 1 kawasan yang dimenangi BN semasa PRU ke-12 lalu iaitu Batang Ai. Yang lain semuanya dimenangi Pembangkang.


Adakah pilihanraya-pilihanraya kecil ini sengaja diadakan untuk mewujudkan momentum kemenangan Pakatan Pembangkang ?

Di mana ia diadakan di kawasan yang pasti dimenangi mereka.


Selain disebabkan kematian di 3 kawasan. 3 pilihanraya kecil diadakan disebabkan calon PKR meletakkan jawatan.

Adakah ini sengaja diadakan?

Adakah Anwar ini melakukan semua ini untuk mewujudkan momentum kemenangan, kerana beliau yakin menang di kawasan yang telah dimenangi pembangkang pada pru ke-12 lalu dengan majoriti selesa?


Adakah Anwar sengaja mahu melahirkan persepsi bahawa Pakatan Pembangkang diterima rakyat dengan kemenangan pilihanraya kecil yang sengaja diadakan ini, sedangkan kenyataannya tidak?


Agak menarik juga difikirkan, apabila kes Saiful keluar. Terus Anwar mengadakan pilihanraya kecil Permatang Pauh walaupun dikatakan pilihanraya kecil itu di luar perancangannya oleh sesetengah pihak dan beliau mengambil peluang mengutip undi simpati dengan tuduhan liwat itu dan menyalahkan Barisan Nasional pula.


Usaha Anwar ini diteruskan dengan kini dikatakan satu surat palsu telah keluar lagi dengan mengatakan Fairus meletak jawatan kerana ingin melanjutkan pelajaran. Lanjut pelajaran apa?

Kalau mahu lanjut pelajaran, ketika berjawatan dalam kerajaan pun apa salahnya.
Kenapa mahu berhenti?

Kalau nak lanjut pelajaran, kenapa bertanding PRU ke-12?

Budak sekolah pun boleh fikir perkara ini benar atau tidak.


Anwar mengambil kesempatan dengan krisis Fairus ini dengan mengadakan pilihanraya kecil untuk mewujudkan momentum kemenangan.

Fairus pun dikatakan akan mendedahkan segalanya, sekaligus menafikan cerita beliau meletakkan jawatan kerana ingin melanjutkan pelajaran.
Anwar nak 'divert' apa pula lepas ini?


Pada Kumbang telah nampak jelas percaturan Anwar dalam mewujudkan persepsi palsu bahawa Pakatan Pembangkang telah diterima rakyat.

Amat mudah percaturan ini, kosongkan kerusi dan menang kembali.

Bazir duit tak apa. agar kerusi dikekalkan.

Mungkin duit bukan masalah, kerana ada yang menaja. Tiada apa yang mahu dirisaukan.


Persoalannya adakah pilihanraya kecil Penanti ini strategi Anwar ingin mengekalkan momentum kemenangan Pakatan Pembangkang?


Huh..budak sekolah kalau ditanya pun boleh tahu jawapannya..


Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?

sumber - analisisringan

Tiada ulasan: