MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

16 Apr 2009

Mahkamah Persekutuan putuskan Sivakumar tiada kuasa gantung MB Perak

Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari Khamis memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri perak, V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Menteri Besar Pera, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir serta enam Exconya daripada menghadiri sidang dewan negeri itu.


Keputusan tersebut diputuskan oleh lima panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Aluddin Sheriff.

Dengan keputusan itu, Dr Zambry dan enam orang Exco yang digantung oleh Sivakumar sebelum ini boleh menghadiri sidang DUN Perak.

Pada 18 Februari lalu, Sivakumar yang mengetuai Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan DUN Perak membuat keputusan menggantung Dr Zambry selama 18 bulandan enam Exco yang lain 12 bulan ekoran berlaku perubahan kerajaan di Perak ekoran ADUN Changkat Jering, Behrang dan Jelapang keluar parti yang menjadi kerajaan campuran ketika itu dan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan yang baru.

Keputusan Sivakumar itu tidak pernah di bawa ke dalam DUN untuk dibahaskan sebaliknya beliau membuat keputusan di luar pada Suidang DUN Perak.

Berdasarkan amalan di Dewan Rakyat dalam kes Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang digantung selama satu tahun, usul untuk menggantungnya dibentangkan di Dewan Rakyat dan dibahaskan sebelum keputusan diluluskan.

Namun dalam kes Sivakumar, keputusan menggantung Dr Zambry dibuat di luar sidang Dewan dan diumum pada sidang media sahaja. - 16/4/2009



Mahkamah Persekutuan putuskan Dr Zamry guna prosedur betul cabar Sivakumar

Setelah selesai satu kes yang membabitkan kemelut politik di Perak apabila Mahkamah Persekutuan mengesahkan tiga ADUN iaitu Behrang, Changkat Jering dan Jelapang masih wakil rakyat yang sah, hari Selasa Mahkamah Persekutuan membuat satu lagi keputusan yang akan membawa kepada penyelesaian kemelut yang telah melanda politik Perak hampir tiga bulan.

Dalam keputusannya, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir serta enam Exco Kerajaan Negeri yang digantung keanggotaan DUN mereka oleh Speaker V. Sivakumar menggunakan prosedur yang betul bagi mencabar keputusan berkenaan.

Serentak itu, turut diputuskan Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan Zambry bagi membatalkan keputusan Sivakumar berkenaan.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan berkenaan setelah peguam Sivakumat mencabar sebelum ini bahawa kes berkenaan hendaklah didengar di Mahkamah Tinggi di Ipoh kerana beranggapan undang-undang tubuh negeri Perak menyatakan Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan isu berkenaan.

Pada 18 Februari lalu, Sivakumar yang mengetuai Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan DUN Perak membuat keputusan menggantung Dr Zambry dan enam Exco yang lain ekoran berlaku perubahan kerajaan di Perak ekoran ADUN Changkat Jering, Behrang dan Jelapang keluar parti yang menjadi kerajaan campuran ketika itu dan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan yang baru.

Dr Zambry jika mengikut keputusan Sivakumar digantung 18 bulan manakala enam yang lain 12 bulan.

Selain kes penggantungan oleh Sivakumar ini, masih ada satu lagi kes yang membabitkan kemelut politik Perak yang masih dalam proses perundangan iaitu kes yang dibawa oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang meminta perisytiharan bahawa beliau masih lagi Menteri Besar yang sah.

Nizar memohon perisytiharan berkenaan kerana mencabar kesahihan perlantikan Dr Zambry yang dibuat oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. – 14/3/2009

sumber - agendadaily

Tiada ulasan: