Oleh Cucu Tok Wan
Semakin jelas puak Erdogan dalam PAS-Baru sedang menepati ramalan kebanyakan penganalisa politik tempatan. Hadi Awang yang merupakan antara pengusaha utama muzakarah dan penyatuan umat Islam dalam pentadbiran dan pengurusan negara ini semakin terpinggir. Lebih tepat lagi, bakal menjadi boneka tanpa kuasa.
Muktamar ke-55 yang bakal berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam pada awal Jun nanti, pasti akan menyaksikan pertembungan luar biasa dua aliran yang menguasai kepimpinan gerakan Islam yang kali terakhir berlaku selepas Aliran Muda yang dipimpin oleh Haji Yusuf Rawa mengambilalih PAS dari tangan Aliran Tua sekitar penghujung 70-an dahulu.
Khabar semakin bertiup kencang, Husam Musa akan menentang Nasharuddin untuk jawatan Timbalan Yang Dipertua, manakala Nizar Jamaluddin yang semakin popular selepas krisis di Perak dan pilihanraya kecil Bukit Gantang bakal bertembung untuk merebut kerusi Naib Presiden bersama-sama Mahfuz Omar, Taib Azzamuddin dan beberapa nama lain.
Tidak dapat dinafikan percantuman antara PAS dan UMNO sebenarnya sedang 'diusahakan' oleh Syeikhul Pakatan Rakyat sendiri. Dengan menolak keluar pengusaha muzakarah pro-ulama di dalam PAS, 'orang berkenaan' akan memasukkan sebahagian besar orang-orangnya untuk mengawal dan menguasai PAS seperti mana yang berlaku dalam UMNO dengan Team Wawasan dahulu.
Dalam keadaan UMNO yang sangat tenat dan memerlukan tompang selain sokongan bukan-Melayu, 'orang berkenaan' berasakan peluangnya untuk menguasai pentadbiran Tanah Melayu menerusi tactical war lebih berkesan berbanding peperangan konvensional seperti yang berlaku sekarang.
Dan cara yang paling baik adalah dengan 'memunculkan' diri sebagai penyatu serta penyelamat ummah dengan mencantumkan dua badan Melayu/Islam terbesar di Tanah Melayu ini.
Permainan yang kelihatan sukar tetapi sebenarnya sudah dimudahkan menerusi langkah-langkah yang telah diambil.
p/s: Benarlah bahawa pada penghujung zaman, si bodoh akan dipandang pandai dan mereka akan diangkat sebagai pemimpin. Manakala ulama pula dipinggirkan dan dianggap jumud serta out-of-date.
sumber - depa kata
Tiada ulasan:
Catat Ulasan