MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

30 Apr 2009

Pengalaman pertemuan dengan tokoh Islam Liberal Mesir dan penilaian pemikiran Islam



Oleh : Profesor Madya Mohamad Kamil Abd. Majid

Pendahuluan

• Satu penelitian diadakan di Mesir oleh penulis & Profesor Dr. Abdul Aziz Mohd Zin pada 21 Oktober hingga 30 Oktober 2007.

• Penulis juga berkesempatan di Qatar bertemu Yusuf al-Qardhawi pada 26 Jun 2008.

Tokoh Liberal Mesir : Dr Hassan Hanafi & Jamal Al-Banna

Tokoh Pemikir Islam : Dr Muhammad Imarah, Dr Taha Jabir al-Ulwani dan Dr Yusuf al-Qardhawi.

Lain-lain tokoh : Dr Hassan al-Mashat, Dr Hamed Taha, Sayyid al-Jalayand, Dr Arafah Mansur & Duta Besar Malaysia di Kaherah, Dato’ Zainal Abidin b. Abdul Kadir.


DR NASR HAMID ABU ZAID

Pandangan Dr Nasr Hamid Abu Zaid

• Nasr Abu Zaid menulis bukunya Mafhum al-Nass-Dirasah fi Ulum al-Quran yang menjelaskan kajian beliau mengenai al-Quran dilihat daripada berbagai sudut.

• Nasr Abu Zaid memfokuskan kajiannya kepada al-Quran (dengan mengenepikan ulama terdahulu) sebagai nas bahasa, bukan sebagai mukjizat yang diturunkan.

• Bagi Nasr Abu Zaid, teks al-Quran sama sahaja dengan teks-teks bahasa biasa yang lain, di mana peranan pentafsir sepatutnya mengenepikan penulis asal.

• Tidak seharusnya al-Quran itu dijadikan sesuatu yang muqaddas, tetapi ia tetap sama dengan teks bahasa dan sastera yang lain.

• Perlulah ilmu ‘Ulum al-Quran & Ulum al-Hadith, diberi bacaan baru, tidak mengulangi apa yang sudah diulang-ulangi sebelum ini.

• Menurut beliau, al-Quran hanyalah sebagai ‘teks bahasa’ mewakili sejarah dan budaya arab pada masa al-Quran diturunkan.

• Beliau mempersoalkan bolehkah idea ulama tradisionalis seperti al-Zarkasyi (794H), al-Suyuti (910H) atau Ibn al Salah (643H), boleh digunakan pada masa kini?

• Adakah menjadi kesilapan para ulama tradisionalis hari ini kerana memencilkan nas daripada realiti dan meletakkan nas sebagai sesuatu yang qudus.

• Penyelesaian pihak tradisionalis salafi, bertentangan dengan maksud syariah dan wahyu diturunkan apabila mereka memisahkan di antara ‘nas’ dengan ‘realiti’. Seolah-olah memaksa nas yang mutlak ke atas realiti yang mutlak.


Penulis bersama Hassan Hanafi (no dua dari kanan)


HASSAN HANAFI

Pandangan Hassan Hanafi


• Memperkenalkan dirinya sebagai pemikir Islam.

• Hassan Hanafi berusaha menggarap kemajuan tamadun dari dalam masyarakat Islam.

• Fokusnya adalah kepada sumber-sumber warisan (turath). Turath bagi beliau harus dilihat dari sudut iainya sebagai usaha manusia, bukannya bersifat keagamaan.

• Dalam bukunya Min al-Aqidah ila-al Thawrah beliau melihat akidah hanyalah sebagai warisan dan thawrah adalah tajdid dan pembaharuan.

• Hassan Hanafi melihat ilmu kalam Islam (khususnya serangan beliau kepada Asya’irah) bersifat dogmatis dan tidak pratis.

• Beliau mengkritik doktrin akidah umat Islam yang menekankan perkara yang berkaitan dengan Allah dan Rasul.

• Beliau melihat perbincangan ilmu kalam sudah terlalu melangit, sepatutnya membumi.

• Hassan Hanafi menyatakan : “Bukan akal mampu memimpin manusia...”

• Di sana terdapat akal sosial, akal politik, akal sejarah untuk mencipta undang-undang dan merangka syariah. Akal itu tidak memerlukan bantuan. Dan tidak ada di sana apa-apa pun yang boleh menandingi akal. Sebaliknya nubuwwah, adakah ia mampu meringankan kekurangan dan kelemahan manusia.

• Secara ringkasnya, buku Hassan Hanafi “Minal al-Aqidah Ila al Thawrah” memfokuskan kritikannya kepada golongan salaf, justeru salaf bagi beliau ialah kumpulan yang menagawal wahyu, risalah dan ulama.

• Beliau dengan berani mengatakan, berdoa kepada Allah adalah satu bentuk nifaq, mengampu dan bersikap lemah.

• Tuhan tidak perlu kepada pujian manusia (Allah Alim, Allah Qadir, Allah Hayy, Allah Sami, Allah Basir, Allah Mutakallim).

• Apakah bezanya kenyataan Hassan Hanafi itu dengan slogan Marxisme yang mengatakan ‘Agama candu rakyat’.

• Baginya, turath buku agama, tetapi hasilan akal manusia.

• Dalam bukunya “al-Thurath wa al-Tajdid” Hassan Hanafi mengulangi mempertahankan tauhid harus dihubungkan dengan bumi. Ertinya tauhid dihubungkan dengan krisis semasa.

• Beliau mempertikaikan akidah Asya’irah yang terlampau memfokus kepada ‘al Allah, Ilm Allah, hukum Allah...’

• Kaedah Hassan Hanafi adalah jelas mengkritik warisan (turath) agama sebagai syarat penting bagi mengkritik masyarakat. Kritikan kepada agama adalah pendahuluan kepada menggerakkan revolusi dan realiti.

• Sama dengan Nasr Abu Zaid dan Arkoun, Hassan Hanafi menolak al-Quran sebagai mukjizat. Malah Nabi Muhammad s.a.w pula dipandang bukan sebagai seorang rasul, tetapi seorang politikus yang mampu mencapai kepentingannya pada masa yang diingininya.



MUHAMMAD IMARAH

Pendapat Muhammad Imarah

• Muhammad Imarah tidak melihat adanya liberalisme dalam Islam atau istilah Islam Liberal.

• Golongan yang mengatakan liberal Islam ini membuang nama Allah dalam bahasa Arab. Mereka menukar iman kepada atheisme.

• Mereka mencampakkan ilmu-ilmu Islam . Mereka mempraktiskan apa yang tidak ada dalam ajaran Islam.

• Muhammad Imarah mencontohkan, Hassan Hanafi mengerjakan haji dan umrah tanpa wuduk. Justeru dia melihat ibadat haji tidak lebih daripada saki baki penyembahan patung berhala.

• Menurut Imarah, Hassan Hanafi menjadikan kesemua agama sebagai bahan bahan sejarah belaka.

• Sepatutnya mereka berdiri atas “liberalisme” sahaja tanpa Islam dihujungnya.

• Hassan Hanafi ini adalah Marxis yang bercakap atas nama Islam. Pandangan mereka ini adalah keliru dan tempang (shadhdhah). Mereka begini ada pada setiap zaman. Mereka mencari pengaruh di kalangan orang ramai.

• Apabila dikemukakan soalan siapa lagi bersama dengan Hassan Hanafi, jawab Imarah, Nasr Abu Zaid, Ali Harb, Muhammad Arkoun. Mereka ini meruntuhkan Islam.

• Liberalisme adalah falsafah Barat yang ada sayap politik dan ada sayap ekonomi. Mereka memperjuangkan kebebasan dan hak asasi manusia sehingga membuang hak-hak Allah.

Jamal Al Banna (adik Hassan Al Banna)



JAMAL AL-BANNA

Pendapat Jamal Al-Banna


• Menolak aliran tradisional yang berpegang kepada metodologi lama.

• Beliau memilih metodologi bebas.

• Cukup dengan hanya berpegang kepada al-Quran dan al-Hadith. Malah jika hadith bertentangan dengan al-Quran ditolak sahaja hadith.

• Mengakui ulama salaf besar dah hebat, tetapi mengatakan mereka bukannya manusia maksum. Kita tidak patut menjadi ‘pak turut’ kepada mereka secara bertaqlid. Sistem ilmu yang ada apa mereka tidak boleh menjawa persoalan semasa.

• Menyerang aliran tradisional seperti al-Azhar Universiti yang masih mewakili pandangan lama.

• Al-Azhar tidak membawa apa-apa sumbangan kepada zaman ini. Jika mahu relevan katanya, kembalilah sahaja kepada al-Quran secara langsung, bukannya tafsiran Ibn Abbas @ Sayyid Qutub, bukannya al-Qurtubi atau al-Tabari.

• Sama dengan Nasr Abu Zaid dan Hassan Hanafi, beliau juga menolak penggunaan asbab al-nuzul. Al-Quran ditafsir dengan al-Quran, bukannya melalui pendapat fuqaha mahupun mufassirin.


Dr Hamed Tahir



DR HAMED TAHER

Pendapat Dr Hamed Taher


• Tokoh ini juga menolak pendekatan al-Azhar yang tradisionalis.

• Bersetuju dengan Hassan Hanafi, Atif al-Iraqi, Mahmud qasim dan Nasr Abu Zaid.

• Beliau berpendapat al-Qardhawi mewakili tradisionalis hanya ada sedikit-sedikit pembaharuan. Malah al-Qardhawi banyak “bermain tarik tali” (huwa yal’ab ala al-habi)

• Berpendapat bahawa al-Azhar menghalangi idea-idea baru dalam reformasi politik dan ekonomi.


TAHA JABIR AL-ULWANI

Pendapat Taha Jabir Al-Ulwani


• Ulama Iraq lepasan al-Azhar ini juga mengatakan liberalisme adalah falsafah Barat, tidak ada kena mengena dengan Islam.

• Kebebasan dalam Islam tidak sama atau mutlak dengan kebebasan yang Barat perjuangkan.

• Kebebasan individu masih dalam kerangka jemaah. Bermula dengan pasangan hidup, hingga ibadat secara berjemaah.

• Jika Barat memberikan kebebasan mutlak, kebebasan Islam cukup berdisiplin. Barat mengutamakan kebebasan individu, Islam lebih cenderung kepada konsep ‘jemaah’ dan ‘ummah’.

• Taha Jabir tidak menafikan Barat lebih berjaya daripada sudut kemajuan individu. Dalam teori kita lebih baik.

• Taha Jabir tidak suka menyamakan liberalisme Barat dengan liberalisme di Mesir. Namun Mesir lebih liberal daripada negara-negara Arab yang lain.

• Ini disebabkan hubungan lebih awal antara Mesir dengan negara-negara Barat. Kumpulan liberal di Mesir masih kecil, angkanya terhad.

• Islam gagal menyaingi Barat kerana gerakan Islam sendiri masih mengambil Islam dalam aspek “bentuk”, bukan isi sedangkan Islam lebih terbuka. Islam sebagai agama dan umat tidak tertutup.

• Institusi Islam masih mengutamakan warisan lama (turath qadim). Langkah awal katanya, mestilah ada reformasi organisasi dan institusi keagamaan. Reformasi umpamanya melalui muraja’h al-turath.

• Sikap beliau lebih sederhana, menyatakn kemunculan liberalisme di kalangan umat Islam ada juga faktor kesalahan kumpulan Islam sendiri.


DR SA’D ARFAH MANSUR

(Dekan Fakulti Mahasiswi, (al-Banat) al-Azhar, Alxendaria)

Pendapat Dr Sa’d Arfah Mansur


• Mengatakan al-Azhar berada pada sikap pertengahan wasatiyyah. Ia tidak mengambil jalan “melampau”. Tidak juga mengambil pendekatan “longgar” akan hal keagamaan.

• Alumni al-Azhar, katanya ke luar dari negara Mesir, membawa pemikiran sederhana. Tidak pernah membawa isu “takfir” dan tidak juga bawa kebebasan “ibaniyyah”.

• Dato’ Zainal Abidin Abdul Kadir, Duta Besar Malaysia di Kaherah, salah seorang alumni al-Azhar sama juga seperti Arafah, menyetujui pendapat Taha Jabir bahawa liberalisme di Mesir amat kecil bilangannya.

• Tetapi mereka seperti “nila setitik rosak susu sebelanga”. Kata beliau tegasnya, dua tiga biji limau yang busuk merosakkan bau sekotak limau yang elok.

• Umat Islam kata mereka, perlu bertoleransi, tetapi pemikiran seperti Hassan Hanafi perlu ditentang kerana ia liberal 100 peratus. Bukan liberal Islam. Mereka menjadi ghuluww tafrit.


Penulis bersama Dr Yusof Al Qardawi




YUSUF AL-QARDHAWI

Pandangan Yusuf Al-Qardhawi terhadap Hassan Hanafi

• “Seorang yang menyeleweng (munharif) pemikirannya bercampur baur (afkaruhumakhlutah), malah falsafahnya kurang jelas, (falsafatuhugyar wadihah)”.



KESIMPULAN

• Golongan Islam Liberal terdiri daripada 2 kategori :-

1. Bersifat keras seperti Nasr Hamid Abu Zaid & Hassan Hanafi, Arkoun dan lain-lain.

2. Bersifat lembut seperti Jamal al-Banna dan Hamed Taher. Namun mereka tetap tidak menyukai tradisionalis dan salafi seperti al-Azhar, lebih-lebih lagi Wahabi. Mereka dianggap konservatif.


• Aliran liberalisme di Mesir terdiri pelopornya daripada mereka yang bukan berkepakaran dalam bidang Islam, tetapi meeka sebenarnya daripada latar belakang berkepakaran dalam bidang falsafah dan bahasa (pengajian di barat) mengambil idea-idea Barat untuk dikembangkan dalam masyarakat Islam, terutama di kalangan awam.

• Kemunculan mereka sekitar tahun 70-an abad lalu, sewaktu bermulanya zaman kebangkitan Islam. Apakah ianya satu kebetulan atau satu perancangan??

• Mereka mencemuh al-Azhar sebagai mewakili aliran tradisional dan menafikan pembaharuan yang dijalankan al-Azhar.


SARANAN


• Perlu disebarkan kepalsuan liberalisme bagi menentukan umat Islam tidak berpecah belah, menyeleweng dan termakan umpan Barat yang ingin melonggarkan kefahaman dan amalan keislaman yang bersifat tafrit.


sumber - slideshare.net

Artikel lian berkaitan :

. Kekeliruan Ideologi Islam Liberal - Profesor Madya Mohamad Kamil Ab Majid

. Celuparnya Muslim Liberalis













Tiada ulasan: