MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Apr 2009

Celuparnya Muslim Liberalis



oleh Prof. Madya Mohamad Kamil Ab. Majid

Setelah membaca beberapa tulisan muslim liberalis sama ada di Mesir, Indonesia mahu pun Malaysia, saya mengambil kesimpulan alngkah celuparnya mulut mereka bila bercakap tentang perkara yang berkaitan dengan Islam.

Asasnya justeru mereka menolak terus segala metodologi pemikiran Islam yang bersifat tradisional.

Bermula dari zaman Taha Husin di Mesir,di ikuti oleh `Ali Abdul Raziq, hingga kepada penulis semasa Mesir, Hamid Nasr Abu Zaid, Sa`id Asymawi hinggalah kepada Hasan Hanafi, Jamal al-Banna (adik Hasan al-Banna) dan beberapa tokoh di Indonesia malah di Malaysia.

Atas apa alasan apa pun wajarkah mereka mempertikaikan bahawa al-Qur`an itu sebagai mukjizat da wahyu daripada Allah. Mereka mengatakan al-Qur`an hanyalah sebuah teks bahasa biasa.

Wahyu itu menurut mereka makna dan maksud daripada Allah melalui malaikat kepada Muhammad sahaja, ada pun ungkapan berbahasa Arab berdasarkan keupayaan Muhammad.

Maksudnya bahasa itu bersifat manusiawi. Lalu mahu ditafsirkan semula al-Qur`an dengan bahasa dan budaya masa kini.

Muhammad bagi mereka bukan seorang nabi. Dia adalah seorang tokoh politik yag pintar. Malah dia sudah mengalih Islam yang damai kepada Islam yang ”berperang” apabila melancarkan peperangan dalam perang Badar apalagi perang Hudaibiah ke atas musyrikin. Banyak lagi perkara yang mungkin akan diperincikan dalam makalah yang lain.

Pandangan serong terhadap Islam oleh kaum muslim kiri ini (asal mereka marxis) mula berkembang selari dengan awal kebangkitan Islam pada tahun 70 an abad lalu. Adakah secara kebetulan atau ada perancangan?

Dalam lawatan saya ke Mesir saya diberitahu sebahagian besar anak-anak Indonesia di Kaherah berguru kepada tokoh yang disebut di atas.

Kemunculan Islam liberal di Indonesia (tidak layak nama Islam dibabitkan di situ) adalah hasil wacana mereka di sana dan kembali berkembang di institusi pendidikan di Indonesia.

Justeru itu, sebelum ia merebak kuat di Malaysia, kaedah pencegahan awal harus diberikan perhatian. JAKIM nampaknya sudah mengambil langkah dan harap jabatan agama juga mengambil langkah yang cepat di Malaysia agar memberi penerangan kepada orang ramai. Paling tidak ia boleh memesong pandangan orang ramai dan menimbulkan perpecahan dalam masyarakat.

Rentetan itu, di Malaysia sejak tahun enam puluhan sudah ada ungkapan ”...dan Tuhan sudah mati...”.

Baru-baru ini di Mesir sebuah buku berjudul ”Apabila Tuhan meletakkan Jawatan” membawa maksud, bagaimana mereka ini meremehkan Tuhan seolah-olah Tuhan itu manusia. Dalam masa yang sama mereka mentuhankan manusia.

Lebih lantang mereka mempertikaikan segala pemikiran dan amalan tradisinal, kononya manusia mengampu Tuhan dan raja kerana selalu berdoa kepada Tuhan dan raja.

Jika mahu bebas, mereka mahu manusia melancarkan revolusi terhadap Tuhan dan raja. Demikian tulisan Hasan hanafi dalam bukunya Min al- `Aqidah ila al-Thawrah (Dari Akidah kepada Revolusi) dan diterjemahkan di Jakarta.

Mereka ini banyak mendapat dana asing. Bila dikemukakan soalan: Apa boleh mengambil dana asing ini? ”Ngak apa-apa” Sahut Pak Gus Dur mantan Presiden Republik Indonesia, justeru mereka banyak wang.


sumber - mindamuslim.com





Tiada ulasan: