Oleh Medan Info Kita
Akhirnya terjawab sudah…. Maka si Khalid pun bergembiralah kerana anak buah kesayangannya Elizabeth Wong akan meneruskan tugas sebagai ADUN dan juga Exco kerajaan negeri Selangor.
Keputusan ini sudah boleh diduga dan dibaca semenjak isu gambar bogel Eli mula tersebar beberapa bulan yang lalu. Sekiranya pihak kerajaan Selangor dan juga PKR mahu mengambil tindakan mengenepikan ADUN Bukit Lanjan sudah tentulah keputusan tersebut dibuat sebaik sahaja tuan punya diri menawarkan untuk meletakkan semua jawatannya….. Apabila MB Selangor menangguhkan keputusan, maka ramai sudah menjangka bahawa tersemat dihati Khalid tidak akan mahu melepaskan Eli pergi dari dakapannya.
Apakah istimewanya Yb Elizabeth Wong berbanding dengan Mohamad Fairus Khairuddin Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang?
Yb Eli menyatakan kesnya bukanlah satu skandal seperti ada tangkapan, tetapi beliau lupa bahawa timbul persoalan bagaimana gambar gambarnya sedang tidur itu boleh diambil dalam keadaan cukup selesa, bukannya orang yang melakukan perbuatan itu perlu pecah masuk ke kamarnya…
Apakah tidak terserah masalah moral seorang pemimpin seperti Yb Eli bila dirinya bersekedudukan dengan seorang lelaki melayu? Dalam kes ini fokus pihak berkuasa untuk memburu suspek ialah seorang pemuda melayu bernama Hilmi Razak
Siapakah yang akan berupaya mengambil gambar curi alat sulit seseorang itu dengan hanya menyelak kain ketika tuan punya sedang tidur lena…? Hanya mereka yang berstatus teman sebilik atau mungkin teman tidur sahaja boleh berbuat demikian, setuju..?
Sebagai seorang pemimpin parti politik, seorang wakil rakyat bergelar Exco yang mengangkat sumpah dihadapan Sultan perlulah memelihara moral sebagai junjungan menghiasi keterampilannya untuk menjadi pemimpin. Apakah yang membuatkan Anwar menasihati Khalid supaya tidak melihat masalah moral dalam kes yang membabitkan ADUN Bukit Lanjan ini…??
Masalah moral juga sedang didepani oleh Anwar sendiri bila kes liwat Saiful Bukhari Azlan masuk perbicaraan tiga bulan lagi, maka itulah sebabnya dalam pentadbiran PKR masalah moral tidak perlu diangkat sebagai prioriti?
Dalam kes Mohamed Fairus yang diberitakan terpaksa melepaskan jawatan kerana ingin melanjutkan pelajarannya walaupun sewaktu mula mula dimumkan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang didada akhbar menyiarkan biodatanya tertera beberapa pencapaian kelulusan akedemiknya yang bertaraf Ijazah dari beberapa Institusi Pengajian Tinggi, sebenarnya bakal mengharungi tuduhan rasuah.
Nah! Bezanya disini Fairus mendepani tuduhan rasuah kerana agak sibuk mengumpul kekayaan sehingga tidak ada masa untuk menjenguk kawasannya.
Bulan Julai nanti Anwar tidak akan mendepani dengan sebarang perbicaraan tuduhan rasuah, maka dari sifir mudah, kes Eli ada sedikit iras iras kes Anwar. Kemungkinan itulah asasnya agar tiada tindakan yang dikenakan terhadap Elizabeth Wong berbanding dengan Mohamad Fairus….. sebab BAPAK kepada segala masalah MORAL sedang dijunjung oleh KEPALA BAPAK parti berbilang kaum dan agama!
sumber - medan info kita
1 ulasan:
t ksh bro...
Catat Ulasan