MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Apr 2009

Anwar = Thaksin ?

Dua minggu sebelum meletusnya kumpulan baju Merah (Thaksin) mengamuk di jalan raya, Anwar Ibrahim sudah bergegas ke Bangkok, mengadakan 'perundingan'. Persoalannya atas arahan siapa Anwar ke Bangkok hingga sanggup korbankan penamaan calon di Bukit Selambau dan Bukit Gantang ? Benarkah Anwar berunding mewakili kerajaan Malaysia atau pihak lain yang menjadi sponsor Anwar selama ini ?


1. Perkembangan terkini di Thailand wajar kita renungi. Bermula di Pattaya, kini kotaraya Bangkok diisytihar darurat. Situasi ini pastinya akan memberi kesan kepada perkembangan ekonomi Thailand ketika rakyat semakin dihimpit kegawatan.


2. Ini contoh terbaik sikap pemimpin yang pentingkan diri sendiri. Atas nama rakyat, proses demokrasi dinodai demi melunas dendam dan kepuasan diri. Rakyat menggadai nyawa bertempur di jalanan, manakala pemimpin yang dipuja bersenang lenang dalam buangan. Lokasinya juga tidak diketahui di mana. Hanya sidang video pembakar semangat.

3. Malaysia juga punya watak seperti ini. Demi mencapai cita-cita peribadi, rakyat dijadikan alasan demi kepentingan sendiri. Ketika rakyat semakin dicengkam kegawatan ekonomi, manusia ini semakin ghairah menonjol diri. Keprihatinan meyumbang demi pembangunan negara tidak dipeduli sama sekali.

4. Insaflah wahai bangsa Malaysia! Dalam keadaan dunia yang tidak menentu ini, kita wajar bersatu membina negara. Proses demokrasi perlu dihormati. Kemenangan dua bukit telah diterima, namun kekalahan di satu batang mengundang cerca nista dari mereka yang enggan menerima realiti.

5. Pemimpin berciri begini tidak wajar kita sokong. ‘Dia’ hanya memanipulasi rakyat, berselindung di sebalik wajah ‘hero’ membela rakyat. namun realitinya, beliau adalah manusia jadian yang boleh berubah menjadi apa saja demi mencapai cita-cita peribadi yang tak kunjung tiba….

Salam Hormat.

sumber - x-pkr.com/

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ANWAR SEORG YG OPPORTUNIS. BELIAU AKAN BERADA DI MANA2 SAJE YG DI FIKIRKAN MENGUNTUNGKAN KERJAYA POLITIK BELIAU. IBARAT MENANGGUK DI AIR YG KERUH. ITU LAH SIFAT SEMULAJADI MANUSIA YG BERNAMA ANWAR BERAHIM