Oleh: Cucu Tok Wan
Serangan sudah lama bermula. Jarum sudah dimasukkan dan kini buah daripada 'hasil' perjuangan 1998, sudah boleh dituai.
Nik Aziz sudah pun secara terbuka pada 13 April di Machang, 'menyerahkan kepada perwakilan muktamar untuk menentukan barisan kepimpinan termasuklah bagi jawatan Yang Dipertua.' Nik Aziz sudah pun menunjukkan belang sebenar di belakangnya walaupun khabar-khabar angin tentang dalang bertangan ghaib itu sudah lama kedengaran dan cuba dinafikan bukan sahaja dari kalangan para pemimpin kanan, bahkan para pengikut totok yang tidak tahu apa benda yang mereka katakan.
Hasilnya, Roslan SMS yang merupakan salah seorang daripada pembantu utama Hadi Awang, kalah di Kelana Jaya. Taib Azzamuddin yang menegaskan bahawa kalimah Allah milik 'mutlak' umat Islam bagi kes di Malaysia, juga dipenggal di Baling.
Siapa lagi yang akan kena penggal?
Nama-nama seperti Mustapha Ali, Ahmad Yaacob, Haron Taib, Nasharuddin Mat Isa pastinya sedang kepanasan memandangkan gelombang Anwar Ibrahim sedang melanda PAS dengan begitu hebat.
Masih di peringkat awal... tunggulah dalam seminggu dua lagi. Pastinya barisan kepimpinan bayangan PAS yang baru akan berubah menjadi fizikal liberalisme, sekularisme dan pasaran terbuka dan bebas, sesuatu yang sangat-sangat bertentangan dengan perlembagaan PAS sendiri!
Jangan harap para pembloggers pro-pembangkang akan menyiarkan berita-berita sebegini. Apatah lagi kebanyakan bloggers pro-pembangkang merupakan pemuja Anwar Ibrahim nombor wahid. Mereka lebih senang bercerita tentang Najib, tentang kemelut di Terengganu, tentang Muhyiddin Yassin yang menimbulkan kemarahan kaum Cina, bahkan tentang Suhaili Abdul Rahman di Labuan. Seboleh mungkin mereka akan menutup kelemahan PAS dan kemelut di dalamnya dengan menimbulkan masalah di dalam UMNO dan BN.
Bukankah itu cara dan taktik politik yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim dan juak-juaknya? Perhatikan sahaja pengkomen-pengkomen dari blok pembangkang dan bagaimana caranya mereka mengkomen... rumusan mudah, koyakkan orang lain punya kain supaya kain kita tak kelihatan koyak
p/s: Timbul persoalan apa yang mendorong kecenderungan Mursyidul Am mempertahankan kumpulan moderat-liberal dalam gerakan Islam itu. Apatah lagi, Nik Aziz tanpa berselindung telah turun padang melancarkan buku aktivis Islam Liberal yang bagi sesetengah ahli PAS begitu menyentuh maruah selaku umat dan pejuang Islam.
sumber - depa kata
Tiada ulasan:
Catat Ulasan