MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

16 Apr 2009

Calon TKM1: Lim Guan Eng kesali Anwar

GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng kesal dengan kelewatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan nama calon pengganti Timbalan Ketua Menteri (TKM) 1.

Menurutnya, walaupun kecewa dengan keadaan itu, beliau memahami tekanan politik yang dihadapi Anwar untuk membuat keputusan yang begitu penting.

“Saya akan memberikan lebih masa kepada Anwar untuk menyelesaikan isu ini.

“Masa tambahan ini diberi kepada Anwar untuk menyelesaikan masalah dalaman yang wujud dalam PKR dan mencadangkan calon yang benar-benar sesuai untuk menggantikan Mohammad Fairus,” katanya dalam kenyataan bertulis yang diedarkan kepada media selepas menyampaikan bantuan kepada sekolah-sekolah Tamil di Komtar semalam.

Guan Eng berkata, kelewatan itu menyebabkan pelbagai pihak membuat spekulasi kemungkinan Anwar mahu mengadakan satu pilihan raya kecil untuk kerusi Penanti yang kini diwakili Fairus.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, pelbagai persoalan juga timbul selepas Anwar mengumumkan pengganti Fairus mesti seorang ADUN berbangsa Melayu.

“Ramai persoalkan kenapa ADUN Sungai Bakap, Maktar Shapee tidak dilantik terus menjadi TKM 1 kerana beliau sahaja ADUN Melayu PKR yang belum dilantik dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri.

“Ada sesetengah pihak mempersoalkan kelewatan tindakan Anwar itu kerana hanya terdapat dua calon yang sesuai untuk menggantikan Fairus iaitu Maktar dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kasim,” katanya.

Menurutnya, segala persoalan itu akan terjawab dengan pengumuman Anwar kelak sambil berharap semua pihak dapat menunggu dengan sabar.

“Sehingga itu, saya akan mengambil alih tugas dan portfolio Fairus dengan dibantu oleh barisan Exco kerajaan negeri bila diperlukan.

“Saya juga berharap Anwar dapat membuat keputusan dengan cepat untuk me:nyelesaikan segala masalah berbangkit selepas peletakan jawatan Fairus berkuatkuasa 8 April lalu,” katanya.

:Jawatan TKM1 kosong sejak pengumuman perletakkan jawatan Mohammad Fairus dengan alasan melanjutkan pelajaran.

sumber - sinar harian


Tiada ulasan: