MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Apr 2009

Konspirasi goncang kerusi Presiden PAS ?



Oleh NTanwar, AIDCclub

Ramai penganalisis politik tidak bersetuju dengan kenyataan di atas. Mereka lebih cenderung kata, muktamar PAS ini hanya cubaan menggoncang kerusi Timbalan Presiden, bukannya kerusi Presiden PAS.

Kerusi Timbalan Presiden sekarang disandang oleh ustaz Nasharudin Mat Isa, Ahli Parlimen PAS Bachok. Kemudian muncul watak Husam Musa yang dikatakan berminat untuk menjadi galang ganti kepada Timbalan Presiden PAS sekarang.


Muncul pula watak Mat Sabu jadi calon alternatif. Kemudian muncul lagi Dr Hassan Ali, pesuruhjaya PAS Selangor yang tidak mempertahankan kerusi Naib Presiden dua tahun lepas.

Ada juga yang mencalonkan Dr Haron Din, tetapi mengikut tradisi Haron Din akan menarik diri jika ada pertandingan. Beliau tidak mahu terlibat dalam aktiviti sepak menyepak ini. Itu bukan budaya Islam.

Bermakna tiga calon hampir pasti akan berebut kerusi Timbalan Presiden iaitu ustaz Nasha (penyandang sekarang), Husam Musa (ketua Erdogan) dan Mat Sabu (calon alternatif).

Manakala Dr Hassan Ali Cuma calon stand by, jika nampak ada ‘peluang’ , beliau akan bertanding, jika tidak beliau akan tarik diri seperti yang dilakukan dua tahun lepas.

Soalnya kenapa berlumba-lumba mahu kejar kerusi Timbalan Presiden ? Sampai dua, tiga empat offer diri, apa maksud itu ?

Ustaz Nasha yang masih berminat mengekalkan jawatan itu digoncang-goncang seumpama kayu buruk. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepadanya; tidak aktif, lembab, tidak membantu Presiden dan sebagainya.

Kata ustaz Nasha;

"Insya-Allah saya akan mempertahankan jawatan ini dan saya telah dimaklumkan oleh kawasan yang telah mencalonkan saya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Muktamar Tahunan Pas Kawasan Bachok pada 25 April. Majlis itu dirasmikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Maksudnya jika ustaz Hadi benar-benar tidak ngam dengan ustaz Nasha, Presiden PAS tidak akan hadir merasmikan PAS kawasan Bachok yang diwakili oleh Timbalannya sekarang.

Bahasa politik senang dibaca, jika penyandang Timbalan Presiden berikrar mempertahankan jawatan dengan disaksikan oleh Presiden maknanya sudah jelas. Dalam politik tidak perlu Presiden mengistiharkan ustaz Nasha regu yang secocok untuk saya, cukup hadir merasmikan muktamar kawasannya sudah jelas maksudnya.






Jadi kalau ustaz Nasha sudah regu yang secocok untuk ustaz Hadi, kenapa mahu digoncang lagi kerusi Timbalan Presiden ?

Betulkah ada konspirasi di sebalik perebutan kerusi Timbalan Presiden itu ?


Sebenarnya proses melobi jawatan Timbalan Presiden PAS bermula pada April tahun lepas, setelah kemenangan besar PR dalam PRU 12. Anwar Ibrahim mendakwa faktor beliaulah merupakan pemacu kemenangan.

Lantas, kerana Anwar dakwa beliau merupakan faktor X, beliau pun menawarkan diri menjadi PM Malaysia pada 16 September 2008.

Ustaz Hadi, ustaz Nasha, Mat Sabu tidak berminat dengan ’Projek 16 September’, tetapi Husam Musa (Naib Presiden PAS), Dr Zulkifli Ahmad (Pengarah Penyelidikan PAS Pusat) amat berminat dengan Projek Anwar Ibrahim itu.

Dalang-dalang Projek Anwar Ibrahim 16 September : Dari kiri Zulkifli Ahmad (Erdogan), Lim Kit Siang(DAP), Saifuddin Nasution (Erdogan/PKR), Anwar Ibrahim dan Husam Musa (Erdogan)



Kebetulan pula, operator yang menggerakkan Anwar menjadi PM 916 adalah anak buah Husam iaitu Saifuddin Nasution (Pengarah Strategik PKR).

Anwar menjelajah dari pentas ke pentas ceramah dakwa, dia akan jadi PM. Husam, Dr Zulkifli dan Saifudddin sokong penuh, tetapi Ustaz Hadi dan ustaz Nasha tidak masuk campur.





Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu menongkah arus, tidak bersetuju dengan retorik, bombastik politik yang tidak masuk akal dan merosakkan negara yang dilakukan oleh Anwar itu.

Mustafa yang berkuasa di media PAS telah menggunakan akhbar tabloid PAS, TV PAS dan akhbar SIASAH memaklumkan bahawa mengikut pengalaman politiknya, Projek tajaan Anwar itu tidak berjaya dan tidak lebih hanya angan-angan kosong.

Apa perasaan Anwar jika ada pihak yang cuba mensabotaj projeknya ? Ego Anwar sangat tinggi. Sifat diktatornya pun sangat tinggi. Dalam PKR, semua mesti akur kepadanya, walaupun dia hanya pegang jawatan Penasihat parti.

Sesiapa yang bermasalah dengan Anwar, bermakna seseorang itu mesti bersedia mencari pintu keluar PKR. Hal ini pernah terjadi kepada Ezam, Lokman, Nalla, dan lain-lain. Bagi PKR, Anwar ibarat seekor dewa yang tidak boleh disentuh.

Tetapi yang sabotaj projek Anwar bukan ahli PKR, dia adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Kebetulan pula Mustafa adalah senegeri dengan Presiden PAS yang dianggap sebagai penyokong kuat ustaz Hadi.

Apakah Husam Musa tidak marah dengan tindakan Mustafa itu, sedangkan beliau merupakan tulang belakang utama projek Anwar ?

Tidak semena-mena Tok Guru Nik Aziz, (pendapat umum ramai mengatakan Tok Guru banyak dipengaruhi oleh Husam) marah kepada Pesuruhjaya PAS Terengganu. Tok Guru marah depan-depan kepada ustaz Hadi di Taman Malewar.




Kata Tok Guru Nik Aziz, ’tak pandai main politik, berbohong sunat tak boleh kah? Kalaupun dah tahu projek Anwar hanya pembohongan politik, tak bolehkah kita kata benar, kata Tok Guru Nik Aziz.

Itu titik permulaan pertikaian pendapat, antara dua tokoh tok guru, gara-gara projek yang dicanang oleh orang yang mengaku super hebat dan bakal PM Malaysia.

Tok guru Hadi tidak mahu berbohong dan melakukan teknik menghalalkan cara semata-mata untuk politik. Tok Guru Nik Aziz, membolehkan berbohong sunat, dan melakukan pelbagai teknik untuk mencapai cita-cita politik.

Soalnya idea teknik menghalalkan cara itu bukan datang dari PAS, tetapi datang dari manusia yang mendakwa maha hebat, bernama Anwar. Ekoran idea dari luar itu kedua tok guru terpaksa bersilat.

Pada akhir bulan Julai tahun lepas juga muncul satu blog khusus mendedahkan agenda gelap, Husam Musa. Blog itu dinamakan blog antihusam.blogspot.com.

Blog itu mendedahkan satu persatu konspirasi dalaman Husam Musa berusaha memperlekehkan kepimpinan Ustaz Hadi. Cerita-cerita dalaman dibongkar satu persatu yang mengesahkan lagi blog itu dibina oleh orang dalam PAS sendiri.

Tujuan utama blog itu dibina untuk menghalang Anwar menjadi PM dan untuk menghalang arus Husam melobi menjadi Presiden PAS.

Target tulisan blog itu ditujukan kepada Husam Musa yang dilihat sebagai ’anak emas’ kepada Anwar Ibrahim. Selepas Anwar gagal mengotakan janji menjadi PM pada 16 September, operasi blog itu dihentikan.

Walaupun begitu, operasi Husam Musa untuk melobi menjadi Presiden PAS masih belum terhenti. Anwar pun mahu Husam Musa menjadi Presiden PAS kerana akan menyenangkan perancangannya menjadikan PKR dan PAS, dua dalam satu dan Anwar sebagai kuasa atas kuasa.

Apabila Husam menjadi Presiden PAS, Anwar dapat kontrol kedua-dua parti sekaligus, PKR dan PAS.

Namun, seperti tulisan MSO, Husam turut ambil kira faktor latar belakang agama ustaz Hadi. Mampukah dia tempuh kerusi Presiden yang beraurakan Tok Guru. Di sini sekali lagi peranan Tok Guru Nik Aziz, merempuh imej Tok Guru Hadi seperti yang didedahkan oleh anak Tok Guru Nik Aziz bernama Nik Abduh.

Kata Nik Abduh, ada perancangan rapi dari orang keliling ayahandanya (Tok Guru Nik Aziz) yang berusaha melaga-lagakan antara Tok Guru Nik Aziz vs Tok Guru Haji Hadi.

Pilihan Husam, jika kekebalan aura Tok Guru Hadi masih kuat adalah kerusi Timbalan Presiden. Lobi bahagian-bahagian kuat menyebelahi Husam. Ketika itu muncullah watak-watak lain menawarkan diri termasuk Mat Sabu dan Dr Hassan Ali.

Barangkali menurut percaturan Husam, walaupun belum berjaya sepenuhnya merebut kerusi Presiden, mengisi kerusi Timbalan Presiden sudah mencukupi untuk step permulaan kerana Presiden PAS boleh dibonekakan jika barisan Timbalan dan Naib Presiden serta MT dipenuhi oleh golongan Erdogan.

Ketika itu barangkali Husam boleh melakukan ’rampasan kuasa’ dan ancam ’presiden’ ; Mahu ikut kemahuan kami atau berundur secara kehormat?

Pilihan ini kedua-dua akan memenangkan Husam Musa sebagai Presiden PAS, sama ada secara rasmi atau tidak.

sumber - NTanwar


Artikel lain berkaitan :

. Anwar sudah pangkah siapa patut ‘dibunuh’ dalam PAS..

. Sekeping foto seribu makna..Walter Chia dan Saifuddin Nasution

. Rasional Erdogan dan PKR benarkan kalimah ALLAH kepada agama lain ?

3 ulasan:

oyabun berkata...

Salam ziarah ...

Usaha Husam Untuk Menjatuhkan Presiden PAS...?

Sayup-sayup kedengaran bahawa Husam Musa bersama dengan team Erdogannya sedang merancang sesuatu yang besar untuk Muktamar PAS tahun ini. Muktamar PAS tahun ini dilihat sebagai genting kerana adanya pemilihan pucuk kepimpinan utama PAS.

Dr. Zulkifli Ahmad (atau Abu Iman yang merupakan pengarah Pusat Penyelidikan PAS) dikatakan pernah berkata bahawa pemilihan PAS tahun ini akan berlaku pertembungan yang hebat diantara kumpulan profesional yang cenderung kepada ulama dengan kumpulan profesional yang inginkan perubahan .

Apa maksud beliau....hanya dia sahaja yang tahu. Ramai orang tidak tahu disebalik kelembutan watak Dr. Zul ini - dialah sebenarnya diantara perancang utama kumpulan Erdogan. Apa latar belakang Dr.Zul..apa 'jasa' beliau kepada gerakan Islam terutamanya berkenaan "indimaj"... kenapa beliau bersama dengan PAS....dan betapa beliau begitu harapkan kepada jawatan dan pangkat untuk merealisaskan cita-citanya)

Jawatan sebagai Pengarah PPP digunakan semaksima mungkin untuk mencari pengaruh dan kedudukan setelah dilobi sakan oleh Dr. Hatta sejak zaman AlMarhum Ust Fadhil Nor lagi.Balik kepada kisah Husam Musa....Rata-rata pimpinan PAS pusat tahu dan sedar tentang cita-cita besar Husam Musa hendak menjadi Presiden PAS. Mereka juga tahu bahawa Husam sedang merancang sesuatu untuk mencapai niatnya itu.

Tapi Husam Musa lebih tahu bahawa bukan mudah untuk menduduki kerusi Presiden tersebut lebih-lebih lagi beliau perlu berhadapan dengan tokoh ulama terbilang. Beliau tahu kalau beliau bertanding kerusi presiden melawan Tuan Guru Hj Hadi, beliau akan kalah teruk dan seolah-olah hilang wang pertaruhan. Beliau juga tahu beliau tidak boleh kelihatan menentang Tuan Guru Presiden secara terbuka kerana kalau nampak jelas dalam suasana sekarang maka sudah tentu seluruh ahli PAS akan bersatu menentang beliau.

Maka sebab itulah Husam perlu melakar perancangan dan strategi yang cukup teliti untuk menjayakan cita-citanya tersebut.Jadi, apakah akal dan perancangan Husam?

1.Melagakan Mursyidul Am dengan Tuan Guru PresidenSemua orang terkejut beruk bila sebelum ini, Tok Guru Nik Aziz berkata usaha menukar kerajaan sekarang bukan macam angan-angan mat jenin. Kenapa tok guru perlu menggunakan perkataan mat jenin dalam kiasannya?
Tidakkah Tok Guru tahu bahawa kiasan tersebut dipopularkan oleh Tuan Guru Presiden? Tidakkah Tok Guru baca atau dibacakan akhbar yang menyiarkan berita bahawa Presiden PAS ada menyebut tentang angan-angan Mat Jenin bila memperkatakan tentang kerajaan baru pada 16 Sept yang lepas? (yang cuba dipadamkan oleh syed Azman dengan menipu wartawan harakah atau Harapkah). Kalau tok guru tahu, sedar dan baca kesemuanya, mengapa perlu menempelak Tuan Guru Presiden secara terbuka.

Takkanlah hanya kerana nak menyokong kerajaan baru yang belum tentu boleh wujud dan berkemungkinan besar tidak akan jadi, tok guru nak gadaikan semangat ukhuwwah Islamiyah dan Mahabbah dengan Presiden sendiri. Takkanlah kerana nak menyokong Anwar, Tok Guru mahu supaya ahli PAS melihat ada pertembungan diantara Mursyidul Am dengan Presiden? Dan terbaru apabila Tok Guru Nik Aziz bertanyakan siapa sebenarnya NAKHODA Pas sekarang?

Takkanlah kerana percayakan Husam, Tok Guru nak merendah-rendahkan martabat Tuan Guru Presiden? Apa yang dikhuatirkan, Tok Guru tidak mendapat maklumat yang sebenarnya....sama macam kes Dato' Pa - apabila Tok Guru dikatakan mengaku tak baca keseluruhan kenyataan Dato' Pa. Apa yang lebih dikhuatirkan, Tok Guru sedang digunakan oleh Husam Musa dan geng erdogannya untuk meruntuh kepimpinan ulama PAS.

Yang pastinya Tok Guru Nik Aziz seringkali mengeluarkan kenyataan yang dilihat bercanggah dengan Tuan Guru Presiden. Ini adalah amalan yang tidak sihat didalam jamaah Pas. Muktamar telah melantik Tuan Guru Hj Hadi sebagai Presiden PAS, maka hendaklah patuh dan taat kepada kepimpinan beliau dan membenarkan beliau memacu jamaah mengikut acuan beliau selagimana tidak bercanggah dengan Al-Quran dan AlHadis. Manakala Mursyidul Am hanyalah "advisory post" disamping mempengerusikan Majlis Syura dan bukannya kuasa eksekutif di dalam parti. Janganlah pula nak bertanya siapa NAKHODA Pas?

Tetapi apa yang berlaku Tok Guru sebagai Mursyidul Am lah yang paling banyak mengeluarkan kenyataan berkaitan parti berbanding Presiden. Semoga Tok Guru Nik Aziz memahami dan difahamkan bidangkuasa beliau sebelum ahli hilang rasa hormat kepadanya.Yang lebih di khuatirkan perancangan melagakan kepimpinan ulama ini adalah berniat jahat dan bertujuan untuk merendahkan kepimpinan ulama di dalam PAS dengan harapan ahli akan hilang keyakinan kepada ulama dan memilih bukan ulama sebagai pemimpin nanti.

2. Menggunakan pengaruh Mursyidul AmSemua orang sedia maklum bahawa Husam berjaya mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz dalam banyak hal. Walaupun kadangkala Tok Guru berjaya disedarkan oleh kaum keluarganya dan kawan rapatnya, tetapi bila Husam muncul saja semuanya akan bertukar balik seolah-olah macam dipukau....entah ilmu apalah yang dipakai Husam untuk mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz. Entah kenapalah Tok Guru Nik Aziz begitu sayangkan Husam walaupun lebih separuh daripada ahli perhubungan PAS Negeri Kelantan tidak menyukai beliau dan lebih separuh daripada ADUN PAS di Kelantan pun tidak menyukai beliau kerana mereka terlebih maklum akan sifat dan amalan kejinya.

Yang jelasnya Tok Guru Nik Aziz memang terlalu sayangkan Husam sehingga dia pernah berkata bahawa Husam layak menjadi Presiden PAS!!!! (na'uzubillah)Kata-kata inilah yang ditungu-tungu oleh Husam dan atas sebab itulah Husam bersungguh-sungguh berusaha ke arah itu dan kumpulan Erdogannya seringkali menggunakan nama Tok Guru Nik Aziz sebagai hujah mereka. Nama Tok Guru Nik Aziz dijaja merata-rata sehingga ke blog-blog mereka bagi membenarkan usaha jahat mereka. Jangan terkejut jika nanti mereka akan berkata bahawa Mursyidul Am lah yang menyuruh Husam lawan Presiden.

3. Merendahkan taraf dan martabat kepimpinan ulama PASSatu fahaman yang cuba ditanam ke dalam minda dan pemikiran ahli-ahli PAS ialah ulama tidak faham siasah dan tidak pandai berpolitik.Mereka mungkin pandai baca AlQuran dan Alhadis tetapi tidak pandai menyusun strategi politik dan tidak pandai mengadaptasikan ayat-ayat yang dibaca ke dalam realiti semasa.

Sebab itulah bila Tuan Guru Presiden beristikharah sehingga diilhamkan dengan Surah Al-Anfal, mereka cuba mempermainkannya. Mereka mencari pendapat yang paling tidak diterima oleh jumhur bahawa ayat tersebut telah mansuh semata-mata untuk menimbulkan keraguan ahli terhadap kehendak ayat tersebut.

Dan bila Timbalan Mursyidul Am, Ust Haron Din membaca khutbah hari raya dengan mensyarahkan ayat tersebut bahawa mereka yang menentang muzakarah/muqabalah dengan musuh adalah menentang Al-Quran - maka mereka cuba memperlekehkannya dengan seribu satu alasan bahawa ayat tersebut telah disalah tafsir. Begitulah lekehnya ulama-ulama PAS dikacamata mereka. Apa yang mereka hendak tonjolkan ialah hanya mereka yang pandai tafsir AlQuran ikut kehendak semasa. Dan seolah-olah ingin menunjuk dan menampakkan bahawa akal dan strategi mereka lebih hebat dari hujah Quran.

Ulama-ulama didalam PAS bagi mereka adalah "obsolete" atau kuno dan telah ketinggalan zaman. Ulama-ulama di dalam PAS tidak dapat diterima oleh kaum India dan Cina. Bagi mereka, kalau hendak melihat PAS terus relevan dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat maka hendaklah menukar kepimpinan ulama di dalam PAS. Inilah propaganda ataupun jarum halus yang sedang dirancang oleh kumpulan Erdogan tanpa mereka sedari.

4. Menyerang kepimpinan Tuan Guru Hj HadiSatu isu yang sering dimainkan oleh kumpulan Erdogan ialah “PAS Trengganu”. Dimana-mana mereka cuba memperlekehkan PAS Trengganu. PAS Trengganulah yang bawa idea muzakarah dengan UMNO, PAS Trengganulah yang paling tak pandai berstrategi, PAS Trengganu tidak pandai memerintah negeri, sikap PAS Trengganulah yang menjadi punca tewasnya PAS di Trengganu dan macam-macam lagi keburukan PAS Trengganu dicanang merata-rata.

Apakah tujuan mereka sebenarnya??? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyerang dan memperlekehkan Tuan Guru Presiden yang datang daripada Trengganu dan pernah memimpin PAS Trengganu. Apa yang hendak ditonjolkan ialah Tuan Guru Presiden sebenarnya tidak mampu memimpin. Kalau di Trengganu pun gagal macam mana nak memimpin PAS satu Malaysia.Begitulah hinanya taktik dan perancangan mereka.

Kenapa perlu dimainkan sentimen kenegerian (Trengganu ke Selangor ke) sedangkan itu adalah perancagan jahat Yahudi yang cuba memecahkan Islam dengan sempadan negeri – sedangkan mereka satu Jamaah yang mempunyai amal jama’i dan asas-asas ukhuwwah. Ibarat batu bata yang kalau dicubit peha kanan terasa di peha kiri. Kalau di rasa Pas di Trengganu ketinggalan dan lemah dan kalau perasan yang PAS Negeri Kelantan yang terlebih pandai strategi, adalah menjadi tanggungjawab ahli Pas untuk turun menolong atas rasa mahabbah dan ukhuwwah bukannya tulis di dalam blog untuk mengaibkan mereka dikhalayak dan mendabik dada kononnya dia tahu punca kekalahan PAS di Trengganu.

5. Bergerak secara berkumpulan Seolah-olah telah wujud apa yang dikatakan tanzim di dalam tanzim (ini adalah kepakaran Abu Iman dan Abu Urwah). Kumpulan Erdogan ini sering berjumpa dan bermesyuarat sesama mereka terutamanya sebelum dan sesudah mesyuarat AJK PAS Pusat. Mereka merancang secara berkumpulan untuk menangani sebarang isu di dalam Parti. Sebab itulah tidak hairan jika didalam ceramah-ceramah dan tulisan mereka, mereka memainkan isu-isu yang lebih kurang sama.

Mereka sengaja “pre-empt” dengan mengembar-gemburkan bahawa ada usaha untuk membawa PAS masuk UMNO. Sedangkan sudah berapa puluh kali dinafikan oleh Presiden dan Timbalannya, tetapi mereka masih tetap memainkan isu tersebut. Ini adalah bertujuan untuk menimbulkan kemarahan ahli terhadap Presiden dengan cuba menuduh Presiden menipu ahli.

6. Menggunakan bloggersSemua orang sedia maklum siapa Kickdefella.
Terang-terang Husam mengupah beliau menulis blog dan dan mengunakannya untuk menyampaikan propaganda beliau dan kumpulannya. Begitu juga bloggers yang lain seperti Penarik Beca, Tulang Besi, Khalid Samad dll – semuanya adalah tali barut kumpulan Erdogan yang terang-terang menyerang kepimpinan ulama PAS dengan seribu satu alasan. Mereka sengaja mereka-reka cerita dan teori untuk menimbulkan keraguan dan syak wasangka ahli terhadap kredibiliti kepimpinan ulama PAS.

7. Menggunakan HarakahHarakah atau "Harapkah" ialah lidah rasmi PAS. Ianya dibaca oleh majoriti ahli-ahli PAS seluruh Malaysia. Mempengaruhi dan menguasai Harakah termasuk Harakahdaily menjadi agenda utama Husam dan kumpulan Erdogannya dalam merealisasikan cita-cita mereka. Pengarah Urusan Harakah sekarang ini ialah Dato’ KJ. Kita dah sedia maklum siapakah Dato’ KJ dan siapakah bosnya. Sebab itulah Dato’ KJ secara terbuka selalu tidak bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Presiden yang sepatutnya menjadi bosnya.

Dalam banyak hal beliau cuba mempengaruhi Lutfi sebagai Ketua Pengarang Harakah untuk menyiarkan yang tidak sepatutnya dan tidak menyiarkan yang sepatutnya disiarkan. Manakala Harakahdaily pula diurus oleh Rashidi Hassan yang telah berjaya di ‘beli” oleh kumpulan Erdogan. Sebab itulah berita dalam Harakahdaily hanya berkisar mengenai aktiviti dan kehendak mereka terutamanya mengenai Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim. Tuan Guru Presiden seringkali pening kepala dengan dua media rasmi utama PAS ini. Beberapa kali dikatakan bahawa beliau agak marah dengan akhbar Harakah dan Harakahdaily yang gagal mencerminkan lidah rasmi PAS dan gagal menyiarkan berita yang dianggap penting untuk disampaikan kepada ahli.

Amat malang bagi seorang Presiden parti bila dia melantik seseorang untuk menerajui Akhbar Harakah dan Harakahdailiy tetapi mereka tidak mengikut arahan beliau. Rasanya sudah tiba masa Presiden menggunakan kuasanya untuk melantik orang lain demi menyelamatkan akhbar Harakah dan Harakahdailiy daripada terus dikuasai oleh mereka yang mempunyai agenda tersendiri.

8. Membeli Negeri dan KawasanSetelah lebih dari 18 tahun PAS memerintah Kelantan, yang kaya bukan PAS Kelantan tetapi Husam Musa. Semua orang tahu Husam banyak duit hasil dari kekayaan kerajaan negeri. Cuma dia bijak “berbelanja”. Dia tidak tunjuk kekayaannya atau berbelanja untuk membeli banglo mewah atau kereta mewah. Tetapi duitnya yang banyak digunakan untuk menjayakan cita-cita politiknya. Sudah berapa banyak kawasan dan negeri yang melaporkan bahawa Husam memberikan mereka wang yang agak banyak untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu.

Husam memang pandai kerana dia belajar daripada UMNO dan mentornya Anwar Ibrahim untuk bermain dengan politik wang. Dia tahu bahawa kawasan-kawasan atau negeri yang diberikannya wang sudah tentu akan terhutang budi dengan beliau dan akan menyokongnya kelak bila tiba masanya. Ada juga dikalangan pimpinan Pas di Perak dan negeri2 yang sewaktu dengannya yang mendapat projek dan imbuhan secara tidak langsung daripada hasil balak di Kelantan.

Semuanya hanyalah untuk membeli sokongan daripada negeri dan kawasan di dalam muktamar yang akan datang. Di harap ahli dan pimpinan Pas diperingkat cawangan, kawasan dan negeri tidak sebodoh itu diguna dan digula-gulakan oleh Husam dengan wang ringgit sehingga sanggup menggadaikan prinsip dan asas-asas perjuangan Pas.

9. Memujuk Presiden untuk melepaskan jawatanDiberitakan bahawa telah ada usaha-usaha untuk memujuk Tuan Guru Hj Hadi melepaskan jawatannya sebagai presiden PAS. Sebagai ganti beliau akan dilantik sebagai Mursyidul Am PAS setelah Tok Guru Nik Aziz dikatakan bersetuju dengan idea tersebut dan bersedia untuk memberi laluan kepada beliau. Dengan cara itu mudahlah Husam naik menduduki kerusi Presiden.

Tetapi tidak mungkin Tuan Guru Presiden Pas akan terpedaya dengan taktik bodoh seperti itu. Beliau seribu kali lebih cerdik daripada Husam Musa dan geng Erdogannya.Kesimpulannya, Husam Musa memang berusaha keras untuk menjadi Presiden PAS. Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk menjayakan cita-cita tersebut. Pokoknya.. matlamat mesti menghalalkan cara. Cuma mungkin beliau terlupa bahawa disebalik perancangan beliau, Allah juga merancang untuk menyelamatkan kesucian perjuangan Islam. Semoga PAS dijauhi daripada pemimpin yang tamak kepada kuasa dan pangkat.

Kepada kumpulan Erdogan, kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlambat, janganlah menjadi penyumbang kepada kejayaan perancangan yahudi dan barat yang ingin melihat gerakan Islam berpecah dan lemah. Kembalilah memberi wala dan taat kepada kepimpinan Tuan Guru Presiden. Semoga perjuangan Pas diberkati dan di redhai Allah. Jika Allah redha cukuplah walaupun kalah dan walaupun tidak diredhai dan disukai oleh munafiqin dan musyrikin.

Adaptasi dari Blog Anti-Husam

Wasabi Oyabun

Unknown berkata...

ya ampun.. apa dah jadi ni.. kenapa tak di suarakan perkara ini ke dalam media.. bertapa hebat nya pemilihan parti pembangkang ni..berebut rebut... tu lah jangan la nak ckp orang umno ni tamak kuasa.. kenapa tak kita bertanding siapa yang paling ramai makmum bila calon jadi imam..

NORA berkata...

Salam... this is a true picture of political scenario. semuanya ada personal interest. Bezanya satu pihak gunakan agama untuk dapatkan apa yang mereka mahu. Al-Quran pun sudah boleh di permain-mainkan, apa lagi maruah diri demi kuasa dan kekayaan. PAS seperti sudah hilang asas perjuangan yang sebenarnya.

NO TO ANWAR