MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Apr 2009

Anwar sudah pangkah siapa patut ‘dibunuh’ dalam PAS..


Oleh NTanwar, AIDCclub

Walaupun penarik beca (bekas wartawan Harakah) berani ’kerat jari’ kata Husam Musa bukan ’budak Anwar’ tetapi realiti persepsi rakyat tidak menunjukkan begitu. Realiti politik di Malaysia menunjukkan ’persepsi’ diterima sebagai kebenaran.

Blog anti-husam tunjuk Husam sebagai budak Anwar yang mengistilahkan geng-geng Husam sebagai kumpulan Erdogan. Begitu juga dengan blog MSO (penulis politik pro PR) turut melabelkan Husam yang sering menggelar Husam sebagai si baju petak-petak merah.


MSO melabel kumpulan Husam sebagai kumpulan ’proLib’ (proliberal) lawan ’ustaz Mat ’ (kumpulan pro-ulama) sebagai melambangkan pergelutan dalaman antara kem liberal dan ulama dalam PAS.

Perkataan ’proLib’ amat sinonim dengan aspirasi Anwar Ibrahim yang memperjuangkan konsep ’liberalisme’ dan secara kebetulan sangat dekat dengan istilah ’IsLib’ (Islam Liberal) yang diperjuangkan oleh kumpulan Nurcholis Madjid dan Uli Absa Abdala, geng Islam Liberal di Indonesia.




Sama ada secara kebetulan atau disengajakan MSO menggunakan ’proLib’ yang dekat dengan ’IsLib’ hanya penulis itu dapat menjawabnya.

Azizi Abdullah (penulis veteran pro PAS) mula dedah tangan-tangan Anwar berketayangan di badan PAS dalam tulisannya ’Baju PAS badan PKR’. Disambung pula dengan Faisal Tehrani (penulis muda pro PAS) menulis virus-virus ’Liberal’ mula menular ke badan PAS, hinggakan Mursyidul Am PAS (Ustaz Nik Aziz Nik Mat) sendiri sanggup turun ’memegang’ buku tulisan salah seorang pendokong Islam Liberal Malaysia.




IsLib pegang buku tok guru, tok guru pula pegang buku IsLib, seolah-olah ada ’persefahaman’ seperti yang diwar-warkan oleh Anwar Ibrahim.

Anwar sendiri tidak ’pegang’ apa-apa buku seperti sikapnya tidak memegang apa-apa jawatan parti (kecuali Ketua Umum PKR yang tidak dipertandingkan). Walaupun tidak pegang jawatan parti tetapi ’kuasanya’ melebihi daripada kuasa pemegang parti, boleh overrul kuasa Presiden PKR yang dipegang oleh isterinya sendirinya.

Sebenarnya, sikap Anwar tidak mahu memasuki mana-mana parti sudah diceritakan kepada wartawan Barat, di Munich pada tahun 2004, sebaik sahaja bebas dari penjara Sungai Buloh.

Ketika ditanya wartawan, adakah selepas ini Anwar akan memasuki politik (UMNO)?. Anwar menjawab, dia tidak akan memasuki mana-mana parti, baik UMNO atau PAS. Kata Anwar, dia tidak berminat dengan agenda partisan, tetapi amat berminat dengan agenda ’demokrasi’ dan ’kebebasan’ seperti mana yang menjadi visi Washington.

Anwar berkata dia akan ’menyertai’ UMNO dan PAS untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang demokratik dan bebas.

Wartawan itu bertanya lagi, Anwar sudah dipecat dari UMNO, kenapa tidak menyertai PAS kerana latar belakang sejarah silamnya. Anwar secara jujur menjawab, dia tidak berminat menyertai PAS, dan menegaskan bagaimana dia boleh mengubah PAS, jika dia tidak mempunyai latar belakang yang sama dengan PAS. Dia sengaja melibatkan diri dengan ’gerakan yang sealiran dengan PAS’ untuk memahami dan mengubah PAS dengan lebih berkesan.



Selepas wawancara itu, Anwar berhijrah ke Amerika selama dua tahun. Ketika itu juga pentadbiran dasar luar Washington sedang berkempen untuk menerapkan liberalisme ke dunia Islam dengan menuduh kononnya Osama Laden dan Sadam Husein penyebar virus terorisme hinggakan bangunan WTC dibom.

Anwar yang berada di Washington, turut menjadi tali barut Amerika. Selain mengiayakan pandangan Presiden Bush yang mengatakan Osama ben Laden sebagai teroris, Anwar juga menjadi penceramah upahan Amerika menerapkan ’demokrasi’ ke dunia Islam.

Menyedari betapa kencangnya Anwar menyambut lidah Amerika yang menyeru ’demokrasi Islam’ (baca Demokrasi = liberalisme ke dunia Islam) dengan tajaan NED (alat instrumen Demokrasi Amerika), Ustaz Hadi Awang, Presiden PAS di Malaysia telah menulis buku menyanggah pandangan Anwar bertajuk ” Islam & Demokrasi”




Jika kita mendengar buah fikiran Anwar mengenai Islam dan Demokrasi dan bandingkan dengan buku penulisan Ustaz Hadi, amat berbeza seumpama langit dengan bumi. Anwar Ibrahim mengajak umat Islam tunduk kepada Barat dengan slogan ”Islam dan Demokrasi”, ustaz Hadi pula mengajak umat kembali kepada Al Quran, kerana dalam Islam sudah cukup dengan demokrasi.

Ustaz Hadi dengan pantas menerbitkan buku Islam dan Demokrasi itu apabila melihat keghairahan dan kesungguhan Anwar meniupkan gelombang liberalisme tajaan Washinton.

Ustaz Hadi melalui rangkaian gerakan Islam sedunia dimaklumkan peranan Anwar di Amerika ke atas gerakan-gerakan Islam sedunia, terutamanya HAMAS di Palestin. Anwar yang bekerja di bawah telunjuk Washinton lebih ghairah membantu Fatah yang dianggap sebagai kroni Amerika dan Israel.




Dari jauh juga kedengaran, Anwar melepaskan ’peluru’ kepada Iran yang menjadi target Amerika dan Israel. Malah Anwar pernah menyiasat Dr Yusof Qardawi, salah seorang ulamak gerakan Islam sedunia. Anwar siasat Dr Yusof Qardawi selama dua jam untuk menentukan sama ada ulamak itu teroris ataupun tidak.

Selama dua tahun dari tahun 2005 -2007 Anwar mempromosikan Demokrasi ke dunia Islam. Anwar hampir-hampir melupakan rakyat Malaysia. Jarang-jarang sekali balik ke Malaysia.

Rupa-rupa agenda Anwar di Amerika dapat dihidu oleh kawan-kawan terdekatnya. Dalam diam-diam, Saari Sungip (bekas Presiden JIM), Anuar Tahir (bekas Setiausaha ABIM), Saifudin Nasution (bekas aktivis gerakan Islam kampus) meninggalkan Anwar dan PKR berhijrah ke parti PAS.

Anwar tidak memujuk Saari Sungip dan Anuar Tahir, walaupun kedua-duanya terkenal sebagai bekas orang kuatnya, sebaliknya memujuk semula Saifuddin Nasution berpindah kembali ke kem PKR dengan diberi jawatan ”Pengarah Strategik PKR”.

Dengan jawatan berbayar itu, Saifuddin sanggup berpindah kem semula dengan meninggalkan bosnya Husam Musa yang pernah memberi gaji lumayan di Yayasan Tok Kenali, Kelantan.

Menyedari Anwar tidak aktif membantu pembangkang di Malaysia, wartawan Harakah bertanyakan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa mengenai sumbangan Anwar kepada pembangkang di Malaysia.

Wartawan berkata, Anwar berjanji akan bantu pembangkang di Malaysia. Nasharuddin secara sinis menjawab, ’diharap jaminan Anwar ikhlas’.




Sekarang PAS akan menghadapi saat yang paling penting iaitu pemilihan dalam muktamar Jun ini. Muktamar ini akan menentukan masa depan dan hala tuju PAS yang akan datang.

Nampaknya kerusi Timbalan Nasharudin Mat Isa, orang yang pernah memandang sinis kepada Anwar telah digoncang dengan kuat. Sebelah kaki ustaz Hadi telah dipotong, apabila Setiausaha Akhbarnya, Roslan SMS telah dicantas sebagai Ketua Bahagian PAS Kelana Jaya.

Paling mengejutkan Ustaz Taib Azmuddin, seorang ulamak besar (bekas Imam Masjid Negara) ditewaskan oleh pesara guru, walaupun Ustaz Taib sebelum itu memegang jawatan sebagai MT PAS Pusat. Ustaz Taib dikorbankan di Baling yang sebelum ini, beliau sebagai ketua bahagian.

Ramai yang terpinga-pinga kenapakah Ustaz taib dikorbankan sedangkan ilmu agamanya sangat mendalam dan menjadi aset penting kepada PAS. Adakah kerana ustaz Taib membela kalimah Allah di parlimen yang tidak senada dengan Khalid Samad dan Dr Zulkifli Ahmad (kedua-dua kem Erdogan) di parlimen.

Atau Ustaz Taib dikorbankan semata-mata kerana beliau pernah menyimpan rahsia besar Anwar ketika menjadi Imam Besar Masjid Negara pada tahun 1998 ?




Sekarang angin perubahan makin kencang dalam PAS. Ramai di kalangan PAS anggap sebagai satu transformasi ?

Persoalannya ’transformasi’ ke arah mana ? dan siapakah dalang sebalik tranformasi itu ?

sumber - NTanwar


Tiada ulasan: