Oleh Cucu Tok Wan
Berkata Yang Dipertua Parti Islam SeTanah Melayu suatu ketika dahulu....
"Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam. Kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah Taala. Apalah ertinya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha Allah."
Berkata juga Mursyidul Am Parti Islam SeTanah Melayu suatu ketika dahulu....
"PAS (baca: Lama) sebagai pembangkang adalah penegur dan penasihat kepada pemerintah. Seandainya kerajaan pemerintah menukar perlembagaan negara dengan meletakkan Islam sebagai wadah perjuangan dan perlembagaan negara, PAS (baca: Lama) tidak akan menentang. Sebaliknya PAS (baca: Lama) akan bekerjasama dan bersatu dengan pemerintah demi keutuhan dan kedaulatan negara."
Malangnya, itu semua hanyalah kenangan. PAS-Baru (Erdogan) tidak lagi menjadikan pesanan dan kata-kata di atas sebagai panduan. Bahkan salah seorang daripada nakhoda dalam PAS-Baru (Erdogan) itu juga sudah menyimpang daripada kata-katanya sendiri.
Paling penting sekarang ialah, PAS-Baru (Erdogan) akan melakukan apa sahaja hatta bergabung dengan syaitan yang mereka sendiri rejam untuk berkuasa. PAS-Baru (Erdogan) yang mendapat buah tangan daripada Anwar Ibrahim juga sanggup bersekutu dengan sesiapa sahaja, asalkan menentang UMNO dan BN, sama ada dalam keadaan yang salah atau mungkar.
Kerana itulah 'Negara Islam' bertukar menjadi 'Negara Berkebajikan', bahkan ditanamkan di dalam jiwa para pengikut bahawa 'Hudud Hanya Untuk Islam'. Islam hanyalah modal untuk meraih sokongan dan undi sama ada bagi mengekalkan kuasa mahupun untuk merampas kuasa. Islam tidak lagi diwar-warkan sebagai universal dan rahmatan lil 'alamin, sebaliknya hanya untuk sekelompok dan bukan kelompok-kelompok manusia yang lain.
Kerana itulah juga, Setiausaha Agung PAS-Baru (Erdogan) yang suatu ketika sewaktu berada di dalam UMNO merupakan penentang hukum Hudud tegar, kini dianggap sudah bertaubat dengan menjadi anggota parti berkenaan dan dilantik menjawat kedudukan tinggi kerana kepandaiannya mencari dana parti.
Begitu juga Anwar Ibrahim yang digelar Al-Juburi oleh pemimpin kanan PAS, diterima secara terbuka dan permaidani merah untuk menjadi menjadi Sultanul Awliya' PAS-Baru (Erdogan) biarpun PAS-Lama melabelkan Anwar Ibrahim sebagai musuh utama negara yang turut menjadi gunting dalam lipatan, seperti yang terkandung dalam beberapa siri artikel dalam Tamadun yang kini sudah diharamkan dan dihentikan penerbitannya.
Kini, dengan pembersihan dan penolakan para penentang Anwar Ibrahim di dalam PAS-Baru (Erdogan), parti berkenaan dilihat akan lebih cenderung ke arah Islam-Liberal yang bakal menyaksikan parti berkenaan menjadi enjin utama Anwar Ibrahim memperolehi pengaruh daripada masyarakat Islam di samping membunuh tarbiah dan dakwah Islam yang telah diterapkan oleh para pendiri Partai Islam SeTanah Melayu hasil daripada muktamar Persatuan Ulama Kedah dan Malaya pada tahun 1950.
Apa lagi yang boleh diucapkan, melainkan terima kasih banyak-banyak....
sumber - depa kata
Tiada ulasan:
Catat Ulasan