Berikut nota yang dihantar oleh seorang penyumbang Sarawak Update dari Lubok Antu yang mengikuti pergerakan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lubok Antu pada 1 April, 2009.
5.00pm - Anwar mahu adakan ceramah tetapi Tuai Rumah Jamit, di Kampung Pudai tidak setuju. Anwar terpaksa berpatah balik ke pasar Lubok Antu. Kena penangan April Fool dari masyarakat Dayak beliau hari ini.
6.30pm - Anwar serta gerombolannya cuba mengumpul orang di masjid Lubok Antu, tetapi penduduk tidak mahu hadir. Tidak sampai 50 orang yang hadir, termasuk Dominique Ng dan Jawah Gerang. Majoriti konco-konco Anwar sendiri. (Orang-orang Melayu kurang siuman serta terdesak sahaja yang menyokong rancangan Anwar untuk memberikan kerusi Ketua Menteri kepada bukan Islam)
8.30pm - Anwar pergi ke markas PKR di Kampung Kutai, Lubok Antu. Ceramah beliau cuma dihadiri oleh petugas-petugas PKR, pengikut-pengikut Anwar serta pembodek-pembodek berkereta besar yang mengharapkan peluang untuk bertanding dalam pilihanraya negeri akan datang. Kereta yang diletakkan di bahu jalan semua kereta besar yg tidak dikenali, bukan kereta penduduk tempatan. Orang-orang Kampung Kutai pun tidak datang.
Dalam blog Anwar mencatatkan perkara berikut:-
Acara Kempen di Rumah Panjang Nanga Kesit
By Anwar Ibrahim 0 Comments
Categories: Anwar
Semalam, salepas berjemaah Maghrib di Masjid Kampung Melayu, Lubok Antu, saya dijamu dengan hidangan istimewa talapia Iban di Bedok Cafe.
Sebelum itu, kami berkunjung ka Rumah Panjang Nanga Kesit dan disambut olih Tuai Rumah Jampang. Acara dimeriahkan dengan persembahan tarian pahlawan Iban.
Turut serta bersama saya ialah pimpinan Pakatan Rakyat negeri Sarawak antaranya YB Gabriel Adit, YB Dominique Ng, YB Chiu Chee Seng dan juga calun kerusi Dun Batang Ai, saudara Jawah Gerang.
Saya menerangkan perihal tanah adat dan hasil bumi Sarawak yang dimanipulasi oleh BN sehingga mengenepikan hak rakyat dan membandingkan pencapaian ekonomi negeri Selangor yang kini diterajui oleh Pakatan Rakyat.
ANWAR IBRAHIM
Ini pula jadual rasmi dalam blog Anwar.
BATANG AI (1hb April 2009):
4.30 malam: Rumah Panjang Lubok Subong
7.00 malam: Solat Maghrib di Masjid Kg Melayu
8.00-9.00 malam: Lawatan Rumah Panjang (akan ditentukan kemudian)
10.00 malam: Ceramah perdana di Lubok Antu
Untuk dihubungi: Sdr Hasrul Muhaimin Hasbi 012 2239 738
———-
Nampaknya sudah terang lagi bersuluh, tanpa Makan Malam Percuma Tajaan Dato …., Anwar gagal menarik pendengar untuk menghadiri ceramah beliau. Orang cuma datang ceramah Anwar untuk makan percuma. Selepas ura-ura penaja Anwar bertembung dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menyatakan sokongan pada BN, pekerja PKR mungkin tidak dibayar gaji seperti pilihanraya yang lalu-lalu…. Dapatkan gaji anda segera! ha ha ha ha…. Khabar angin tajaan RM3 juta dari Dato… mungkin tinggal angin!
p/s Lori milik abang kepada Jawah, Tuai Rumah Lepang anak Gerang juga sudah dilihat menanggalkan bendera PKR atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Jawah juga tidak mendapat keizinan dari Tuai Rumah Kelinsing untuk berkempen di Kampung Sekarok
sumber - Sarawak update
3 ulasan:
Bagus cerita ni, mohon izin copy yer.
terima kasih atas info2 yg panas ni..
http://other-perspektif.blogspot.com/
Biasalah demi survival politik masing2 dan menjaga kehipkoritan diri serta keegoan melampaui batas...orang2 politik ni tak takut balasan Allah..dorang fikir apa yang dorang buat hari ni atau pun sebelumnya orang lain mungkin tak nampak atau tak tau tapi dorang lupa Allah itu maha mengetahui atas segala sesuatu walaupun sekecil zarah pun...dorang lebih takut balasan dunia berbanding balasan akhirat yang kekal abadi
demi mengejar pangkat dan kedudukan ada yang sanggup menggadai maruah agama...menghalalkan yang haram,mengharamkan yang halal...itulah politik malaysia masa kini...kalau boleh tak perlulah negara ini menjadi medan pertempuran politik yang tak berkesudahan tanpa penghujung saban hari...tahun ini sdh 52 tahun malaysia merdeka tapi saya rasa ini tahun dan abad terburuk dalam sejarah negara selepas mncapai kemerdekaan bukannya dari segi pencapaian ekonomi tetapi politik yang melampau...bagi saya orang muda bosan hari2 tengok tv, berita tv, suratkhabar @ internet, blog2 hina menghina yang kadang berbuat demikian ialah orang islam sendiri...
Kalau pun nak ambil @ tukar pentadbiran negara tak perlu berpolitik setiap masa...menganggu gugat kententeraman awam setiap masa...mencanang ke sana sini seolah diri tu lebih baik dari orang lain...kita manusia ni semua sahaja di sisi Allah...samada kaya atau miskin, berpengaruh @ tidak berpengaruh...bila mati nanti kain kapan juga membalut tubuh...bukannya kemasyhuran atau kedudukan di dunia di bawah bersama...tapi amal ibadat dan amal jariah sahaja...
Wallahualam...semoga Allah memberi petunjuk kepada semua rakyat malaysia...semoga aman selama-lamanya...cukuplah keperitan zaman nenek moyang kita berjuang memerdekakan negara Malaysia ini...
Catat Ulasan