MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Apr 2009

Israel-Palestin : Netanyahu tidak minat berdamai


NETANYAHU (kiri) dan bekas perdana menteri Ehud Olmert bercakap sebelum majlis angkat sumpah perdana menteri baru itu di Baitulmaqdis semalam

RAMALLAH: Presiden Palestin Mahmud Abbas berkata perdana menteri baru Israel, Benjamin Netanyahu "tidak berminat untuk mencapai kedamaian" dan berikutan itu mendesak pemimpin dunia memberi tekanan terhadap Tel Aviv.

"Benjamin Netanyahu tidak pernah menerima penyelesaian berdasarkan dua negara atau menerima perjanjian yang dimeterai sebelum ini. Beliau tidak akan menghentikan pembinaan kawasan pendudukan haram Yahudi," kata Abbas kepada agensi berita Palestin semalam sebagai reaksi kepada majlis angkat sumpah terhadap perdana menteri baru Israel itu.


"Kami mesti memberitahu masyarakat dunia bahawa Netanyahu tidak mahu kedamaian. Bagaimanakah kamu boleh berurusan dengan lelaki ini?"

Netanyahu dalam ucapannya semalam berkata kerajaannya mahu mengadakan perbincangan dengan Palestin tetapi tidak menyatakan komitmen terhadap penubuhan negara Palestin.

"Kami akan mengadakan rundingan damai dengan Pihak Berkuasa Palestin dengan harapan untuk mencapai perjanjian akhir.

"Di bawah perjanjian akhir itu masyarakat Palestin mempunyai semua hak untuk mentadbir diri mereka kecuali perkara yang boleh mengancam kedudukan Israel," kata Netanyahu.

Pihak Berkuasa Palestin berkata kenyataan Netanyahu itu menandakan permulaan yang "tidak memberangsangkan" dan menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama memberi tekanan kepada Israel.

"Pentadbiran Amerika perlu memberi tekanan kepada kerajaan Netanyahu agar Tel Aviv akur kepada asas proses damai yang dipersetujui iaitu penyerahan semula tanah untuk kedamaian.

"Ia bermakna Israel perlu mengembalikan semua wilayah Palestin yang dicerobohinya sejak 1967, termasuk Baitulmaqdis Timur," kata jurucakap Abbas. - AFP

sumber - berita harian

Tiada ulasan: