Sesetengah pemerhati politik berpendapat, pemilihan Nizar sebagai calon PAS di Bukit Gantang membayangkan pengaruh Anwar memang kuat dalam PAS. Nizar dikaitkan dengan team Erdogan PAS yang berketuakan Anwar Ibrahim.
Oleh Tomyampoktek, AIDCclub
Dipetik dari blog MSO , kata Hadi Awang : klik sini .
"Alhamdulilah Tok Guru Nik Aziz telah memberi beberapa nasihat dan pandangan yang baik yang akan dijadikan pedoman dalam membincangkan idea ini," jelasnya.
Menjawab pertanyaan kenapa Nik Aziz mengkritik idea itu secara terbuka baru-baru ini, Abdul Hadi menjelaskan ia bukan disengajakan tetapi kerana beliau (Nik Aziz) tidak mendapat maklumat dan penjelasan yang sebenarnya. "Bagaimana pun alhamdulilah kini semuanya sudah selesai," jelasnya.
Soalnya sekarang siapa yang memberi maklumat kepada Nik Aziz, terlalu "bodo" ke Menteri Menteri Besar tersebut untuk mencari sendiri maklumat sehingga terpaksa bergantung kepada hanya seorang sahaja pemberi maklumat. Kalau benarlah begitu maknanya Si berbaju kotak-kotak hebat benar beliau dalam menyekat segala akses kepada MB Kelantan.
Atau adakah Nik Aziz mengetahui cerita sebenar tetapi si berbaju kotak tersebut telah memusingkan fakta mengenai maksud Hadi Awang mengenai kerajaan Perpaduan. Sunguh memalukan episod itu dua nakhoda Parti Islam berselisih pendapat hanya disebabkan cadangan kerajaan perpaduan. Inilah permaianan Husam dan direstui oleh Anwar Ibrahim, tingkah lakunya sungguh licik tidak ubah seperti idolanya agen Amerika tersebut.
Blog Anti-Husam pernah meramalkan Anwar Ibrahim akan menaikkan Husam Musa sebagai Presiden PAS baru dalam pemilihan Muktamar PAS nanti. Pemilihan Husam oleh Anwar dianggap langkah paling tepat untuk memastikan Anwar benar-benar dapat mengenggam PAS.
Gara-gara Husam, Nik Aziz telah diperdayakan selicik-liciknya demi menjayakan agenda Anwar Ibrahim. "Wala" kepada Presiden telah diketepikan oleh Husam malah "wala" kepada Anwar harus diutamakan.
Masih teringat pembohongan Husam kepada media suatu ketika dahulu saat dia dan Anwar Ibrahim bertemu di Dubai. Katanya dia dan Anwar tiada perjanjian untuk bertemu, dan mereka hanya bertemu secara tidak sengaja di Airport Dubai dan seterusnya berjumpa rakyat Malaysia di Hotel. Bolehkan kenyataan tersebut dipercayai sedangkan mereka menaiki pesawat yang sama?
Dalam keadaan sekarang bolehkah kita anggap anai-anai Erdorgan ini telah mula meresapi PAS dan akhirnya PAS akan mula menjadi sama seperti nasib yang dialami oleh Nahdatul Ulama dan Muhamadiyah di Indonesia, apabila ramai ulamanya terpengaruh dengan idea Islam liberal yang pro-pluralisme. Walaupun satu ketika dahulu PAS lah yang berjuang-mati matian menolak Islam Liberal melalui organ rasminya Harakah.
Virus ciptaan Anwar ini secara kasar sukar kelihatan kerana ia begitu kecil dan tidak mampu dilihat denga mata kasar agendanya tetapi akhirnya Virus ini akan menunjukan belang apabila sudah tiada vaksin yang dapat menentangnya.
Bagaimana agaknya rupa PAS sekiranya mereka sudah dapat menerima sepenuhnya idea pluralisme yang di jaja oleh Amerika melalui Anwar? klik sini.
Dalam keadaan sekarang perkara itu belum nampak secara keseluruhan lagi tetapi bibit-bibit kecil sudah kelihatan apabila puak Erdorgan berselisih pendapat dengan puak Ulamak mengenai isu mengunakan perkataan Allah tempoh hari di Parlimen.klik sini.
Memang benar sesetengah pendapat akan mengatakan PAS akan semakin kuat sekiranya berpegang kepada idea pluralisme tetapi sangupkah PAS berubah dari fasal 5 perlembagaan partinya sendiri demi mendapatkan kuasa.
Apabila Hadi Awang menulis buku mengenai Islam dan demokrasi, terbitan PTS Islamika, tahun 2007, Hadi Awang secara jelas menentang gerakan demokrasi ala barat, beliau dalam buku tersebut menyatakan ;
"Demokrasi barat tidak terikat dengan agama dan akhlak menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu."
Soalnya siapa yang memperjuang Demokrasi ala barat dan ditaja oleh pihak barat, adakah Anwar yang memperjuang demokrasi cara ini? klik sini.
Dalam konteks perjuangan PKR hari ini, mereka sentiasa membawa agenda demokrasi versi barat mengadungi perkataan keadilan, hak kesamarataan, kebebasan dan hak asasi manusia, hingga berlaku istilah memalukan diperak apabila ada ahlinya mengatakankan seks adalah sedekah demi menutup tindakan ahli parti tersebut yang melakukan rasuah.
Di Selangor pula seorang exconya yang beragama kristian didapati telah bersekedudukan dengan ahli PKR yang beragama Islam hingga akhirnya tersebar gambar separuh bogel. Inikah ertinya kebebasan pada pandangan PKR?
Pertembungan demokrasi Islam dan demokrasi barat ini sebenarnya membuktikan adalah mustahil PAS akan begitu mudah tunduk kepada agenda Anwar. Mungkin Anwar boleh mempengaruhi sebilangan besar anggota PAS sebelm ini, tetapi pada masa yang sama Anwar perlu sedar PAS juga mempunyai kumpulan yang menjunjung fasal 5 perlembagaannya.
Hadi Awang juga menyatakan dalam buku tersebut :
"Islam tidak menamakan kuasa rakyat dan mengangapnya tidak praktikal. Bahkan ia adalah suatu kesalahan dan dosa besar kerana termasuk dalam perkara syirik. Islam meletakkan perkara ini di tempat yang wajar dan sebenar dengan menamakannya Sultan Alsya'ab atau pemerintahan rakyat." m/s 110.
Jika kita merujuk kepada makna ini membawa maksud Hadi Awang seolah tidak selesa pengunaan perkataan kuasa rakyat oleh Anwar Ibrahim kerana dianggap melampaui fitrah kejadian manusia. Namun Anwar mainkan sentimen ini dikalangan rakyat Malaysia. . Klik sini.
Kita nantikan sampai bila hayat PAS bersama Anwar, kerana terlampau banyak perbezaan antara kedua parti ini, dalam keadaan sekarang bolehlah dikatakan mereka saling menguna antara satu sama lain demi memperoleh kuasa dan PAS seolah-olah membiarkan dirinya dikuasai oleh Anwar Ibrahim walaupun sedar ia akan memakan dirinya.
sumber - tomyampoktek
Tiada ulasan:
Catat Ulasan