MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

12 Apr 2009

Bagaimana George Soros bantu kemenangan Barrack Obama



Oleh Ed Lasky

Bank Wachovia, satu institusi utama (di Amerika) telah dilihat mengalami kemerosotan nilai saham yang teruk dan persoalan sama ada bank tersebut dapat terus bertahan menimbulkan persoalan, memandangkan krisis kewangan negara semakin bercelaru. [Kemas kini : sebaik sahaja penerbitan artikel ini, Citigroup telah bersetuju untuk membeli operasi perbankan Wachovia dalam satu urus niaga yang dipermudahkan oleh FDIC]

Yang sangat diabaikan dalam krisis ini adalah peranan utama yang dimainkan oleh Herbert dan Marion Sandler, pengasas Golden West Financial (GDW), salah satu institusi kewangan yang mempunyai simpanan dan pinjaman terbesar di negara ini.

Wachovia membeli GDW dengan harga $24 bilion dolar pada 2006. Ini merupakan penggabungan dan urus niaga perolehan yang terburuk sepanjang masa kepada pembeli, dan masa terbaik yang luar biasa kepada penjual.

Pada dasarnya, Wachovia membeli bom kewangan yang sedang berdetik, meletup pada tahun ini, yang akan membawa kepada kejatuhan bekas gergasi kewangan yang lain dan lebih meranapkan Wall Street. [Kemas kini : lihat ulasan ini daripada Bloomberg mengenai peranan GDW dalam membawa kepada kejatuhan Wachovia]

Bagaimana perkara ini berlaku dan siapakah pasangan Sandlers?

Herbert dan Marion Sandler, masing- masing merupakan peguam New York dan penganalisis Wall Street, membeli satu institusi kewangan kecil yang melibatkan simpanan dan pinjaman pada 1963 dan daripada itu mereka menubuhkan GDW – salah satu institusi kewangan terbesar yang melibatkan simpanan dan pinjaman di Amerika.

Perniagaan syarikat ini berdasarkan kepada Adjustable Rate Mortgage (ARM) atau Kadar Gadaian Boleh ubah. Kesemua ini digadaikan pada kadar yang rendah di mana ia akan meningkat naik seperti meningkatnya kadar faedah.

Produk kewangan ini biasanya secara agresif dijual kepada pembeli rumah yang tidak berpengalaman, di mana mereka ini tidak memahami risiko kewangan besar yang mereka ambil, atau mereka menganggap harga kediaman akan melambung untuk memberikan keuntungan kepada mereka apabila mereka menjual rumah tersebut. Pembeli rumah ini menjadi sasaran kepada pemiutang yang menjajakan gadaian, di mana gadaian perlu dicapkan dengan tengkorak dan tulang bersilang, memandangkan ini merupakan jenis gadaian yang berbahaya dan mudah menggoda pembeli.

Cara perniagaan seperti ini merupakan sebab utama kesukaran Wachovia pada masa ini.

Pasangan Sandlers mengetahui bahawa perniagaan mereka jauh lebih baik daripada yang dilakukan oleh orang lain. Bukan sahaja mereka adalah pengasas dan pemilik utama, tetapi mereka juga terkenal menguruskan syarikat tersebut sebagai pasukan suami isteri pada tahun-tahun sebelum ini.

Jadi kenapa mereka menjualnya pada masa yang tepat? Adakah mereka melihat sebarang tulisan di dinding, menyedari risiko besar yang wujud di dalam gadaian tersebut, yang dimulakan oleh mereka di seluruh pasaran hartanah yang terlampau panas dalam sejarah negara?

Mereka tidak bercakap, tetapi apabila mereka tiada yang bijak, jarang dikatakan ia adalah masa terbaik untuk bertaruh terhadap mereka. Walau bagaimanapun, Wachovia bertaruh 24 bilion dolar dan kerugian untuk jangka masa panjang.

Kejatuhan tersebut pada awalnya disebabkan oleh pembelian GDW, yang menjadi beban di sekitar leher Wachovia tidak lama selepas pembelian tersebut. “Wachovia mendapati dirinya berada dalam Kaedah ARM” merupakan tajuk utama satu artikel terbaru di Wall Street Journal. Peratusan terbesar ARM Wachovia tersebut bertujuan untuk melemaskan peminjam dengan rekod kredit yang buruk. Hampir kesemua ini “diwarisi daripada perolehan masa buruk Golden West” pada akhir ledakan perumahan pada 2006.

Pasangan Sandlers telah mula melabur berbilion dolar secara politik, mengikut George Soros, ketua kepada banyak kumpulan berhaluan kiri dan penyokong utama calon Presiden Barack Obama.

Soros telah mewujudkan sebuah empayar yang kononnya kumpulan 527, dianggap sebagai kumpulan aktivis politik bebas yang mempunyai pengaruh di dalam Parti Demokratik.

Kesemua 527 kumpulan ini termasuklah Center for American Progress (Pusat untuk Kemajuan Amerika), MoveOn.Org, Human Rights Watch, Media Matters dan banyak daripada kumpulan yang sealiran dengannya.

Kumpulan organisasi politik ini juga termasuklah International Crisis Group (ICG), yang staf dasar luarnya mungkin akan menganggotai permulaan Jabatan Negara di dalam pentadbiran Obama.

Eli Pariser, yang mengetuai MoveOn.Org, berbangga dengan peranan kumpulannya dalam Parti Demokratik :

“Sekarang ia adalah parti kami : kami membelinya, kami memilikinya, dan kami akan mengambilnya semula.”

Mereka telah melakukannya, dalam tindakan yang meluas.

Empat penderma terbesar kepada 527 kumpulan ini dalam pusingan terakhir pilihan raya Presiden (2004) adalah Soros, Peter Lewis (daripada Progressive Insurance), Steven Bing, serta Herbert dan Marion Sandler.

Secara terkumpul, mereka menyumbang 78 bilion dolar kepada 527 kumpulan berhaluan kiri. Ini hanya pada tahun 2004. Mereka mula bercita-cita tinggi beberapa tahun yang lepas.

Soros, Lewis, dan pasangan Sandlers membentuk kumpulan utama aktivis jutawan ahli parti demokrat yang telah membentuk satu kumpulan yang dipanggil The Democracy Alliance (Pakatan Demokratik).

Mereka mengetahui bahawa mereka boleh membesarkan kuasa mereka dengan bekerja secara serentak dan mempergunakan penderma kaya yang lain untuk melanjutkan agenda mereka [artikel Boston Globe, “Follow the money” merupakan asas yang baik tentang bagaimana wang dan 527 kumpulan telah bersama-sama memberikan impak yang besar terhadap politik di Amerika]

The Democracy Alliance merupakan jalan utama untuk mencapai matlamat mereka. Data keahlian mereka yang semakin meningkat mengandungi senarai jutawan-jutawan yang secara kolektifnya diharap dapat memberikan 500 juta dolar setiap tahun untuk lebih menggalakkan lagi agenda sayap kiri. Data sebahagian daripada keahlian The Democracy Alliance boleh didapati di sini.

Setengah bilion dolar setahun boleh membeli pengaruh yang sangat besar.

Pasangan Sandler sudah tentu mengetahui sedikit sebanyak tentang pengaruh daripada pengalaman mereka berkaitan simpanan dan pinjaman.

Antara yang mendapat manfaat daripada sumbangan mereka : Air America (Penerbangan Amerika), ACORN [kumpulan yang mempunyai hubungan yang sangat rapat dan sangat lama dengan Barack Obama, dan juga mempunyai sejarah dalam terlibat dengan penipuan pengundi], Citizens for Responsibility and Ethics (Warganegara untuk Tanggungjawab dan Etika) di Washington [kumpulan detektif persendirian yang memfokuskan kepada kesalahan dan kelemahan peribadi ahli Parti Republikan], Media Matters [kumpulan pemantau media yang terlibat mengkritik ahli parti terhadap tokoh media dan artikel yang dianggap menyokong Republikan]. Senarai tersebut berterusan.

Mereka bukan sahaja mahu Parti Demokrat dipilih, tetapi mereka juga mahu mengaturkan semula secara tetap politik A.S. dan menukar masyarakat dan budaya Amerika mengikut haluan sayap kiri.

Salah satu langkah yang diambil oleh pasangan Sandlers adalah mengadakan ProPublica dengan derma sebanyak 10 juta dolar, satu jumlah tambahan secara tahunan yang dijanjikan oleh mereka.

Ini adalah kumpulan yang terlibat dalam menyiasat penulisan dan akan memberikan “penemuan” mereka kepada media yang lebih berpengaruh untuk kesan yang lebih hebat tanpa sebarang kos.

American Thinker adalah di antara media terawal yang menyatakan kebimbangan terhadap ProPublica dan pendekatan yang diambil berdasarkan ideologi pasangan pengasas tersebut.

Jane Mayer dari New Yorker juga menggambarkan pasangan Sandlers adalah ahli parti yang keterlaluan. Penerbitan yang lain juga berkongsi kebimbangan kami tentang ProPublica.

Investor's Business Daily mengulas di dalam rencana editor:

Bolehkan pasangan jutawan sayap kiri benar-benar jujur dalam mewujudkan satu pusat untuk menyiasat laporan media yang “tidak berkaitan dengan mana-mana parti politik”, “tidak mempunyai ideologi” ? Atau adakah pasangan tersebut membayar lebih untuk membawa agenda media ke haluan kiri?

Satu masalah : Pasangan Sandlers menaja kedua-dua sayap kiri dan Parti Demokratik. Sebenarnya, mereka menduduki tempat teratas dalam senarai penderma. Pada 204, mereka menyumbangkan $2.5 juta kepada MoveOn.org, atau sama banyak dengan sekutu penderma mereka, George Soros.

Bersama Soros dan jutawan lain, Peter Lewis, pasangan Sandlers menaja beberapa pemain penting yang sekarang dikenali sebagai “progresif” kiri. Pada 2003, ketiga-tiga pihak ini telah menaja satu pertiga daripada kumpulan pemikir Center for American Progress, yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Hillary Clinton.

Sekarang, sekiranya perniagaan ini dipanggil secara “progresif” tanpa keuntungan, seperti projek lain, ianya tidak akan menjadi berita. Tetapi mengikut pengerusinya Herbert Sandler, dan dakwaan Steiger bahawa ProPublica akan beroperasi berdasarkan kepada “standard yang ketat terhadap keadilan dan sikap tidak berat sebelah media”, terdapat sebab untuk berasa hairan sekiranya ini bukan pertaruhan terbaru untuk membawa agenda politik ke haluan kiri di bawah penyamaran media.

“Kami memandang serius fungsi kritikal perniagaan dan kerajaan, dua pusat kuasa terbesar, dari keselamatan produk sehinggalah penipuan kewangan, daripada kecacatan sistem keadilan jenayah kita sehingga kepada amalan yang akan menjejaskan pilihan raya yang adil,” kata laman webnya.



Saya sudah tentu terkejut sekiranya kesalahan yang dilakukan oleh ACORN akan disiasat oleh ProPublica, di atas menjejaskan pilihan raya yang adil.

Tidak memeranjatkan, ProPublica telah menunjukkan penulisan yang mempunyai agenda merupakan asas kewujudannya. Salah satu daripada hasil “penulisan siasatannya” adalah serangan terhadap industri minyak dan gas untuk membangunkan Marcellus Shale (satu kawasan rizab gas asli di Timur Laut Amerika), ProRepublica melaporkan bahawa membangunkan sumber tenaga domestik ini akan memusnahkan alam sekitar dan mereka menyokong agar sumber ini tidak dibangunkan.

Mungkin pasangan Sandler membantu sekutu politik mereka, George Soros, seorang pengurus perlindungan nilai yang menguruskan dana luar pantai di mana pelaburnya mungkin termasuk pedagang dalam industri petroleum yang paling kaya dan anti-Amerika.

Dilindungi daripada penelitian oleh operasi luar pantai, nama-nama pelabur Soros dirahsiakan dengan rapi. Tetapi mungkin beberapa orang daripada mereka memandang dengan rasa sangsi terhadap pembangunan sumber tenaga milik kita yang dipercepatkan.

Kita mungkin akan kurang pergantungan kepada kekayaan petrodollar (unit matawang andaian yang didapati daripada pengeksportan petroleum) di luar negara, dan harga minyak dan gas akan menjadi lemah, sekiranya sumber tenaga domestik seperti Marcellus Shale dibangunkan.

Ketika pasangan Sandlers mendapat 2.4 bilion dolar di atas penjualan Golden West Financial kepada Bank Wachovia, majikan (termasuk bekas pekerja mereka) serta pemegang saham Wachovia, termasuk mereka yang telah melaburkan wang persaraan dan dana kolej anak-anak dalam bentuk saham dan bon, tidak mendapat keuntungan seperti itu.

Cawangan Wachovia ditutup disebabkan oleh langkah mengurangkan kos juga akan menderita. Tetapi yang paling menderita adalah pemilik rumah yang membeli rumah melalui gadaian di mana mereka sepatutnya tidak ditawarkan dengan produk tersebut, oleh pemiutang yang lebih sofistikated daripada mereka.

Dan di sini saya fikir, ahli Parti Demokrat sepatutnya melindungi rakyat biasa.

Setakat yang saya tahu, pasangan Sandlers tidak menawarkan untuk melaburkan semula keuntungan mereka ke dalam Wachovia untuk membantu memulihkannya.

Ianya lebih menyeronokkan untuk mengambil berbilion dolar yang mengakibatkan kemiskinan dan menggunakannya untuk menaja “konspirasi sayap kiri” yang semakin meluas.

Awasi pasangan Sandlers sekiranya Barack Obama menjadi Presiden. Seperti yang telah saya tulis, mereka tahu tentang pengaruh.

Ed Lasky adalah editor berita American Thinker


AIDC menterjemah artikel American Thinker Blog, Ed Lasky . 2008. How allies of George Soros helped bring down Wachovia Bank. Artikel asal klik di sini


Tiada ulasan: