Kira-kira jam 3 petang hari ini, Ketua Umum Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan tertutup dengan Jawatankuasa keADILan Bahagian Permatang Pauh bersama AMK dan Wanita Bahagian di Yayasan Aman, Penanti.
Pertemuan itu, akan disusuli dengan mesyuarat tertutup dengan Jawatankuasa Perhubungan Negeri.
Difahamkan antara agenda penting petang ini berkaitan dengan kedudukan bekas TKM 1 dan ADUN Penanti Mohammad Fairus Khairuddin.
Fairus yang akan berdepan dengan dakwaan rasuah di mahkamah berkaitan isu kuari di Seberang Perai, dalam masa terdekat dikatakan tidak bersedia melepaskan jawatannya sebagai Adun Penanti.
Namun, difahamkan surat perletakan jawatannya sebagai Adun telah diserahkan bersama-sama surat perletakan jawatan TKM 1 berkuatkuasa 8 April lalu.
Sementara itu, kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng sedang menunggu keputusan keADILan untuk mencalonkan Adun Melayunya sebagai pengganti Fairus.
Guan Eng memberikan tempoh sehingga Rabu depan, untuk parti itu menyerahkan nama calon berkenaan.
Ketika ini keADILan hanya mempunyai dua Adun Melayu iaitu Sungai Bakap, Maktar Shafee dan Adun Batu Maung Abdul Malik Abul Kassim.
Bagaimanapun, parti itu dijangka memilih untuk mengadakan pilihan raya kecil Penanti, bagi memberikan pilihan calon ketiga sebagai calon pengganti Fairus.
Tidak mustahil buat kali ketiga berturut-turut Permatang Pauh bakal menyaksikan pilihan raya selepas pilihanraya umum pada 8 Mac 2008 , diikuti pilihanraya kecil 26 Ogos tahun lalu yang menyaksikan Anwar kembali ke parlimen.
BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !
sumber - alahaifairustkmpenang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan