MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Apr 2009

Awasi kegiatan 'spy asing' campurtangan politik Malaysia

Walter Chia, Setiausaha 1 Pesuruhjaya Singapura di Malaysia sedang berbincang dengan Saifuddin Nasution, Pengarah Strategik PKR, semasa pilihanraya kecil Bukit Selambau, di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani

Oleh SHARIFAH ANAMARHAEN

Percayakah anda adegan perisikan seperti yang kita sering lihat dalam filem James Bond sebenarnya wujud dalam dunia realiti. Dunia perisikan bukan hanya berlegar di negara-negara 'super power' tetapi ia turut berlaku walau di negara mundur seperti Rwanda. Apatah lagi negara yang semakin maju dan makmur seperti Malaysia.

Walter Chia (kedudukan no 2 dari kanan) adalah 'runner politik antarabangsa': Dari kiri Prof. Kahn, DFA Asst. Sec. Alicia Ramos, Ambassador Pearce, Dr. Angeles, Dr. Hogan, Walter Chia, and Dr. Aguilar. Pengkalan politik Walter Chia dan Anwar Ibrahim adalah di Singapura dan Filipina


Antara jentera perisikan yang banyak memporak-perandakan dunia pada hari ini adalah CIA, Mossad dan KGB. Mengikut satu laporan yang bertajuk The Intelligence Community In The 21st Century yang dibentangkan pada tahun 1996 oleh sebuah jawatankuasa khas di Amerika yang dikenali sebagai The Permanent Select Committee on Intelligence, Agensi Perisikan Amerika (CIA) sering kali diarahkan supaya melanggar undang-undang sama ada di dalam atau di luar negara.

Jawatankuasa ini mendapati CIA telali bertindak di luar batas undang-undang sebanyak 100,000 kali setahun dan mereka sanggup membunuh demi mencapai matlamat mereka!

Kita kadang kala terlupa atau sengaja tidak menghiraukan peranan ejen perisikan asing yang menjelma dalam kehidupan seharian kita dengan pelbagai wajah untuk menjalankan peranan di sekeliling kita.

Kebanyakan daripada kita yang menikmati kehidupan yang baik dan selesa pada masa sekarang sering terlupa mengenai kemungkinan-kemungkinan yang boleh menghancurkan negara.

Mereka lupa bahawa perisikan mampu memainkan peranan besar dalam menumbangkan seseorang dan sekali gus meruntuhkan sesebuah negara.

Perisikan di Asia Tenggara bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Kuasa-kuasa besar akan menjalankan aktiviti perisikan mereka di negara-negara tertentu bagi memastikan dasar-dasar tertentu memenuhi matlamat dan ideologi mereka.

Lebih hebat lagi perisikan juga akhirnya boleh membawa kepada kejatuhan sesebuah negara atau seseorang pemimpin.

Sejarah telah memperlihatkan bagaimana ejen-ejen perisikan dapat memenuhi matlamat kuasa-kuasa besar ini walaupun kos yang diperlukan amat tinggi.

Pada pilihanraya lalu, satu laporan asing mendakwa adanya kegiatan sulit ahli politik pembangkang negara ini menerima bantuan kewangan negara asing, yang sebenarnya merupakan persoalan yang belum terlerai sehingga kini.

Proses pilihanraya sememangnya menjadi perhatian pihak-pihak asing tertentu kerana ia menentukan samada rakyat negara berkenaan masih memberikan mandat kepada Kerajaan yang sedia ada atau sebaliknya.

Bagi anasir luar, pilihanraya memberi ruang untuk menjayakan habis-habisan sebarang agenda jika mereka mahu.

Apa yang berlaku di Indonesia dengan suasana politik dan keselamatan dalam negara yang tidak menentu, sebenarnya cuba dijelmakan juga di Malaysia – sebuah lagi negara yang bertunjangkan kepimpinan Islam serta menunjukkan kecemerlangan dalam pengurusannya termasuk keupayaan bangkit daripada kegawatan ekonomi.

Sejak setahun lalu, negara telah mengalami beberapa krisis atau keadaan-keadaan yang hampir menjadi krisis, yang secara langsung atau tidak langsung menguji kecekapan jentera Kerajaan dan rakyat.

Keadaan seperti jerebu, masalah pendatang tanpa izin, demonstra si haram dan lain-lain merupakan sebahagian daripada cabaran keselamatan negara.

Namun sebagai rakyat kita harus mempunyai mindset pengurusan krisis bagi menjamin supaya keselamatan negara tidak terjejas biar apa sekalipun percaturan politik yang diambil.

Itupun jika kita mempunyai naluri untuk terus mengisi kemerdekaan. Hanya semangat cintakan negara mampu menghalang kemaraan ejen-ejen perisikan ini yang berada di sekeliling kita.

Sikap kitalah yang akan menentukan sejauh mana kejayaan ejen-ejen perisik asing ini.

Komunikasi tanpa sempadan dan capaian Internet berkelajuan tinggi akan membolehkan maklumat risikan sampai ke kuasa luar dengan begitu cepat sekali.

Ini belum lagi penggunaan teknologi satelit dan sistem informasi geografi (GIS) yang semakin hari semakin canggih dan terkini teknologinya.

Perlu diingat 80 peratus satelit di ruang angkasa bumi adalah satelit yang berfungsi pengintipan yang dimiliki oleh kuasa-kuasa besar.

Sektor ekonomi juga tidak boleh lari daripada menjadi intipan ejen perisikan. Pengambilan tenaga profesional negara asing dalam syarikat-syarikat besar tempatan yang mempunyai kuasa penentu jatuh bangun ekonomi negara perlu juga dipantau.

Tidak mustahil mereka berperanan sebagai pemberi maklumat yang berharga kepada musuh dengan tujuan untuk melumpuhkan ekonomi negara.

Kita harus berwaspada dengan peranan ejen perisikan ini kerana mereka bersedia melakukan apa sahaja untuk mengintip dan menyusup rahsia.

Mereka akan menyamar, mengupah ejen tempatan, membuat rakaman dan penyalinan dokumen rahsia sama ada menggunakan telefon, kamera, menceroboh sistem komputer kerajaan dan rakam bual pihak tertentu dengan tujuan untuk mengintip.

Hasil risikan pekerja asing di abad ke-21 ini bukan bermakna ada niat negara asing untuk menakluk negara kita dengan kuasa ketenteraan dan peperangan.

Serangan mereka adalah melalui serangan mentaliti, merubah sikap, gaya hidup dan menipiskan pegangan agama rakyat kita.

Itulah bakal serangan alaf baru yang akan menimpa negara jika kita sendiri lalai dan tidak sensitif untuk mempertahankan negara dari diceroboh.

Mungkin kesan jangka pendek tidak kita rasai sekarang. Akan tetapi jika ini berlarutan, apa akan terjadi kepada anak cucu kita nanti?

Adakah kita pernah fikirkan berapa lama kemerdekaan kita boleh bertahan? Kita jangan bongkak untuk memperkatakan mana mungkin kita yang sudah merdeka boleh dijajah semula?

Lihatlah negara-negara yang lebih awal merdeka daripada kita seperti Iraq, Afghanistan dan Lebanon, apa sudah jadi dengan negara mereka sekarang?

Pun begitu ramai daripada kita belum sedar, demi survival politik, semuanya terhalal dengan sendirinya.

Penulis pun dah tak tahu apa nak kata lagi. Mungkinkah bila terhantuk, baru nak tergadah?

Dalam hal ini penulis nak pinjam tagline Raja Lawak si Nabil tu....lu fikirlah sendiri!

sumber - malaysia-instict


Tiada ulasan: