MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Apr 2009

Anwar dalam keadaan tertekan, pengganti Fairus tidak diumum

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melanjutkan tempoh kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengemukakan calon untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1.

Lim juga tidak menolak bahawa Anwar berada dalam keadaan tertekan untuk mengemukakan calon yang sesuai bagi menyandang jawatan paling kanan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan PAS-DAP-PKR itu.

"Saya tidak akan umumkan apa-apa hari ini semuanya ada dalam satu kenyataan akhbar yang telah saya sediakan, minta maaf...," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan peruntukan sebanyak RM1.5 juta kepada 28 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di sini hari ini.

Lim memaklumkan mengenai tempoh lanjutan itu kepada media dalam kenyataan Ketua Menteri itu yang diedarkan kepada pemberita selepas majlis tersebut di sini hari ini.

Ketua Menteri itu kemudian bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas bagi menghadiri majlis upacara angkat sumpah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum itu puluhan wartawan menunggu sidang media Lim yang dikatakan akan membuat pengumuman mengenai Timbalan Ketua Menteri 1 yang dipilih bagi menggantikan penyandangnya iaitu anggota Dewan Undangan Negeri Penanti Mohammad Fairus Khairuddin yang melepaskan jawatan tersebut pada 8 April lepas.

Lim juga enggan menjawab pertanyaan pemberita berhubung tarikh baru bagi mengumumkan individu yang terpilih untuk mengisi kekosongan jawatan itu.

Beliau menegaskan kelewatan itu juga tidak bermakna bahawa Anwar tidak berusaha untuk menyelesaikan masalah berkenaan secepat mungkin.

Lim berkata, antara soalan yang mungkin diasak kepada Anwar ketika ini ialah mengapa kekosongan itu tidak diisi oleh ADUN Sungai Bakap, Maktar Shafee kerana beliau antara calon PKR yang layak.

Selain itu, mungkin Anwar menghadapi kesukaran untuk memilih antara Maktar dengan Pengerusi Jawatan Kuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Abdul Kassim, dan kelewatan dikaitkan dengan strategi jika pilihan raya kecil DUN terbabit diadakan.

Lim juga yakin bahawa Anwar mempunyai penjelasan tersendiri berhubung perkara tersebut selepas calon yang sesuai dilantik nanti.

sumber - mstar.online

Tiada ulasan: