Oleh Kumbang, AIDCclub
Video di atas telah menerangkan serba ringkas mengenai betapa tingginya Anwar mengiktiraf Turki sebagai model demokrasi dunia Islam.
Apa yang Anwar katakan di dalam video ini?
1. Bermula dengan bersependapat Abdul Rahman Al-Kawakibi, Anwar mengatakan pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah adalah pemerintahan yang kuku besi dan tidak ada demokrasi.
2. Anwar sokong tindakan Sekularisme yang dilakukan Mustafa Kamal Attartuk tetapi mengkritik pemikiran Mustafa 'Sekularis sebagai anti agama'.
3. Anwar berkata Sekularisme adalah yang terbaik di dunia kerana tidak 'anti Agama' cuma mengasingkan agama dan pemerintahan.
4. Kesimpulannya, Anwar menganggap Turki Adalah Model Demokrasi Dunia Islam kerana mengekalkan Identiti Islam dalam dunia Sekular.
Analisis Kumbang akan berkisar mengenai 4 perkara ini yang mana analisis ini akan membawa untuk memikirkan 1 persoalan. Adakah Malaysia akan menjadi seperti Turki jika Anwar Ibrahim dapat menguasai pemerintahan negara ini?
Abdul Rahman Al-Kawakibi
Menurut Dr. Eaman Mohames Abbas dalam buku Sultan Abdul Hamid dan kejatuhan Khilafah Islamiyah, terbitan Pustaka Salam 2002, Abdul Rahman Al-Kawakibi ini merupakan pelopor kepada gerakan nasionalis dan patriotisme Arab sewaktu Sultan Abdul Hamid sedang memerintah sebahagian besar dunia umat islam di Timur Tengah.
Abdul Rahman Al-Kawakibi tidak menyukai Sultan Abdul Hamid(Kalifah terakhir Kerajaan Uthmaniyah) hingga beliau menganggap Sultan tersebut seorang Diktator dan beliau sering ingin melakukan revolusi ke arah menjatuhkan pemerintahan Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berpendapat bahawa islamnya seseorang pemerintah tidak memberikan hak yang sah sebagai pemerintah, yang penting tertegaknya keadilan, walaupun ia dilakukan oleh seorang pemerintah bukan islam.
Siapa di belakang Abdul Rahman Al-Kawakibi dalam menjatuhkan Kerajaan Uthmaniyah?
Di dalam video di atas menyebut barat telah menyokong usaha resolusi Abdul Rahman Al-Kawakibi ini.Tetapi dengan lebih jelasnya mereka bukan sekadar menyokong tetapi merancang dan menaja gerakan-gerakan ini. Amat menyedihkan sekali gerakan ini dibiayai yahudi yang ingin membalas dendam kepada Sultan Abdul Hamid yang tidak membenarkan orang yahudi melakukan apa-apa terhadap wilayah Palestin ( Sultan Abdul Hamid melarang menjual tanah kepada yahudi dan melarang mereka mewujudkan penempatan di Palestin).
Ketegasan Sultan Abdul Hamid membawa kemarahan kepada Yahudi dan mereka menyimpan dendam untuk menjatuhkan Kerajaan Uthmaniyah yang menguasai Palestin. Usaha mereka ini berhasil dengan 'kebodohan' Abdul Rahman Al-Kawakibi yang menjadi pelopor gerakan revolusi menjatuhkan Kerajaan Uthmaniyah dan mereka hanya cuma menaja gerakan revolusi ini dari sedi media, provokasi dan sebagainya.
Objektif yahudi dan Abdul Rahman Al-Kawakibi ini digerakkan kumpulan Al iitihad wa Taraqi yang ingin menjatuhkan pemerintahan Sultan Abdul Hamid dan mengantikannya dengan perlembagaan, reformasi dan keadilan.
Namun yang terjadi adalah lain daripada perancangan apabila orang yahudi dan Fremason telah mengariskan matlamat mereka sendiri apabila pemerintahan Sultan Abdul Hamid runtuh dan bermula tahun 1924 telah terhapusnya sistem pemerintahan Khalifah Islamiyah secara rasmi kerana khalifah yang wujud selepas itu hanya merupakan kumpulan boneka kepada golongan ini.
Hasilnya jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniyah dan pemerintahan baru yang wujud di Turki sehingga kini adalah dasar kerajaan adalah pro-Yahudi dan terpaksa bergantung besar dengan bantuan Yahudi.
Selepas itu Palestin dikuasai British dan pada tahun 1948 wujudnya negara Israel serta bermulanya keganasan yahudi di Palestin.Puncanya cuma 1, 'kebodohan' Abdul Rahman Al-Kawakibi yang menjatuhkan gerakan Turki Uthmaniyah.
Jika beliau masih hidup pada ketika ini adakah beliau mampu tersenyum melihat warga Palestin ditindas,dibunuh dan tanah mereka dirampas?
Daripada huraian di atas, Jika begini tokoh yang dikagumi oleh Anwar Ibrahim, apa sebenarnya yang boleh kita katakan pada Anwar sendiri?
Liberalisme dan Sekularisme
Sekularisme adalah konsep tegas tentang pemisahan negara dengan agama. Konsep ini mendukung kebebasan beragama dengan jaminan sepenuhnya oleh negara. Sekularisme adalah salah satu komponen dasar demokrasi liberal dan suatu prasyarat untuk memajukan hak asasi manusia.
Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi.Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara.Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang.
Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama "liberal" mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya mereka bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan.
Mereka yang liberal menyokong sistem kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang.
Sekularisme di Turki diperkenalkan melalui Perlembagaan Turki 1924 dan kemudian oleh pembaharuan Mustafa Kamal Atatürk yang menggubal satu set syarat-syarat pengurusan dan politik untuk mencipta satu negara yang moden, demokratik dan sekular sejajar dengan ideologi Kemalist. Setelah 13 tahun pengenalannya, (5 Februari 1937) dinyatakan dengan jelas dalam Artikel Kedua Perlembagaan Turki.
Perlembagaan Turki semasa tidak mengiktiraf agama rasmi ataupun mempromosi mana-mana agama termasuk Islam walau pun sekurang-kurangnya lebih daripada 95% warganegara Turki adalah orang Islam. "Laïcité" di Turki tidak memaksa satu pemisahan agama dan negeri yang ketat, kecuali menggambarkan pendirian negeri yang neutral tetapi pro-aktif dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama.
Perkara-perkara berhubung dengan agama adalah dipantau oleh Kementerian Hal Ehwal Agama. Kementerian ini menjalankan kerja-kerja mengenai kepercayaan-kepercayaan, ritual dan etika-etika Islam, menjelaskan orang awam mengenai agama mereka, dan mentadbir tempat-tempat ibadat.
Apa pendapat Anwar tentang sekularisme di Turki?
Seperti ucapan Anwar di dalam video di atas. Anwar dikatakan menyokong tindakan Sekularisme yang dilakukan Mustafa Kamal Attartuk tetapi cuma mengkritik pemikiran Mustafa 'Sekularisme sebagai anti agama'.
Menurut Anwar Sekularisme adalah yang terbaik di dunia kerana tidak 'anti Agama' tetapi cuma mengasingkan agama dan pemerintahan. Di akhirnya, Anwar menganggap Turki Adalah Model Demokrasi Dunia Islam kerana mengekalkan Identiti Islam dalam dunia Sekular.
Adakah Malaysia akan menjadi seperti Turki jika Anwar Ibrahim dapat menguasai pemerintahan negara ini?
Pujian yang melambung Anwar terhadap Turki sebagai Model Demokrasi Dunia Islam mengundang persoalan, adakah Malaysia kini menuju untuk menjadi seperti Turki sebuah kerajaan Republik dan Sekular jika Anwar dapat menguasai pemerintahan Malaysia?
Kumbang pernah mengulas mengenai kemungkinan Anwar Ibrahim akan bergelar presiden pertama Republik Malaysia.
Salah satu sebab Kumbang menyatakan demikian adalah kecenderungan rakyat Malaysia kini mempertikaikan peranan raja dan seakan-akan ada usaha untuk menjatuhkan Raja-raja Melayu pada ketika ini. Penghapusan Sistem Pemerintahan Raja-Raja Melayu ini akan menyebabkan Malaysia akan diisytiharkan sebagai negara republik seperti negara Turki yang dianggap model oleh Anwar.
Kronologi mempertikaikan peranan Raja-Raja Melayu baru-baru ini seperti di bawah:-
1) Karpal dan Lim Kit Siang tidak berpuas hati dengan terpilihnya Nizar sebagai Menteri Besar walaupun Nizar dipilih Sultan.
2) Nizar mohon derhaka kepada Sultan Perak dan kini mencabar perlembagaan Perak.
3) Karpal Singh melahirkan keinginan untuk menyaman Sultan Perak.
4) Beberapa orang ditangkap kerana memberi komen negatif kepada Sultan Perak di sebuah laman web.
5) Usaha memburukkan Sultanah Kelantan dan Tengku Temenggung Kelantan di serata internet.
Adakah usaha-usaha ini melambangkan wujudnya gerakan mempertikaikan peranan raja dan seakan-akan ada usaha untuk menjatuhkan Raja-raja Melayu dan menjadikan Malaysia sebuah negara republik seperti negara Turki?
Sama-sama kita fikirkan.
Usaha-usaha sekular juga semakin meluas dengan kebebasan penggunaan nama Allah pada semua agama kini disokong oleh sesetengah pihak. Wujudnya pemimpin yang anti feudal seperti Hishammuddin Rais yang menyokong Anwar Ibrahim mendekatkan kita dengan persoalan Kuasa Raja-Raja Melayu akan dihapuskan dan negara kita akan hampir menjadi sebuah negara republik. Begitu juga dengan pendukung liberal yang ada di dalam PKR seperti Khalid Jaafar mendekatkan kita pada situasi ini.
Persoalannya, jika benar wujudnya gerakan mempertikaikan peranan raja dan seakan-akan ada usaha untuk menjatuhkan Raja-raja Melayu di Malaysia dan di samping Anwar yang mengiktiraf Turki Adalah Model Demokrasi Dunia Islam.
Adakah Malaysia akan menjadi seperti Turki jika Anwar Ibrahim dapat menguasai pemerintahan negara ini?
Adakah Kuasa Raja-Raja Melayu akan dihapuskan?
Palestin telah tergadai apabila Kerajaan Uthmaniyah dihapuskan. Apa yang tergadai jika Kuasa Raja-Raja Melayu akan dihapuskan?
Abdul Rahman Al-Kawakibi tidak pernah memikirkan Palestin akan tergadai kerana usaha yang dilakukan beliau. Disebabkan nafsu sebagai pemimpin yang kononnya berjuang demi keadilan.Abdul Rahman Al-Kawakibi telah menyebabkan kesengsaraan warga Palestin sekarang. Adakah langkah 'mulia' Abdul Rahman Al-Kawakibi ini akan turut ada kesinambungannya di Malaysia.
Kita sama-sama tunggu. Yang penting Kumbang dan rakan-rakan dari AIDC,BPN dan blogger individu tidak akan membiarkan perkara ini berlaku.
Fikirkan sejenak, apa akan jadi pada kita 20 tahun akan datang.
Melayu Singapura telah menerima nasibnya. Nasib kita entah bila...
Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?
Rujukan : AnwarIbrahimDotCom dan Pochong Menulis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan