MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

29 Apr 2009

Nik Abduh : Pendedahan tidak pecah ahli



SHAH ALAM - Anak Mursyidul Am Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata pendedahannya berhubung konspirasi ‘pembantu-pembantu’ untuk melagakan ayahnya dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menjejaskan perpaduan di kalangan ahli parti itu.


Katanya, selepas pendedahan tersebut disiarkan di akhbar, ucapan tahniah dan penghargaan diterimanya menyokong tindakan mendedahkan konspirasi disifatkan mengancam dan merosakkan kesatuan di dalam parti Pas.

“Alhamdulillah, dalam seketika sahaja saya di hujani tahniah. Ia tidaklah mengujakan saya sehingga menerima ucapan terima kasih daripada seorang yang saya sayangi. Dia guru saya dan guru ratusan ribu ahli Pas seluruh negara.

“Saya bertanya adakah saya telah menganggu dan merosakkan jamaah? Jawapannya tidak. Ia dinikmati mereka cintakan keharmonian dan ulama yang saya maksudkan daripada tulisan saya, “kata Nik Abduh seperti dipetik dalam blognya, semalam.

Nik Abduh sebelum ini dalam tulisannya mendedahkan konspirasi ‘pembantu-pembantu’ itu khususnya dalam isu kerajaan Perpaduan yang ditolak Nik Aziz berikutan pengaruh ‘pembantu-pembantu’ yang kononnya serba tahu, tetapi seronok melagakan ayahnya dengan Abdul Hadi.

“Semalam (kelmarin) saya dihubungi ayahanda dari kota suci Mekah. Ayahanda menegur dan meminta saya tulis lagi agar kekeliruan dipadamkan. Jangan tinggalkan kekeruhan bertapak lama, saya akan tulis dan segera tulis sebagaimana ayahanda mahu.
“Selang beberapa jam, belum pun saya mula menulis, saya diberitahu sekumpulan insan sedang bergembira kerana hal Nik Abduh telah selesai. Ayahandanya telah mengarahnya berhenti buat cerita! Saya tersentak lagi.

Wah....ada insan begitu teliti pekerjaannya sehingga dia tahu isi perbualan saya dengan ayahanda!” katanya.


sumber : Sinar Harian, 29 April 2009


Tiada ulasan: