Kemunculan kelompok Turki Muda (Young Turk) yang memperjuangkan reformasi dan kebebasan akhirnya menyebakan Bumi Palestin terlepas ketangan orang Yahudi dan Turki sehingga hari ini dibayangi pengaruh Israel, inilah harga paling besar kesan pemikaran golongan Al Ittihad Wa taraqi ini ke atas dunia umat Islam.
Oleh : Pochongmenulis, AIDCclub
Pada Akhir kurun ke-19, sewaktu pemerintahan Kerajaan Bani Utmaniyah telah muncul satu konsep pemahaman baru yang telah tersebar di kalangan rakyat kerajaan Uthmaniyah, bahawa reformasi dan pembaharuan yang dislogankan tidak akan sempurna melainkan dengan setiap kaum bangkit menyelesaikan masalah mereka sendiri, reformasi ini hanya akan berjaya apabila pemerintahan Sultan Abdul Hamid dapat disingkirkan dan mengishtiharkan satu perlembagaan baru bagi menyerupai perlembagaan yang ada di Eropah.
Lantaran kemunculan aliran pemikiran seumpama ini, telah muncul kelompok yang membawa kepada penubuhan golongan Al-ittihad wa al-Taraqi, di antara kelompok awal kumpulan ni ialah munculnya kumpulan Jamaiyyat al-Uthmaniyyin al Judud.
Kumpulan ini sebenarnya wujud pada masa pemerintahan Sultan Abdul Al-Aziz lagi, iaitu merupakan bapa saudara kepada Sultan Abdul Hamid dan berkembang sehingga baginda mengambil alih kuasa, kumpulan ini wujud apabila terdapat sekumpulan pemuda berbincang mengenai politik dan mereka membuat kesimpulan menamakan pertubuhan mereka dengan ittifaq al-hamiyah (persepakatan semangat).
Dalam waktu yang sama seorang putera Mesir yang hidup terbuang di Paris kerana keenganan pemerintah Uthmaniyah untuk melantik beliau sebagai pemerintah Mesir. Di Paris, Putera yang bernama Mustafa Fadil Basha telah menyebarkan risalah untuk mendapat simpati dan memburukan kerajaan Uthmaniyah dengan memperkenalkan dirinya sebgai wakil Parti Pemuda Turki.
Seterusnya kumpulan ini disertai oleh para wartawan yang menentang Sultan Abdul Hamid seperti Namiq Misha, Muhamad Diya dan Ali Saawi, dan kemudiannya dikenali sebagai Al-Uthmaniyah Al-Judud (Uthamiyah baru).
Dan kelompok ini juga menerbitkan akhbar dan pelbagai tulisan di luar negara dengan memburukkan kerajaan pemerintahan Sultan Abdul Hamid. Selepas itu gerakan ini bertukar menjadi gerakan politik hasil pengaruh yang dimainkan oleh institusi-institusi yang ditaja dan kedutaan-kedutaan Eropah.
Selain pertubuhan tersebut wujud juga pertubuhan Al-Itihad Al Utmany yang dibayangi oleh seorang lelaki Fremason yang bernama Ibrahim Timu berbangsa Albania yang mendapat pendidikan di sekolah Tentera Al-Tibiyah, antara yang mengangotai pertubuhan ini ialah ipar kepada Sultan Abdul Hamid yang melarikan diri dari Istanbul ke Peranchis. Pertubuhan ini telah menyebarkan propaganda mereka melalui tentera .
Dalam masa yang sama juga sebuah pertubuhan bernama Watan juga telah ditubuhkan oleh Haji Mustafa Bek pada 1905 di Syiria, dan ia dianggotai oleh Mustafa Kamal Atarturk yang kemudiannya menjadi Presiden Turki.
Pertubuhan ini berkembang dari Damsyik hingga ke kota Al-Quds dan dianggotai sebahagian besarnya oleh tentera yang berpusat di Syiria sebelum berkembang ke Salonika di Yunani dan bergabung dengan Jamiat Uthmani Hurriyet untuk membentuk sayap tentera menentang Sultan Abdul Hamid.
Selepas itu sayap tentera ini kemudiannya bergabung dengan pelbagai kumpulan awam dan pertubuhan yang menentang pemerintahan Uthmaniyah, peristiwa pengabungan ini berlaku pada 7 September 1908 dengan dikenali secara rasmi dengan Jammiat wa ittihad wa al-Taraqi al-Uthmaniyah.
Gerakan ini selepas itu bergerak aktif menentang Sultan Abdul Hamid dengan menjadikan permasalahan minoriti Armenia sebagai bentuk yang jelas bagi polisi dalaman dan luaran mereka. Gerakan ini juga secara berselindung tunduk kepada pengaruh fremason, kelompok Yahudi dan negara-negara barat dalam menentukan polisi dan dasar parti.
Dari segi organisasi kumpulan ini mengambil model pertubuhan al-Karbunari, Itali. Mereka mendapat inspirasi ini hasil lawatan Ibrahim Timu ke Napoli dan di sana mereka melawat Freemason dan mempelajari organisasi kumpulan itu untuk diterapkan dalam kumpulan Al-Ittihad.
Pemikiran Al-ittihad wa taraqi
Apabila Sultan Abdul Hamid mencanangkan konsep PAN ISLAMI dan disebar ke seluruh dunia Islam. kumpulan ini mengangap konsep yang cuba dirintis itu akan mengancam kewujudan dan perancangan kumpulan mereka. Kerana apabila umat Islam bersatu maka tiada lagi bagi pemikiran idea Eropah dan orientalis untuk mendapat tempat.
Apabila pihak barat mengetahui projek Pan Islami tersebut melalui kumpulan Al_ittihad barat telah merancang untuk memusnahkan usaha tersebut dengan membangkitkan sentimen perkauman dari golongan minoriti bagi menghalang penyatuan umat Islam.
Selain itu melalui pengaruh yang wujud dalam sayap tentera kerajaan Uthmaniyah, mereka telah menggalakkan agar Kerajaan Uthmaniyah berperang dengan Rusia bagi melemahkan dan menkucar-kacirkan lagi pemerintahan kerajaan.
Antara langkah yang diambil oleh pihak barat untuk membantu kumpulan ini ialah memberikan latihan melalui Fremason untuk memainkan peranan memecahbelahkan keharmornian Daulah Uthmaniyah.
Selain itu langkah paling berkesan yang dilakukan kumpulan ini ialah mempelopori idea gerakan Tawraniyyah yang menyeru kepada nasionalisme Turki dan menonjolkan ikatan-ikatan persaudaraan diantara bangsa Turki dengan bangsa-bangsa lain yang berada dalam Daulah Utmahniyah khususnya kumpulan Asia Minor.
Akhirnya ia membentuk pandangan umum disisi bangsa turki bahawa Gerakan Tawraniyah sahaja akan dapat meyelamatkan mereka dari ketidaktentuan suasana politik dan ketidakstabilan pemerintahan.
Selain itu untuk mendapat sokongan dari kelompok Islam, golongan Al-Iitihad wa taraqi juga menggunakan Muhamad Akif( seorang tokoh muslim yang dipercayai kerana pegangan agamanya) untuk meyakinkan Abd Al-Aziz Al-Suud (tokoh Islam yang yang mempunyai pengaruh di dunia islam dan arab) agar turut serta dalam kelompok Al iitihad demi menyelamatkan dan membebaskan Daulah Uthmaniyah dari kezaliman. Namun ulamak Islam ini menolak untuk berjumpa dengan Muhamad Akif.
Dengan berpaksikan Eropah sebagai model boleh dikatakan Pertubuhan Al-Itihad Wa Taraqi adalah sebuah pertubuhan yang berfungsi untuk membangkitkan semangat perkauman di kalangan penduduk Daulah Uthmaniyah. Ia menyeru kepada beberapa konsep baru seperi persamaan, kebebasan dan perlembagaan.
Disebabkan aliran ini, mereka telah dapat berjaya menarik kelompok ahli parti dari kumpulan generasi muda yang belajar di sekolah Kristian dan berpendidikan barat. Selain itu kelompok masyarakat Yahudi kumpulan Dawnamah juga turut serta dalam kelompok kumpulan ini dan mereka memainkan peranan besar dari segi pemikiran untuk memecahbelahkan Daulah Uthmaniyah.
Objektif utama kumpulan Al iitihad wa Taraqi ini iakah menjatuhkan pemerintahan Sultan Abdul Hamid dan mengantikannya dengan perlembagaan, reformasi dan keadilan.
Namun yang terjadi adalah lain daripada perancangan apabila orang Yahudi dan Fremason telah mengariskan matlamat mereka sendiri apabila pemerintahan Sultan Abdul Hamid runtuh dan bermula tahun 1924 telah terhapusnya sistem pemerintahan Khalifah Islamiyah secara rasmi kerana khalifah yang wujud selepas itu hanya merupakan kumpulan boneka kepada golongan ini.
Semenjak itu pemerintahan baru yang wujud di Turki sehinggalah sekarang dasar kerajaan adalah pro-Yahudi dan terpaksa bergantung besar dengan bantuan Yahudi.
sumber - pochongmenulis
Artikel lain berkaitan :
. Anwar tiru gerakan Al-ittihad wa-Taraqi di Turki untuk jatuhkan Najib ?
. Parti Keadilan hamba Amerika ? - Faisal Tehrani
. Liwat : Di sebalik tabir Anwar berlindung di Kedutaan Turki
. Anwar Ibrahim : Renaisance, Reformasi dan Pencerahan
. "Erdogan Model Pemimpin Islam : Berani ke atas Hamas tetapi berbaik dengan Israel" kata Anwar Ibrahim
. Kisah di belakang tabir Erdogan, Abdullah Gul dan AKP di Turki..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan