MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Apr 2009

Fairus hantar SMS dedahkan konspirasi dalaman..

Kenderaan rasmi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin (Mercedes Benz S320 berwarna hitam - nombor plat P1) yang diletakkan di halaman rumahnya di Taman Guar Perahu, Penanti diambil balik oleh kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)

Tinjauan Alahai di lapangan di Permatang Pauh mendapati, masih ramai menganggap bekas TKM 1 yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu menjadi mangsa konspirasi politik dalaman PKR.


Teori konspirasi yang dicetus Fairus itu berjaya menyakinkan banyak pihak, termasuk khalayak di kawasan yang diwakilinya - Penanti.



Fairus sebelum ini, menyebar luas kononnya terdapat pihak-pihak tertentu yang cemburu dan mengidamkan jawatannya. Golongan itu, menurut Fairus sering menabur fitnah dan memburuk-burukkan dirinya.


Selain menggunakan media, Fairus turut menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada beberapa individu yang mendakwa dirinya difitnah.

SMS daripada Fairus yang dihantar kepada orang ramai sejak 19 Mac 2009 :

" To my fellow sincere friends, saya telah dikhianati, diperangkap dan dianiaya oleh orang dalaman parti kita sendiri iaitu ( cikgu Zul, Zainal Abidin ( Non), Hazree, Din Binjai dan beberapa lagi segelintir yang berniat khianat terhadap saya. Saya tidak bersalah sama sekali atas tuduhan jahat pada saya. Saya akan tetap terus berjuang. Tolong doakan keselamatan & bela kebenaran saya. Salam perjuangan."

Justeru itu, tidak hairanlah apabila ramai yang tidak mengetahui kedudukan sebenar yang terpengaruh dengan SMS tersebut.

"Ini semua kerja orang dalam, la hampa semua puashati la kut, inilah kerja orang Melayu," demikian bunyi sindirian kepada salah seorang bekas pegawai TKM 1, di pasar Penanti baru-baru ini.

Menurut bekas pegawai tersebut dia terkejut apabila disapa dengan kata-kata sindiran oleh individu berkenaan ketika dia berkunjung ke pasar berkenaan.

" Kalau kami jumpa beruk-beruk yang rosakkan bunga, kami akan ketuk kepala beruk-beruk itu.

" Bunga itu sepatutnya dibaja dan dijaga, bukan dirosakkan oleh beruk," demikian pula bunyi sindiran keras oleh beberapa ahli Wanita PKR Permatang Pauh kepada seorang bekas pegawai Fairus yang lain ketika berkempen pada pilihan raya kecil Bukit Selambau.

Pada mereka, Fairus telah dianiaya dan difitnah, dan pimpinan parti tidak menyiasat secara adil.

Sementara itu, seorang penyokong tegar PAS di Seberang Jaya, pula ragu-ragu tentang tuduhan yang bakal dihadapi Fairus.

Namun katanya, ramai juga ahli PAS yang percaya apa yang sedang dihadapi Fairus adalah konspirasi pihak Umno.

" Rata-rata mereka tidak percaya, Fairus terbabit dalam rasuah," jelasnya.

Sementara itu, beberapa bekas pegawai Fairus yang dihubungi enggan mengulas tentang isu Adun Penanti itu.

"Kami diminta untuk tidak memberi sebarang komen dan penjelasan kepada akar umbi. Jika kami berbuat demikian kami mungkin akan dituduh jahat.

"Kami telah serahkan segala-galanya kepada kepada Ketua Umum Anwar Ibrahim untuk menjelaskan kedudukan sebenar tentang isu Fairus," ujarnya.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

sumber - alahaifairustkmpenang

3 ulasan:

Unknown berkata...

orang pas..tak habis-habis dengan perangai salahkan orang lain..macam tu lah perangai melayu pas ni...tak sedaq ka lagi pas dk kena pebodo dek anwar/dap? buaka mata hati tu sikit..janagn taksub tak tentu hala dengan pemimpin


bekas916

mohammad azren fooldog PH yg bahalol berkata...

Pelik betul perangai ah-liPas, kalau sesuatu kena pada batang hidung sendiri atau rakan-rakannya didalam PR kena pun dikatakan berpunca dari UMNO. Cermin dahulu perangai sendiri sebelum nak tuding pada orang lain. Jgn cakap sembarangan shj, jika x betul akan jadi fitnah.

Kawan suka berbogel pun dikatakan angkara UMNO, kawan suka kahwin lebih dari satu pun dikatakan angkara UMNO, malah kawan yang suka tidur dalam mesyuarat dan suka bagi alasan pun angkara UMNO juga ke?

Mungkin hobi DSAI yang suka main belakang pun angkara UMNO. Merapek sungguh!!!!

cutekontot berkata...

Semuanye kena tunggu keputusan daripada DSAI mengenai kedudukan ahli-ahli PKR, fairuz pun macam tu, elizabeth wong pun. kalau pemimpin BN dah lama kena bantai teruk. tu le mengata dulang batu serpih mengata orang dia yang lebih

bila lagi ni DSAI nak umumkan pengumuman penting. PRK Bukit Selambau, Batang Ai dan Bukit Gantang dah berlalu