Oleh Yazid Othman
Sejak beberapa hari lalu saya berada di Kota Kinabalu Ibu Negeri Sabah untuk acara rasmi beberapa hari, yang saya mulai dengan acara tak rasmi pada dua hari sebelumnya, untuk mengunjungi anggota keluarga dan sanak saudara saya yang agak ramai jumlahnya di Daerah Papar, yang agak lama juga saya tak ziarahi mereka di sana.
Saya amati kecenderungan teman-teman dan sanak saudara saya di Sabah ini samalah juga dengan keadaannya dengan di Semenanjung, apabila bertemu dengan saya , mereka ajukan topik perbualan terkini, tertumpu kepada peristiwa terbaru mengenai kes Liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, di mana saja terluang untuk berbual-bual , samada di coffee house, ruang legar hotel ataupun di rumah.
Selain itu, sikap tunggu dulu sebelum membuat sebarang tindakan oleh Perdana Menteri terhadap pelbagai perkara yang mencetuskan kacau-bilau dalam negara ini oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan suasana tidak harmoni dalam negara Malaysia yang makmur dan sejahtera ini, adalah antara bahan perbualan di kebanyakan coffe house di Kota Kinabalu ini.
Apabila bertalu-talu soalan diajukan oleh teman-teman dan sanak saudara saya di Sabah ini mengenai peristiwa tersebut , saya terpaksalah memberitahu mereka apa yang saya tahu mengenai duduk perkara itu melalui sumber rasmi dan tidak rasmi .
Maksud saya sumber rasmi itu ialah apa yang dilaporkan dalam perbicaraan dalam mahkamah yang menyentuh perkara tersebut dan sumber tak rasmi pula ialah maklumat-maklumat mengenai perkara itu yang disampaikan oleh orang yang layak dipercayai tetapi tidak dikeluarkan dalam perbicaraan di mahkamah.
Seorang kenalan rapat saya mengajukan soalan mengenai mengapa Kedutaan Turki jadi pilihan Anwar Ibrahim dan mengapa Anwar melaporkan segala perkara yang berlaku ke atasnya di Malaysia ini kepada Amerika Syarikat.
Saya menjawab, seorang ahli perniagaan warganegara asing yang mempunyai rangkaian perniagaan yang agak besar di negara ini sejak lebih 10 tahun lalu, telah datang kerumah saya di ibu negara sehari sebelum saya bertolak ke Sabah ini, dalam masa berbual itu menceritakan punca Anwar Ibrahim masuk ke Kedutaan Turki.
Katanya, seorang ahli perniagaan permaidani berbangsa Turki yang telah tinggal di negara ini sejak berpuluh tahun lalu, yang mempunyai kecenderungan seks kepada sesama lelaki (homo sexual) , telah menjadi amat akrab dengan Anwar Ibrahim sejak begitu lama, dan beliau inilah yang mengaturkan Anwar menyeludup masuk ke Kedutaan Turki di Kuala Lumpur , sebaik saja bekas pembantu Anwar sendiri membuat laporan polis, bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar .
Pada pendapat beliau, Anwar masuk ke Kedutaan Turki itu adalah sekadar berlindung sementara untuk mencari jalan dan akal bagaimana cara beliau akan buat dengan sebaik-baiknya agar perkara ini tidak menghancurkan nama baiknya dan masa yang sama mencari keuntungan politik peribadinya dengan meletakkan kesalahan kepada pihak lain.
Ertinya, sekiranya Anwar tidak lari berlindung di mana-mana tempat yang selamat, ia pasti akan ditangkap polis, sebaik-baik saja laporan mengenai perbuatan liwatnya diadukan secara rasmi kepada pihak polis, dan ini sudah tentu memalukan beliau dan nama baiknya akan hancur-lebur . Dan apabila akal dan jalan atau helah sudah ditemui , beliau pun terus keluar dari kedutaan itu. Pengumuman PM yang berjanji tidak akan menangkap Anwar kerana laporan itu menjadi sebab utama beliau keluar dari kedutaan Turki itu.
Teman-teman dan kenalan saya di Sabah ini sungguh hebat mengemukakan persoalan Anwar ini kepada saya , mengalahkan ‘polis pencen’ !
Parsoalan benar atau tidak benar Anwar melakukan liwat ini (Nauzubillahiminzalik) , bagi saya Anwar boleh meyakinkan seluruh umat Islam di Malaysia ini khasnya orang Melayu dengan menolak ketepi segala bukti dan tuduhan yang dianggap palsu, dengan cara beliau melakukan ‘Lafaz Qasam’ menafikan tuduhan ini secara terbuka dihadapan media cetak dan elektronik. Selepas dari beliau melakukan ini Anwar boleh dianggap suci dari segala tuduhan jahat terhadapnya.
Kerana seseorang Islam wajib percaya kepada lafzul qasam atau lafaz qasam yakni satu cara bersumpah mengikut syarak, di mana seseorang yang mahu membersihkan diri dari sebarang tuduhan palsu yang boleh mengaibkannya, dengan meneyebut lafzulqasam dengan disambung terus dengan penafian tuduhan terhadap dirinya , dimana ayat penuhnya ialah, ‘Wallahi, Wabillahi , Watallahi saya tidak melakukan perbuatan……..tersebut’ .
Saya berpendapat Anwar perlu melakukan ini bagi ‘menjilahkan’ ( membersihkan dan menjernihkan ) fikiran bagi menimbulkan keyakinan dalam diri para pengikutnya khasnya, dan umat Islam umumnya. Kerana cara syarak ini memang tidak payah menyediakan saksi, tetapi ia boleh dipercayai dan diyakini. Seingat saya Anwar tidak pernah lagi melakukan ini sepanjang tuduhan liwat dibuat terhadap beliau sejak dulu hingga kehari ini.
Macamana umat Islam tidak boleh yakin dengan sumpah syarak ini sedangkan ia adalah cara yang digariskan oleh syarak dan bila ini dilakukan sesiapa juga yang beriman kepada Allah dan Rasul mesti percaya kepada sumpah cara syarak ini. Tetapi ada persoalan timbul , bagaimana jika seseorang itu membuat sumpah palsu atau berbohong dengan lafzul qasam ini ?
Jawabnya senang sahaja. Akibat dari berbohong derngan menggunakan lafaz qasam ini seseorang itu mungkin akan menerima hukuman yang amat berat dari Allah serta merta, tidak tunggu di akhirat lagi dengan kehancuran dan kemusnahan yang jelas .
Yazid Othman adalah Presiden Persatuan Wartawan Melayu Malaysia. Biodata lengkap klik di sini
sumber - yazidothman.com
Artikel lain berkaitan :
1. Kes Liwat Anwar- Saiful : Siapa Mangsa ? Konspirasi siapa ? - SH Alatas
2. Bekas Imam Besar Bongkar Rahsia Anwar
3. Alim Ulama Tidak Di Belakang Anwar
2 ulasan:
Sehingga kucing bertanduk pun anwar tidak akan bersumpah
Ini menunjukkan anwar benar2 meliwat. Kalau tidak melakukannya, mengapa tidak berani bersumpah? Takutkah bala akan menimpa kerana lafaz palsu?
Yakni anwar masih percaya ajaran Islam lagi? Atau takut menjadi perhatian rakyat Malaysia menghitung hari menanti detik2 Allah turunkan bala?
Patutlah Anwar tak nak bersumpah. Memang sah dia yang bersalah. Macam main sembunyi2 lak..
Catat Ulasan