MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

16 Apr 2009

Apa agenda International Crisis Group ?



Oleh Jan Oberg, Pengarah, The Transnational Foundation for Peace and Future Research

2005 merupakan ulang tahun ke-10 International Crisis Group (ICG). “International Crisis Group adalah organisasi bebas, tanpa keuntungan, berbilang negara, dengan lebih daripada 100 orang staf yang berada di lima benua, melaksanakan tugas melalui analisis lapangan dan sokongan di peringkat atasan untuk mengelakkan dan menyelesaikan konflik berdarah ” – dinyatakan pada laman webnya.* Ia terlibat dalam lebih kurang 50 konflik.


Dalam satu siaran media pada 13 April 2005, ICG menggambarkan dirinya – dengan rasa rendah diri yang terbatas – sebagai “diperhatikan secara meluas di seluruh dunia sebagai organisasi yang utama di dunia, menyalurkan sumber maklumat yang bukan daripada kerajaan, dan menganalisis serta menasihati kerajaan dan organisasi antarabangsa mengenai isu konflik.”

Seseorang dengan rendah diri akan bertanya, di atas lingkungan apa? Adalah benar bahawa media arus perdana sentiasa menyifatkan ICG sebagai berprestij atau amat dihormati. Mereka yang tidak biasa dengan politik atau konflik mungkin akan mencari nama dan bahagian perhubungan awam sesebuah organisasi, dan untuk perkara ini, ICG sudah tentu merupakan yang utama di dunia, walaupun sebenarnya hampir kesemua nama-nama di peringkat atasan “pernah memegang jawatan tersebut”.

Bagaimanapun, profesional dalam analisis konflik - resolusi dan keputusan perdamaian mungkin mencari sebab untuk mempersoalkan imej ICG terhadap promosi kepada diri mereka.

Dalam perkara berkaitan, fokusnya adalah mengenai status umum dan perkaitannya dan juga penyelidikan/ hasil intelektual terhadap beberapa konflik – oleh itu, ini tidak termasuk bahawa ICG mungkin dapat melakukan yang lebih baik di tempat-tempat lain.


ICG bukan kerajaan? Bebas?

Ketika melayari laman web International Crisis Group, ia mendedahkan bahawa 40% dana kumpulan itu datang daripada kerajaan-kerajaan berikut :

1. Agence Intergouvernementale de la francophonie
2. Australia
3. Austria
4. Belgium
5. Kanada
6. Republik Czech
7. Belanda
8. Finland
9. Perancis
10. Jerman
11. Ireland
12. Jepun
13. New Zealand
14. Luxembourg
15. Taiwan
16. Denmark
17. Norway
18. Sweden
19. Switzerland
20. Turki
21. Amerika Syarikat
22. Britain

Tidakkah fakta di atas sesuatu yang sukar untuk dipercayai kerana siapa yang membayar dialah yang berhak (membuat penentuan) ? Adakah ICG akan terus membuat perkara yang sama, sekiranya terdapat laporan yang mengkritik dasar-dasar kerajaan – secara khususnya kerajaan Barat dan “pengurusan” konflik mereka?

ICG juga dibiayai oleh pelbagai yayasan (meliputi 43%) ;

1. Rockefeller
2. Ford
3. MacArthur
4. US Institute for Peace (ditubuhkan oleh Ronal Reagan)
5. Carnegie
6. Sarlo
7. Jewish Community Endowment Fund (Dana Pembiayaan Masyarakat Yahudi)
8. Hewlett
9. Penderma sektor swasta (16 %)

Secara ringkasnya, yayasan Amerika berorientasikan dasar, tiada satu pun membelanjakan sebahagian daripada geran berjuta-juta dolar untuk menghasilkan satu asas, katakan, untuk keamanan menggunakan cara damai, tanpa keganasan.

Tiada di kalangan mereka yang mempromosikan kenapa berlaku penyelesaian konflik yang ganas dan kononnya campur tangan bantuan kemanusiaan – sebagai contoh, Kosovo – yang gagal sejak berakhirnya Perang Dingin – apatah lagi kritikan digalakkan hanya kepada penganut fahaman ketenteraan yang berkuasa serta dasar unilateral pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Tetapi, bayangkan dunia yang ideal, dari tahun ke tahun, lebih banyak daripada kerajaan yang jadi pemimpin tanpa sebarang syarat dan sebagainya. Adakah mereka yang tiada sebarang kaitan dengan ICG ?

Tidak sama sekali. Antara ahli lembaganya adalah ;

1. Gareth Evans ,Presiden & Chief Executive Officer (CEO) atau Ketua Pegawai Eksekutif ICG & bekas Menteri Luar Australia

2. Lord Patten of Barnes, Pengerusi Bersama ICG & bekas Pesuruhjaya Eropah untuk Hubungan Luar

3. Morton Abramowitz, bekas Penolong Setiausaha Negara A.S. dan Duta A.S. ke Turki

4. Stephen Solarz, bekas Ahli Kongres A.S.

5. George Soros

6. Kenneth Adelman, Duta A.S.

7. Wesley Clark dari A.S., bekas Komander NATO yang mengetuai kemusnahan Yugoslavia pada 1999

8. Zbigniew Brzezinski, bekas Penasihat Keselamatan Negara kepada Presiden

9. Ruth Dreifuss, bekas Presiden Switzerland

10. Leslie H. Gelb dari A.S., bekas Presiden Council on Foreign Relations (Majlis Hubungan Luar)

11. Bronislaw Geremek, bekas Menteri Hubungan Luar Poland

12. Lena Hjelm-Wallén, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hubungan Luar Sweden

13. James C.F. Huang, Timbalan Setiausaha Agung kepada Presiden Taiwan

14. Fidel V. Ramos, bekas Presiden Filipina

15. Lord Robertson of Port Ellen, bekas Timbalan Setiausaha Agung NATO & bekas Setiausaha Pertahanan, Britain

16. Salim A. Salim, bekas Perdana Menteri Tanzania & bekas Setiausaha Agung
Organisation of African Unity (Pertubuhan Perpaduan Afrika)

17. Pär Stenback, bekas Menteri Hubungan Luar Finland

18. Thorvald Stoltenberg, bekas Menteri Hubungan Luar Norway

19. Ernesto Zedillo, bekas Presiden Mexico

20. Martti Ahtisaari, bekas Presiden Finland,

21. George J. Mitchell, bekas Ketua Majoriti Senat AS.

22. Uffe Ellemann-Jensen, bekas Menteri Hubungan Luar Denmark

23. Mark Eyskens, bekas Perdana Menteri Belgium


Dalam berlaku adil, terdapat juga beberapa ahli perniagaan, seorang penulis novel dan seorang profesor (dalam senarai tersebut). Tetapi , seseorang itu tidak dapat menerima :

1. Kehadiran bekas ahli politik dan diplomat

2. Kewujudan sebenar mereka yang berada dalam bidang akademik dengan latihan profesional berkenaan konflik lapangan dan kerja-kerja aman

3. Darjah pertindihan di antara kerajaan yang membiayai ICG dan kerajaan yang ahli lembaga ICG menganggotainya

Washington Office of The Crisis Group (Pejabat ICG Washington) hanya mengandungi rakyat Amerika yang – tidak seorang pun terkecuali – mempunyai latar belakang dalam kerajaan A.S. – Peace Corps (Pasukan Khidmat Bakti), Jabatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, United States Agency for International Development (USAID). Dalam beberapa kes, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dicatatkan.

Sekiranya ICG benar-benar tidak berkaitan dengan kerajaan – atau lebih kepada hampir berkaitan dengan kerajaan – ia akan bekerja dengan masyarakat bertamadun dan akan memberikan amaran awal, pencegahan konflik serta cadangan dasar daripada peringkat bawahan, dengan bekerjasama dengan kumpulan tempatan di rantau yang mengalami konflik.

ICG tidak pernah mempunyai mereka yang berkecuali, perubahan dasar elit, yang telah dinyatakan dalam Laporan Tahunannya:

“Kebanyakan sokongan ICG yang berjaya dilakukan di belakang pintu. Pejabat sokongan kami yang utama adalah di Brussels, Washington DC dan New York [Sila ambil perhatian tentang pilihan yang dibuat di kalangan 191 ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN)] secara berterusan memastikan ICG mendapat akses dan pengaruh di peringkat tertinggi kerajaan A.S. dan negara Eropah, PBB, European Union (EU) dan North Atlantic Treaty Organization (NATO); pejabat kami di Moscow memperbaiki akses kami kepada penggubal dasar Rusia ; dan pejabat kami di London secara berterusan memperkukuhkan profil tinggi ICG dan pengaruhnya di Britain. Kesemua pejabat ICG, kedua-duanya dalam sokongan dan lapangan, menerima kerjasama baik daripada ahli politik kanan dan pelawat rasmi.”

Di tempat lain, istilah memuji diri sendiri dinyatakan seperti berikut;

“ICG pada hari ini – dengan 110 orang staf sepenuh masa bertebaran merentasi 25 lokasi di lima benua, bekerja di sekitar 50 tempat yang berpotensi dan juga yang menghadapi konflik, dengan bajet operasi tahunan berjumlah hampir $12 juta – secara universalnya dianggap bukan sahaja pemain yang serius dalam perdebatan dasar yang adil dalam setiap pencegahan konflik utama tetapi sebagai organisasi yang utama di dunia, menyalurkan sumber maklumat dan menganalisis serta menasihati kerajaan serta organisasi antarabangsa mengenai isu konflik.”

Pintu ditutup, dan interaksi rapat dengan golongan elit yang mempunyai hubung kait secara formal dan tidak formal dengan kuasa ! Kuasa apa?

Kuasa sering kali dikaitkan dengan kerajaan, seperti A.S. , Britain – tetapi juga Australia, Jepun dan Denmark – mereka sering kali memilih untuk tidak berbuat sesuatu tentang konflik walaupun mereka mampu, tetapi kemudiannya memilih untuk menjadikan konflik semakin buruk dengan mengimport senjata api dan menunjukkan imej “baik” melawan “jahat” dengan melakukan pengeboman dan penjajahan – kuasa yang tidak mempedulikan tentang sejarah, falsafah, kosa kata, cara atau potensi untuk menggunakan kaedah tanpa keganasan, tetapi, sebaliknya, meningkatkan galakan keganasan sebagai satu bahagian yang melengkapi “pencegahan” konflik versi mereka di seluruh dunia – kuasa yang hampir sama dengan struktur ICG dan operasi mereka di seluruh dunia.


Penyelidikan atau ulasan?

“ Staf ICG menguruskan organisasi, membangunkan cadangan dasar untuk pertimbangan Lembaga dan menyebarkan analisis ICG. Mereka adalah profesional dengan pengalaman yang luas dengan sokongan undang-undang, politik, sektor swasta, bantuan kemanusiaan, mengawal keamanan dan hak asasi manusia, ” seperti yang ditulis dalam laman web ICG.

Jadi, bagaimana dengan realiti, adakah “pendekatan ICG adalah kepakaran dalam penyelidikan lapangan” ?

Presiden ICG merupakan seorang pensyarah universiti dalam bidang undang-undang dan merupakan peguam pada tahun 1970-1978, tetapi selepas itu dia merupakan seorang ahli politik dan banyak menghasilkan penulisan. Bagaimana pula dengan lembaga penasihat?

Seseorang akan percaya dengan lembaga tersebut jika mempunyai golongan profesional. Tetapi penyumbang yang menderma lebih daripada USD 25,000 setahun akan ditawarkan keahlian International Advisory Board (Lembaga Penasihat Antarabangsa), jadi lembaga penasihat tersebut, dilihat, adalah mereka yang hanya mendermakan wang tetapi tidak semestinya pakar, katakan, di dalam analisis konflik atau – penyelesaian, mengawal keamanan, dialog dan rundingan, atau amaran awal.

Ringkasan kelayakan dan pengalaman staf ICG, dicurigai kerana mereka tidak menyertakan kelayakan akademik.

Tentang Nicholas Whyte, memiliki Philosophy Doctor (PhD) dan pengarah untuk Program Eropah, dinyatakan bahawa dia merupakan Trifun Kostovski Research Fellow (Felo Penyelidikan Trifun Kostovski).

Anda mungkin tertanya-tanya siapakah Trifun Kostovski? Dia merupakan seorang Ahli Parlimen di Macedonia, pengasas Kometal Trade Gmbh, disokong sebagai Datuk Bandar Skopje oleh pembangkang – yang juga merupakan ahli lembaga ICG.

Terdapat segolongan yang menunggu dengan penuh keghairahan tentang laporan penyelidikan bebas kemerdekaan Macedoni pada masa akan datang yang akan diterbitkan oleh Whyte.

Adakah anda akan membaca artikel ini, sekiranya ia tidak berguna kepada anda? Sila dapatkan artikel yang lebih berkualiti pada masa akan datang.

Ibu pejabat di Brussels mempunyai 4 orang staf dengan dinyatakan sebagai berkaitan dengan penyelidikan. Kita dimaklumkan bahawa salah seorang pengarah dan penyelidik mempunyai Bachelor of Arts (B.A.) atau Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Master of Arts (M.A.) atau Ijazah Sarjana Sastera dan telah bekerja sebagai peguam komersil.

Seorang lagi bekerja di kedutaan dan memiliki B.A. dan M.A. Seorang lagi dalam menyiapkan PhD selepas latihan praktikal di Suruhanjaya EU. Dan seorang lagi telah menjadi pelatih di Suruhanjaya EU dan memiliki M.A. dalam pengajian antarabangsa.


Ini menunjukkan pertentangan dengan imej penyelidikan, tiada seorang pun yang melaksanakan penyelidikan di ibu pejabat mereka telah mencapai peringkat PhD.

Bagaimana dengan staf ICG di seluruh dunia?

Seorang “penganalisis kanan” mengenai Afrika Tengah merupakan bekas pegawai dalam Tentera Darat Australia dan “secara perlahan-lahan mendapatkan PhD”. Sesetengah pengarah projek dan penganalisis wilayah, dinyatakan memiliki PhD. Tidak kesemuanya.

Hanya yang disenaraikan di bawah Macedonia, tiada ringkasan kelayakan dan pengalaman yang disiarkan. Beberapa ringkasan kelayakan dan pengalaman telah diteliti, tetapi diakui tidak semua, di mana kami menemui seorang sahaja yang mempunyai PhD dalam pengajian konflik. Diharapkan akan lebih banyak (mereka yang berkelayakan) menyertai ICG.

Laporan umum ICG tidak dilihat berdasarkan kepada sebarang teori yang konsisten atau rangka kerja konseptual yang berkaitan dengan analisis konflik, amaran awal atau sekolah hubungan antarabangsa/sistem antarabangsa.

Ketika laporan ICG yang sudah tentu tanpa maklumat dan pengetahuan, kebanyakannya masih kekal sebagai peringkat ulasan dan mengumpulkan bersama data daripada temu bual dengan wakil-wakil mereka yang memegang kuasa sebelum ini, seperti ahli politik dan sumber akhbar.

CrisisWatch adalah buletin bulanan 12 muka surat “yang diterbitkan untuk pembaca yang sibuk....dengan kemas kini ringkas mengenai keadaan sebenar di semua situasi penting berkaitan konflik atau konflik yang berpotensi akan berlaku di seluruh dunia.”

Ianya berdasarkan pangkalan data Crisis Watch dan Conflict History (Sejarah Konflik), dari sebuah negara ke negara yang lain. Namun, bagi bekas Yugoslavia (sebagai contoh), tiada pangkalan data sejarah untuk keseluruhan entiti dan oleh yang demikian, kemungkinan tiada pemahaman mengenai perkaitan di rantau tersebut.

Untuk Serbia dan Kosovo, kurang difokuskan kerana semata-mata melibatkan kewartawanan dan kedua-duanya mengandungi beberapa kesilapan fakta dan tafsiran dan juga kurangnya pendekatan konflik-teori yang sistematik.

Oleh yang demikian, ianya menjadikan mustahil untuk perbandingan di seluruh negara. Dengan cara tersebut, tidak wujud sebarang pangkalan data sejarah untuk Bosnia-Herzegovina dan Croatia.

Dalam kesemua pangkalan data ini – secara realitinya penerangan yang terlalu ringkas – seperti Iraq, seseorang boleh mengetahui bahawa tidak terdapat sebarang maklumat yang melaporkan minat Barat, sejarah dan tanggungjawab kontemporari bersama untuk konflik, pengurusan konflik tidak produktif atau kawalan keamanan yang gagal.

Sesiapa yang telah terlibat selama beberapa tahun/dekad dengan konflik yang rumit akan tertanya-tanya adakah mungkin ICG menyatakan sesuatu secara mendalam atau analitikal tentang 50 konflik – amaran awal, pengurusan konflik dan mengawal keamanan - dalam terlalu banyak perbezaan budaya, walaupun dengan 100 orang pakar yang sangat berkelayakan dan memiliki pengalaman profesional.

Ianya berbaloi untuk berbincang sama ada kekurangan yang disebutkan di atas bersesuaian dengan ciri-ciri sebuah “organisasi utama dunia dalam pencegahan konflik.”

Diharapkan terdapat lebih ramai profesional yang berada di belakang ICG, dan hanya satu ICG yang sebenar, sebagai contoh laman web, yang tidak meletakkan keadilan kepada kehebatan ICG.


Pencegahan Konflik ? : Tidak!

Sebahagian daripada logo ICG adalah : Bekerja untuk mengelakkan konflik di seluruh dunia. Ini, secara ringkasnya, memberikan anda tahap keintelektualan dan visi. Di mana – bolehkah dalam mana-mana kehidupan, keluarga, tempat kerja, tempat atau negara yang tidak menghadapi konflik, sebagai contoh, tiada perbezaan, pandangan berbeza, tiada persetujuan, pertikaian, tidak muncul pandangan dunia yang berbeza, norma-norma dan visi masa depan?

Bolehkah mana-mana individu atau pembangunan tamadun membangun tanpa konflik? Sudah tentu tidak. Mencegah konflik, secara literalnya bermaksud menjadikan hidup semakin miskin.

Tanpa konflik, demokrasi tidak diperlukan, kemungkinan tiada kebebasan. Ia akan menjadi dunia Orwellian (dunia diktator). Konflik berlaku. Konflik wujud. “Pencegahan Konflik” secara intelektualnya mengarut.

Apa yang perlu kita lakukan adalah bagaimana untuk mencegah, mengurangkan, dan diakui pada jangka masa panjang, menghapuskan keganasan dan perang sebagai cara yang sah untuk berhadapan dengan perbezaan yang tidak dapat dielakkan dan konflik.

Pada masa ICG berbuat demikian dengan berjaya – dalam erti kata perhubungan awam, dana, berasaskan kepada masyarakat bertamadun dan untuk tanpa keganasan – seperti kerja yang seakan-akan tugas kerajaan iaitu kerja-kerja “pengurusan” konflik, di mana dunia dan masa sudah tentu akan berubah.

Akhirnya, Lord Patten of Barnes, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah ICG menulis di dalam siaran media sempena Ulang tahun ICG ;

“Apa yang dilakukan oleh ICG adalah memenuhi keperluan penggubal dasar di dalam kerajaan negara untuk cadangan yang lebih praktikal dan analisis yang lebih bijak serta jujur untuk mencegah bencana, atau setidak-tidaknya mengurangkan kesannya. Kita sentiasa mendapati diri kita mengatakan sesuatu yang ingin diperbincangkan oleh kerajaan tetapi mendapatinya terlalu sukar”

Ayat terakhir mungkin akan mendedahkan lebih sedikit apa yang diinginkan oleh Lord Patten. Tetapi, walaupun berlaku krisis intelektual dalam Kumpulannya (ICG), bayaran yang lumayan diberikan untuk berkata demikian.

Media senang memetik sinaran neon di hadapan bangunan yang bersinar mungkin akan terkejut dengan apa yang kadang kala ditemui, atau tidak ditemui, di belakang mereka.

Ketepatan politik dianugerahkan di dalam masa meningkatnya pemerintahan kuku besi. ICG adalah organisasi yang hampir sama dengan kerajaan yang menonjolkan dirinya sebagai bukan kerajaan di dalam lapangan “pencegahan” konflik dan mengawal keamanan.

Ini adalah masanya untuk mengasingkan biri-biri daripada kambing.


AIDC menterjemah artikel Hartford, Jan Oberg. 2005. The International Crisis Group: Who Pays the Piper?. Artikel asal klik di sini

1 ulasan:

x-pkr berkata...

gareth evan ni mmg kwn baik anwar, byk juga dana yg disalurkan utk biaya pergerakan Anwar dari 1998 hingga kini...

yang berangan til skg nak jadi pegawai khas gareth evan ni saiful izham, lawyer bodoh dari bkt selambau....

x-pkr
http://x-pkr.com