Oleh Dr Novandri Hasan Basri
Beberapa web berita - online telah menyiarkan laporan bahawa calon PKR untuk pilihanraya kecil Bukit Selambau yang diumumkan oleh DS Anwar Ibrahim telah mendapat bantahan daripada ahli-ahlinya sendiri.
Apakah akan berlaku konflik dalaman di dalam jentera pilhanraya PKR di Bukit Selambau?
Bagaimanakah caranya Anwar Ibrahim menutup mulut mereka yang tidak berasa puas hati itu?
Di dalam politik, ketidaktentuan dan kucar kacir di dalam sesebuah parti politik akan bakal mendatangkan impak yang besar jika parti itu sedang menghadapi sebarang pilihanraya.
Jentera pilihanraya bukan sahaja terpaksa berdepan dengan pengundi-pengundi tetapi terpaksa juga berdepan dengan ahli-ahli parti yang tidak berpuas hati dan kecewa dengan pemimpin-pemimpin mereka.
Anwar Ibrahim sedang berdepan dengan isu ini. Tetapi jika mengikuti potfolio dan kepandaian beliau untuk memujuk rayu, penulis pasti mereka yang tidak berpuas hati akan duduk diam dan termakan dengan segala pujuk rayu Anwar Ibrahim.
Penulis pasti mereka yang tahu tentang kekurangan dan ketidakcekapan S.Manikumar, calon PKR, untuk berkhidmat kepada masyarakat akan senyap selepas ini tanda tidak berani kepada Anwar Ibrahim.
Ya, memang mereka membuat bising tanda tidak setuju semasa majlis pengumuman calon PKR baru-baru ini tapi itu dilakukan secara beramai-ramai.
Tapi bila berdepan dengan Anwar Ibrahim yang pandai bermain kata-kata itu, mereka bukannya berani seperti yang mereka telah tunjukkan.
Penulis syorkan kepada mereka yang tidak berpuas hati supaya melakukan protes dengan tidak membantu jentera pilihanraya PKR di Bukit Selambau dan juga tidak mengundi calon PKR.
Hanya dengan cara itu sahaja Anwar Ibrahim akan insaf dan kembali mendengar pandangan ahli-ahlinya.
Ikutilah :-
1. .... Bagaimanapun, pengumuman Anwar itu disambut dengan bunyi bantahan dari sesetengah penyokong PKR yang hadir.
Menurut saksi, penyokong tersebut - kira-kira 20 orang - adalah dari bahagian Merbok, yang menyokong seorang lagi calon K Masilamani.
"Mereka tidak gembira dengan pemilihan Manikumar kerana beliau tidak dikenali dan bukan anak jati (Bukit Selambau), tetapi dilahirkan di Alor Star," kata seorang pemimpin PKR tempatan.
Sebelum pengumuman dibuat, Masilamani yang juga seorang ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani, adalah antara tiga nama calon yang dicadangkan kepada pucuk pimpinan.
Dua orang lagi ialah ahli PKR Sungai Petani, Dr R Krishnamoorthy dan ahli jawatankuasa bahagian yang sama, S Sritharan.
Bagi menenang keadaan, Anwar telah menemui Masilamani dan meminta beliau supaya menasihatkan penyokongnya bertenang. - MalaysiaKini
2. KUALA LUMPUR, March 20 — The Pakatan Rakyat may have damaged its chances by hoisting a complete political novice on the 35,000 voters of Bukit Selambau in Kedah, by-passing many other local Indian leaders as well as those associated with Hindraf and the Makkal Sakthi movement.
The choice of S. Manikumar, 35, as the candidate for the April 7 vote was announced by PR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim before a 1,000-strong crowd today.
The choice has shocked many and sparked some protest among PKR leaders and their supporters.
A group of about 30 people from Merbuk PKR protested the choice as Anwar made the announcement in Sungei Petani this morning.
They raised their voices and argued that the candidate was an unknown, politically inexperienced and only recently became a member of PKR.
They said he had no political experience and should not have been chosen.
After announcing the candidate, Anwar was forced to meet the leaders of the protest group to explain the thinking behind the choice. The protesters are said to be supporters of Merbuk PKR leader K. Masilamani who had strongly lobbied to be the candidate...... - Malaysian Insiders
sumber - novandri.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan