MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Mac 2009

Apa lagi konspirasi Khalid Ibrahim - Elizabeth ?

email : MolePKR

Dalam sidang media Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor hari ini di Shah Alaam, beliau belum membuat apa-apa keputusan mengenai Elizabeth Wong yang mahu meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor ekoran foto bogelnya tersebar di internet.


Sebaliknya Khalid Ibrahim meluluskan cuti lanjutan kepada Elizabeth sehingga 15 April kerana menunggu siasatan polis selesai.

Bermakna mulai hari ini, cuti Elizabeth sudah dua kali disambung dengan alasan yang sama iaitu menunggu laporan siasatan dari pihak polis

Menteri Besar berkata, tugas Exco ADUN Bukit Lanjan itu akan dipikul oleh Rodziah Ismail, salah seorang exco PKR Selangor.

Ramai pihak berpendapat tindakan Khalid melewat-lewatkan keputusan ke atas Elizabeth itu menunjukkan ketidakcekapan kerajaan Selangor, membiarkan kerusi exconya kosong dan ADUN Bukit Lanjan tidak terurus dengan sempurna.

Selain itu terdapat pihak telah membandingkan kes Elizabeth dengan Fairus, kerana kes Fairus tidak bergantung kepada siasatan polis atau SPRM sebaliknya bergantung kepada badan siasatan dalaman parti.

Mereka mempersoalkan kenapa dalam kes Elizabeth, PKR tidak menubuhkan badan siasatannya sendiri dan hanya bergantung kepada siasatan pihak polis.



Tiada ulasan: