MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Okt 2008

Kes Liwat Anwar- Saiful : Siapa Mangsa ? Konspirasi siapa ?



Kes Liwat Anwar- Saiful : Siapa Mangsa ? Konspirasi siapa ?


Oleh SH Alattas

Betul ke Dato Seri Najib Tun Razak terlibat dengan konspirasi untuk jahanamkan Anwar dengan menggunakan Saiful? Saya mengucap panjang ‘la illah haillallah Muhammadul Rasulullah’. "Astarfirullah hir azim". Mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa kita semua yang hanya tahu menggunakan satu telinga saja. Kita ada dua telinga kenapa mesti dengar dari satu pihak saja?

Kebetulan saya adalah penulis yang menulis di Buletin Rakyat dari mula tabloid itu diterbitkan, maka setiap keluaran saya mendapat naskah percuma. Penulis politik tak baca akhbar politik, tak baca tulisan orang lain ‘bebal’ namanya. Sukar untuk menafikan yang Anwar tak terlibat dengan ‘konspirasi’ untuk menjatuhkan Najib.


Bermula dengan pilihanraya kecil DUN Ijok bukan sahaja kita dapat menyaksikan pertandingan antara calon Barisan Nasional (BN), K.Parthiban dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Khalid Ibrahim, tapi kita dapat menyaksikan Dato Seri Anwar Ibrahim ‘berlawan’ dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak, kes Altantuya digunakan untuk menyerang Najib.

Saya bertanya diri saya sendiri sejauh mana benarnya cerita Najib menggunakan Saiful untuk menjatuhkan maruah Anwar atau apakah tak mustahil kes Saiful digunakan untuk menjatuhkan Najib. Cuba baca balik buku saya Mahathir Konspirasi Anwar Reformasi. Saya pernah mempersoalkan boleh ke kita percaya seorang ahli akedemik, seorang cendekiawan yang membuat ucapan untuk Anwar Ibrahim ketika itu Timbalan Perdana Menteri yang datang dari Pakistan sanggup jual maruah dan membiarkan dirinya dibontuti oleh Anwar? Cerita yang Anwar terlibat sebagai ‘guy’ suka jantan ini bukan perkara baru sehingga muncul Saiful membuat pengaduan di balai polis.

Bila mula-mula berita tersebar luas yang Brother Anwar adalah seorang homoseks, ada juga yang percaya kerana ramai beranggapan bahawa budak dari sekolah asrama penuh memang ada yang simpan ‘jambu’, budak lelaki yang ‘cun’. Bukan mereka dari MCKK sahaja yang macam itu, yang dari pondok agama pun ada cerita yang sedemikian.

Orang ramai terkejut bila Dr. Munawir dihukum penjara 6 bulan dengan pembicaraan yang begitu singkat tanpa saksi. Ada yang bertanya, dia punya belakang garmen punya ke? Orang ramai pelik, dia yang ‘dibontuti’, dia yang dihukum. Orang yang mahukan empat saksi yang menyaksikan peristiwa Dr. Munawir dibontuti oleh Anwar. Perbicaraan sepatutnya dilakukan di mahkamah syariah, ahli agama mula rasa tak puas hati. Betul ke wang kasi, belakang kasi, mana saksi? Orang ramai mula sangsi dan bermulalah sakit hati dan berjauh hati dengan kerajaan BN disebabkan Mahathir menzalimi Anwar. Mahkamah tak adil dipengaruhi oleh Mahathir.



Seks luar tabie ini kes berat, saya mempersoalkan apakah manten Presiden Pakistan, Nawas Sharif akan tersinggung? Pakistan tidak mengeksport ‘manholes’ lubang jantan. Berita ini sudah ‘backfire’, ada orang punggungnya panas terbakar dan berasap. Punggung punya pasal timbul satu lagi konspirasi. Inikah bom nukliar yang dijanjikan oleh Mahathir untuk lawan bom nukliar India di Perhimpunan Agung ketika itu?



Cuba renung baik-baik, kalau anda diberi peluang mahukah sampai 15 kali membontuti Dr. Munawir? Atau di sebaliknya Anwar yang jadi mangsa? Mungkin sebab itu dalam kes Saiful, Anwar diperiksa kemaluan dan juga ponggongnya hendak tahu siapa main belakang siapa?

Dulu Munawir jadi mangsa. Kalau betul kes liwat ini suka sama suka, siapa jadi mangsa? Mereka atau rakyat jelata yang tak berdosa?

Kejatuhan Mahathir kerana lubang belakang punya pasal. Kehilangan imuniti Raja-Raja Melayu bila Tengku Majid, Raja Muda Johor memukul Gomes, bola hoki punya pasal.

Tahukah anda lubang kecil di bawah buntut kapal boleh membuat kapal besar tenggelam? Begitu juga sebatang paku yang terkena tayar kereta boleh mengakibatkan kemalangan meragut nyawa.

Anda yang pernah mengikuti tulisan saya tentu tahu apa yang akan muncul di minda saya mengenai pemimpin yang ibarat harapkan pagar, pagar yang makan padi. Tapi kita kena hati-hati sekarang ini tak boleh sebarang cakap, sebarang tulis, kena saman ratusan juta di mahkamah namun ingat; Sepandai-pandai Mat Rempit menceluk akhirnya mati tersepit dibawah tayar lori.

Siapa saja yang berani buat kerja terkutuk seks luar tabie yang dilaknat oleh Allah SWT pasti terima pembalasan kalau tidak didunia secara ‘instant’ dengan penyakit ‘HIV’, ‘sakit jiwa’. Hidup pasti tak tenteram jika dia masih percayakan Tuhan. Sama ada ianya satu ‘konspirasi’ atau tidak, masakan orang yang telah melakukan dosa besar yang membuat Tuhan murka tak tahu?

Apakah tidak ada pemimpin yang perangainya pepat diluar runching didalam mempunyai perwatakan seperti Dr. Jekyll & Mr. Hyde tidak ada dalam negara kita? Apakah Anwar Ibrahim saja yang ‘homoseks’? Apakah tak ada pemimpin UMNO yang Al-bontuti dan Al-sodomy? Kenapa cerita Anwar meliwat didedahkan? Kenapa tidak orang lain?

Saintis politik Dr. Chandra Muzaffar berkata, cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri melalui "pintu belakang" adalah perbuatan yang tidak beretika dan tidak demokratik. "Kabinet yang ditubuhkan menerusi cara itu dari segi moralnya tidak berkredibiliti. Parlimen sendiri akan tercemar. Badan Eksekutif dan Penggubal Undang-undang - dua cabang penting dalam tabir urus - akan dianggap oleh rakyat sebagai institusi yang kehilangan integriti.

"Ringkasnya, memperoleh kuasa melalui pintu belakang akan merendahkan martabat politik," katanya sambil menambah Anwar juga tidak mempunyai mandat untuk menggulingkan kerajaan sekarang yang dipilih secara demokrasi. Anwar, dakwa beliau, terlalu taksub untuk menjadi Perdana Menteri negara ini secepat mungkin.

"Oleh itu, beliau berusaha keras untuk memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen - sekurang-kurangnya 30 daripada mereka - untuk berpaling tadah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) secepat mungkin," kata bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Saiz dan skala lompat parti yang diusahakannya itu amat sukar hendak dibayangkan. Pernahkah misalnya terjadi di dalam dunia ini, di mana sebuah kerajaan yang mempunyai lebih 58 kerusi daripada gabungan pembangkang berterusan diancam dijatuhkan hanya kerana seorang individu - yang malahan tidak berada dalam Parlimen - sentiasa mendabik dada kononnya jumlah tertentu anggota Parlimen akan lompat parti pada tarikh tertentu?" soal Dr. Chandra. - Bernama

Pemimpin yang telah terlibat dengan menagih seks luar tabie dengan terdedahnya Saiful dibontuti Anwar tentu tidurnya tak lena diganggu mimpi ngeri. Betulkah Anwar seorang saja ‘gay’ dalam UMNO? Apakah tak ada pemimpin yang lain yang minat kaum sejenis? Apakah tak ada yang lain yang Al-Liwati, Al-Bontuti dan Al-Lesbiani? Kalau kita mahukan keadilan kita tak boleh ‘double standard’.

Sejak Saiful cucu arwah Pak Cik Lazim, teman seperjuangan arwah Pak Sako penentang penjajah Inggeris, membuat laporan dia diliwat oleh Anwar suami Datin Wan Azizah pada 26hb. Jun 2008, anak Azlan yang membuat tuduhan yang penasihat PKR mengadakan ‘seks luar tabie’ meliwatnya mula berlaku, SMS yang diterima tak terkira, hingga malas nak membaca. Tapi tak baca tak boleh, menulis sudah jadi satu tanggungjawab. Maka saya tak ada pilihan, pertama saya adalah orang yang memainkan peranan membantu Anwar untuk mendaki anak tangga hingga hampir sampai ke kemuncak kuasa.

Ada masanya kita perlu guna pemikiran ‘lateral thinking’ cara Edward De’ Bono bila menganalisa hal-hal yang berkaitan dengan ‘guy’, ‘homoseks’ dan ‘lesbian’ kerana mereka adalah manusia biasa. Macam manusia yang lain juga mereka percaya sudah suratan takdir mereka berminat dengan kaum mereka, mereka minat kaum sejenis, hendak buat macam mana?

Soal tak takut dosa atau tak percaya dengan neraka, sendiri punya kubur, sendiri jawablah. Yang penting bagi mereka dapat kesedapan yang ada kelainan? Apakah mereka tak tahu perbuatan seks luar biasa dilaknat oleh Tuhan? Kalau pun mereka tahu, hendak buat macam mana ‘gian’ punya pasal terpaksa buat juga. Yang bermula di zaman kanak-kanak, mereka tak minta dilahirkan ‘lembut’, tak minta jadi ‘jambu’.

Macam penagih dadah yang terperangkap, mula-mula hisap rokok, ibubapa tak marah, tak ambil peduli. Mula-mula tonton video, ikut-ikut post seks, akhirnya jadi seks maniak yang merogol kanak-kanak kemudian membunuh.

Sekiranya ia berlaku di Lorong Haji Taib, di Bukit Bintang, orang ramai tak hairan. Al-Bontuti seperti ‘sop bontut’ di Indonesia diperniaga dipasaran terbuka, boleh tawar menawar harga. Ceritanya menjadi sensasi, jadi heboh kerana ia melibatkan tokoh yang dipilih oleh Pakatan Rakyat untuk mewakili mereka menjadi Perdana Menteri Malaysia untuk menggantikan Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi. Bagaimana jika Anwar adalah seorang homoseks?

Jika Ryan ‘guy’ pembunuh bersiri dan keluarganya disuruh menerusi pemeriksaan uji pembohongan kenapa Anwar tidak disuruh melalui proses yang sama? Lupakah kita manten Presiden Amerika Bill Clinton terpaksa meletak jawatan bukan kerana ‘Lewinski menghisap puninya’ tapi kerana ia berbohong? Kita berada di negara di mana Islam menjadi agama rasmi. Pembohongan adalah sifat munafik dan sek luar tabie dilaknat Allah.

Kalau Anwar didapati bersalah apakah ianya tidak akan melibatkan Tok Guru Nik Aziz Mursidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang kerana PAS dan Pakatan ada kerjasama? Apakah sudah terantuk baru nak mengadah? Apakah parti PAS tak percaya Anwar pernah dilabel sebagai al-juburi?

Kes liwat atau kes ‘main belakang’, kalau mahu dapat cerita sebenar untuk mengetahui ceritanya mari ikut jalan belakang, kena pandang belakang. Kena buka sejarah. Melayu sebenarnya tak mudah lupa. Mari kita tengok Anwar Ibrahim ikut belakang, macam orang nak tengok hantu suruh menonggeng tengok ikut celah kelangkang supaya kita tahu Anwar ada ‘track record’ bawa lari anak dara orang?

Siapa yang tak naik muak bila dengar, panggilan telefon, e-mail dan SMS balik-balik cerita Anwar-Najib, Najib-Anwar, mereka berdua berebut hendak jadi Perdana Menteri, buat dosa mengumpat, menfitnah buat apa? Tapi orang tetap hendak tahu betul ke Anwar ini seorang peliwat? Ini kes beratlah. Yang jelas pinangan Anwar ditolak oleh Wan Ismail bapa Wan Azizah kenapa? Bolehkah seorang pemimpin yang bawa lari anak perempuan orang, nikah diluar negara dianggap pemimpin yang bermoral?

Apakah tak mustahil ada ‘konspirasi’ cerita betapa kejamnya Altantuya wanita Mongolia dibunuh? Kedua-dua pemimpin Melayu yang dituduh itu satu kononnya membunuh, yang satu lagi membontuti. Melayu itu Islam. Macam mana orang Islam sanggup buat kerja yang ditegah oleh Islam? ‘Menepuk air di dulang merecik ke muka sendiri’. Tentu lebih baik kita dengar cerita mengenai para ‘ambia’, cerita mengenai ‘awlia’ sekurang-kurangnya boleh kita belajar sesuatu untuk mengubat sakit jiwa, ‘stress’, ‘boring’ dengan keadaan di sekeliling yang tak menentu dan haru biru namun Tuhan tak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri.

Apa akan jadi dengan rakyat Malaysia terutama orang Melayu jika cerita ini benar? Dan Anwar menang pilihanraya Permatang Pauh? Dan dia telah berjanji akan mengambil alih kerajaan dari Barisan Nasional? Untuk apa membiarkan diri terperangkap dengan cerita orang yang sudah ‘hilang malu’? Kalau ada perasaan ‘malu’, mahu bersubahat dengan orang yang sanggup buat apa saja. Seorang yang bakal jadi Presiden Republik Malaysia bukan sekadar Perdana Menteri?

‘Tak ada beruk yang mengegar masakan pokok bergoyang.’ - Khairy Jamaluddin. Kalau cerita ini tak betul masakan Saiful berani buat kerja yang boleh membahayakan nyawanya hingga dia terpaksa bersembunyi? Apakah tak mungkin dia diletupkan seperti Altantuya jika dia berada di luar?

Kalau DNA yang terdapat dalam najis Saiful sama dengan DNA dalam Anwar, apakah politik Anwar akan mati? Cerita Anwar yang ‘ambitious’ mahu jadi Perdana Menteri, cerita antara hidup dan mati, berani cucu Pak Lazim dari Janda Baik melawan pemimpin yang ada hubungan dengan Amerika? Saya yang sedang menulis cerita ini pun terasa diri dalam bahaya, tak mengapa saya sudah tua.

Cerita siapa lagi kalau bukan cerita Anwar anak Pak Ibrahim yang 10 tahun dulu pernah menghadapi tuduhan yang sama dan pernah merengkok dalam penjara Sungai Buluh hampir tujuh tahun. Yang membuatkan kita terus berfikir apa akan jadi pada bangsa Melayu jika Anwar jadi Perdana Menteti? Mahathir pun sanggup lari?

Biarpun mahkamah belum menjatuhkan hukuman Anwar sudah dibebaskan, ada yang melabelkan Anwar sudah jadi macam Raja Liwat kerana dia menjadi ‘man of the year’ kerana kesnya sehebat kes Salman Rushdie. Kisah sodominya menjadi berita utama. Muka Saiful dan Anwar mendapat tempat di muka depan, hampir setiap media massa arus perdana. Siapa sebenarnya di belakang sandiwara ini semua?

‘Pelik’.. cerita liwat, sodomy yang tak sepatutnya dikaitkan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri yang pernah memimpin ABIM dan W.H.M.Y. mainan siapa ni? Betul ke ia permainan Dato Sri Najib Tun Razak? Mana orang hendak percaya terutama mereka yang beranggapan masakan Pak Sheikh yang boleh jadi Imam solat, yang dulunya menjadikan tokoh seperti Hasan Al-Bana dan Syed Qutub sebagai idolanya pada satu masa dulu bermain dimulut Anwar.

Itu sebabnya kita tak boleh emosional. Kita perlu membincangkan fitnah terutama jika ia datang dari orang yang ‘fasik’. PAS mahukan hukum hudud dilaksanakan. Apakah hukuman terhadap orang yang pernah digelar Anwar Al-Juburi akan dilaksanakan jika Anwar jadi Perdana Menteri? Apakah kita mahu jadi seperti Turki, negara sekular di mana jantan sama jantan boleh kahwin?

Ada penulis PAS yang berkata ketika Anwar Ibrahim masuk UMNO dia mahu bersihkan UMNO dari dalam. Dalam apa? Penulis tersebut menganggap bolehkah orang yang terjatuh dalam lubang tahi membersihkan najis di kelilingnya?

Ke mana Anwar sembunyi, kalau bukan ke Duta Turki, Kenapa? Kenapa tiba-tiba saja dia sembunyi? Tentu ada sebab? Apa yang ditakuti oleh Anwar? Tentu ada satu rahsia besar yang mahu disembunyikannya? Macam-macam pertanyaan timbul dalam pemikiran mereka yang mindanya terbuka yang tidak menjadikan Anwar idola?

Hendak pimpin negara macam mana kalau penakut, baru kena sergah kes liwat sembunyi di kedutaan Turki? Bagaimana jika negara menghadapi mala petaka? Apakah dia tak akan lari keluar negara?

Siapa tak sedih kes yang amat memalukan dan dilaknat oleh Tuhan boleh merosakkan Pakatan Rakyat yang bercita-cita mahu mengambil alih pemerintahan dari Barisan Nasional melibatkan pemimpin yang menjadi idola mereka? Kasihan anak isteri yang tak berdosa jadi sasaran dan cemuhan. Ini bukan kali pertama.

Perbuatan ‘homoseks’ yang menjadi amalan kaum Luth tak patut dihebah, takut benda yang terlarang menjadi ikutan. Orang Islam mengharamkan melakukan seks luar tabie dikutuk oleh Allah SWT. Kenapa ramai sangat ‘orang kita’ yang mahu membincangkan kisah ini tanpa mahu mencari jalan bagaimana mahu menyelesaikannya?

Apakah kita tak terasa malu ia melibat orang yang terkenal pada satu masa dulu menyarankan amar makruf nahi mungkar ketika memimpin ABIM diperhina begitu rupa dan cerita liwatnya berlarutan?

Ini bukan kali pertama suami YB Datin Wan Azizah Presiden Pakatan Rakyat dan bapa YB Nurul Izah Ahli Parlimen Pantai Dalam dilibatkan dengan cerita ‘liwat’ Anwar. Masalahnya mulut tempayan boleh kita tutup, macam mana hendak tutup screen komputer yang dikuasai oleh blogger, jika Anwar tak mahu ikut undang-undang dan tak mengikut sistem demokrasi?

Apa hendak dipelikkan bila mereka yang mendalami ilmunya mengenai Allah tetapi sekelip mata boleh berpaling daripada-Nya? Siapa sangka Arqam boleh diharamkan dan pengikut setia Ustaz Ashaari Mohamad boleh lari meninggalkannya? Begitu juga siapa boleh terfikir Tun Mahathir dengan perjuangan yang belum selesai lari meninggalkan UMNO? Apakah tak mustahil selaku manusia biasa mereka adalah orang yang mengenal kejahatan syaitan tetapi sebaliknya boleh terpedaya?

Berapa ramai bijak pandai yang mengenal tipu daya dunia tetapi rela menjadi hamba dunia yang hina akibat gila kuasa, gila betina, gila harta? Apakah anda masih tak percaya disitulah letaknya kelemahan manusia? Setinggi mana ilmu diperoleh namun jika ‘hidayah Allah’ tidak bersamanya maka segala kefahaman agama dan penghayatan hakiki menjadi sia-sia? Apakah anda tak percaya manusia boleh kena tipu dengan setan macam itu saja? Lagi besar serban lagi ramai setan duduk bermain diatas kepala.

Ingatlah bahawa ilmu agama yang dimiliki oleh mereka yang bergelar ulama yang sudah terpahat dalam ingatan dan dalam hati sanubari belum tentu kekal selamanya melainkan dengan kehendak dan kuasa Allah. Bila seseorang tidak mendapat ‘hidayah’, ada ilmu tak beramal, beramal tidak ikhlas, ilmu yang dituntutnya menjadi sia-sia.

Cuba tanya Tok Guru Nik Aziz betul tak apa yang saya kata?

Mengaji bertahun-tahun kalau perangai tak berubah-ubah, angkuh dan riak, merasakan diri sendiri saja yang pandai, yang betul, orang lain semua bodoh. Jenis apa manusia yang macam itu namanya? Macam mana kita berdepan dengan orang yang kata orang lain semua mati masuk neraka, dia saja yang ke syurga? Apakah kita tidak boleh mempersoalkan ustaz, lebai dan imam yang ritualnya saja mengikut syariat, bagaimana dengan keimanan dan kerohanian? Akhlak dan ibadatnya perlu satu. Tuhan tahu niat kita. Tuhan tak tengok luaran. Tuhan tengok ‘hati’. Kalau hati ‘busuk’, tingkah laku dan perbuatan tak dapat sembunyikan. Itulah yang dikatakan pepet diluar, rencung di dalam kerana kurangnya keimanan.

Lupakah kita kisah kaum Thamud. Kaum Thamud yang telah dibayar atas kedegilan menurut perintah Nabi dan Allah telah menghancurkan bangunan-bangunan yang telah mereka bangunkan dan karya seni yang telah mereka buat tidak dapat melindungi mereka dari azab yang diturunkan Allah. Thamud yang dihancurkan dengan azab yang mengerikan seperti halnya umat-umat lainnya baik sebelum atau sesudah mereka yang mengingkari kebenaran.

Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati." (QS. Yaasiin, 36:29)
Di surat Al-Qamar ayat 31, pemusnahan dalam waktu yang singkat kembali disebut ketika kehancuran kaum Tsamud dikisahkan: "Sesungguhnya Kami menimpakan atas mereka satu suara yang keras mengguntur, maka jadilah mereka seperti rumput-rumput kering (yang dikumpulkan oleh) yang punya kandang binatang." Betapa jijik dan hinanya perbuatan sodomy sampai Allah SWT melaknat si pengamal budaya songsang di zaman Nabi Luth. Negerinya diterbalikkan hingga muncul laut mati, ‘The Dead Sea’, masinnya ‘bahral mayat’ ikan pun susah hendak hidup melainkan ikan kecil saja. Apa akan jadi pada negara kita jika terbukti Anwar yang didewa-dewakan benar seorang ‘homosex’, ‘hetrosex’, ‘sex maniak’ dan Anwar menang dipilihan raya dan dia terpilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh?

Jika Anwar akan dipilih sebagai Ketua Pembangkang, apa akan jadi di Parlimen? Apakah Dewan yang mulia tidak akan jadi gelanggang dua gladiator bertarung. Najib dan Anwar, kedua-duanya berebut hendak jadi Perdana Menteri, yang jadi mangsa siapa? Kita masih tak tahu ke mana hala tuju bangsa kita? Apa akan jadi pada agama Islam? Macam mana dengan masa depan anak cucu kita?

Mari kita berselawat terlebih dahulu. Allah humma soli ala Muhammad wa ala Ali Muhammad. Mudah-mudahan Allah memberikan kita hidayat. Mudah-mudahan hidup kita semua dirahmati Allah kerana Allah dan kita semua suka kepada kebenaran. Sentiasa berani berkata benar biarpun pahit seperti yang di amanahkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Mudah-mudahan Tuhan terima ibadat kita. Saya menulis, anda yang membaca, bukan niat untuk menzalimi atau menganiayakan sesiapa tetapi semata-mata untuk menyelamatkan negara. Tuhan tahu niat kita.

Homosex, lesbian bukan benda baru. "Nothing new under the Sun" begitulah kata para ahli sejarah, di dunia ini sebenarnya tidak ada yang baru. Tuhan yang menjadikan manusia tahu sebab itu Tuhan suruh kita baca, ‘Iqrak’. Baca itu penting, sangat penting supaya sejarah tidak berulang. Apa yang ada hari ini sebenarnya hanyalah pengulangan-pengulangan dari masa lalu, tinggal kita semua untuk mengambil iktibar darinya atau dengan bodohnya melupakan kesemua biarkan negara kita dilaknat oleh Tuhan.

Ramai yang memikirkan ianya satu konspirasi kerajaan yang mahu merosakkan nama baik pembangkang. Hendak tahu kebaikan seseorang tanya ‘sahabatnya’, hendak tahu buruknya seseorang tanya ‘musuhnya’. Islam berjaya diterima oleh kaum jahiliah kerana Islam memperjuangkan keadilan, menentang kemungkaran, menentang kezaliman dan membela nasib mereka yang teraniaya dan dizalimi.

Ada juga yang menyangka bahawa tujuan cerita sodomi yang mengaitkan Sheikh Anwar kerana Barat mahu mengindoktrainasikan orang Melayu supaya boleh menerima perbuatan ‘gay’. Satu perkara biasa kerana kebebasan hak asasi manusia jantan boleh bercinta sama jantan, satu perkara ‘biasa’.

Orang Islam kena ikut undang-undang di dalam Al-Quran yang ditetapkan oleh Allah Pencipta langit, bumi dan alam cekrawala. Kita tak boleh mengikut hak asasi manusia liwat, homoseks, lesbian, satu dosa besar jika dilakukan oleh mereka biarpun yang suka sama suka.

Cuba tanya Tok Guru Nik Aziz apakah orang yang ‘jahil’ saja yang boleh melakukan ‘maksiat’ dan dosa-dosa besar? Apakah orang yang pandai membezakan antara yang ‘hak’ dan yang ‘batil’ ada masanya boleh kalah dengan ujian Allah yang menyebabkan mereka memilih yang ‘batil’ kerana tunduk kepada hawa nafsunya? Selaku manusia biasa bolehkah manusia terlepas dari melakukan kerja terkutuk yang mereka lakukan adalah dosa besar? Betul atau tidak orang yang beriman tidak mahu melanggar larangan Allah tapi hendak buat macam mana jika sudah terjebak?

Memang pelik, macam mana orang yang terlalu cerdik, yang dianggap ulama boleh terpedaya oleh godaan syaitan. Apakah tak mustahil ramainya orang alim boleh berdolak-dalih untuk menghalalkan apa yang nyata haram di sisi agama, semata-mata menurut hawa nafsu manusia?

Soalan seperti ini bermain di kepala saya bila saya ‘flashback’, menoleh ke belakang, teringat kata seorang penulis hebat PAS, "bila Anwar masuk UMNO masakan orang yang terjatuh di dalam lubang tahi boleh membersihkan najis."

Teringat seorang pemidato PAS pernah memanggil Brother Anwar dengan gelaran "Anwar Al-Juburi." Sanggupkah dia menarik balik gelaran itu semata-mata kerana mahu menegakkan benang basah? Memang ‘sakit’ kita mahu berbohong bila kaki terpijak tahi, kita naik ke masjid, makmun yang solat dibelakang terhidu bau najis. ‘Busuknya’...

Apakah tak mustahil adanya cerdik pandai, alim ulama, bersubahat untuk melakukan jenayah syariah semata-mata mahu menutup aib? "Seandainya anakku Fatimah Az-Zaharah mencuri tangannya akan ku potong." - Rasulullah SAW. Berani ikut sunnah Nabi Muhammad SAW?

Apakah orang alim tidak boleh tertipu oleh syaitan sehingga sanggup melakukan sesuatu yang boleh bahayakan diri mereka sendiri? Apakah orang alim tidak boleh melakukan kejahatan, melakukan jenayah? Ada ilmu tapi tidak dipraktikkan dengan amal dan ikhlas akibat mengikut hawa nafsu?

Sehingga kini apa yang sedang terjadi adalah hanya kes tuduhan atau dakwaan yang masih perlu dan belum dibuktikan. Anwar belum dibicarakan pun. Yang pelik kenapa kawan Anwar di US telah menunjukkan sikapnya yang biadap cuba menentukan bagaimana undang-undang di Malaysia wajib ditegakkan?

Apakah kita semua bersetuju US mahu Anwar dijadikan boneka? Mahukah PAS menerima Anwar sebagai bonekanya? Nampaknya US tidak mahu Anwar dikenakan hukuman biarpun misalnya dia telah didapati bersalah. Kenapa Anwar mesti dilepaskan dari dakwaan tersebut?

Apakah ini bukan ‘conspiracy teory’ untuk menyatakan bahawa Anwar adalah sekutu US untuk menakutkan kerajaan pimpinan Abdullah Badawi? Apakah ini tidak boleh dijadikan bahan adanya "conspiracy plot" yang sedang dijalankan dengan perancangan meletakkan Anwar sebagai pemimpin kerajaan dan dengan itu maka bermulalah penjajahan ke atas kerajaan Malaysia dengan suatu perancangan yang begitu licik yang melibatkan Pakatan Rakyat?

Di Amerika, jantan kahwin jantan tak apa, bukan satu dosa besar. Betina pun boleh kahwin betina, tak apa, yang penting mereka sama-sama suka. Apakah mereka yang beriman dan masih ada budaya mahu perkara seperti ini boleh dibiarkan begitu saja di Malaysia semata-mata kerana ada agenda politik mahu terus berkuasa?

Soal Anwar terlibat meliwat Mohd Saiful tidak berbangkit, tetapi sebuah kerajaan dan negara yang bersih dan bermaruah tidak boleh mempunyai pemimpin atau ada antara pemimpinnya yang diselubungi ‘selaput’. Inikan pula diselaputi oleh najis. Orang yang ‘berselaput’ sentiasa dilihat ‘comot’. Apakah rakyat Malaysia mahukan PKR yang akan menggantikan BN diselaputi najis liwat?

Siapa kalau bukan para pemimpin PKR yang mesti dibebaskan dari watak-watak yang disangka comot oleh sesiapa saja dengan menggunakan sistem tampi? Hanya dengan menampi kekotoran dedak, hampas padi tidak termasuk ke dalam periuk nasi sendiri.

Memang payah nak cari dunia dipimpin oleh orang yang tidak bermasalah, pemimpin yang 100 peratus bersih. Selagi manusia bernama manusia, pasti ada najis, dalam gigi, ada tahi mata, tahi telinga, tahi dalam perut. Hakikat itu tidak boleh menjustifikasikan Malaysia boleh dipimpin oleh orang yang dilihat bermasalah. Mungkin dunia payah mencari orang bersih. Nabi yang ‘maksum’ seperti Nabi Muhammad SAW pun masih ada musuh Islam yang mencari cacat celanya. Tetapi ia bukan tidak boleh mencari pemimpin yang bersih seandainya ahli PKR sanggup menggunakan sistem tampi.

Apakah anda masih ingat bagaimana Christine Killer di UK yang menyebabkan John Profomo Perdana Menteri Britain terpaksa meletak jawatan?

Soal Anwar liwat Saiful atau tidak adalah satu hal yang lain. Soalnya kenapa pengikut Anwar Ibrahim tak rela membiarkan pasukan penyiasat menyiasatnya? Penyokong Anwar harus menerima hakikat bahawa masyarakat ada prasangka tertentu tentangnya. Dia ada ‘track record’, ini kes kedua, ada orang kata anjing yang biasa makan tahi, tak makan pun dia sanggup cium. Dan mereka yang dulu sama sekolah di Malay College ada menyimpan cerita dan sudah tercakap-cakap mengenai Anwar masa di Maktab dulu ‘jambu’ sebab itu orang mahu Anwar bersumpah seperti yang dilakukan oleh Mohd Saiful, sekadar menghilangkan buruk sangka.

Dr. Mahathir semasa mula menjadi Perdana Menteri pernah menyebut tentang skandal BMF di bawah Bank Bumiputra dulu. Padanya, orang tertentu yang terbabit dalam skandal itu tidak salah dari segi undang-undang, tetapi salah dari segi ‘moral’.

sumber - shalattas.com

3 ulasan:

sumandak bayu berkata...

salam,

pening sumandak baca artikel ni tapi cukup membawa pengertian yang dalam......

ChelsyB berkata...

hehehhe...orang yg nampak baik, alim beragama xsemestinya baik didalam dan tidak lepas melakukan kesilapan...

Spt "Mutawwa2" di KSA yang berkeliaran dikawasan2 bandar mengawasi silap laku manusia di bandar2 disana,dimana untuk mengatakan majoriti, tuh bias tapi ada antara Mutawwa2 ini asalnya adalah dari mereka2 yang salah laku,hipocrites bertukar status bagaikan orang alim ulamak siap dengan jambang dan misai utk menutup sejarah keburukan diri sendiri...*ini diceritakan sendiri oleh beberapa orang Mutawwa yang bersahabat dengan keluarga saya*

*MUTAWWA<--bole disamakan spt org2 dalam Majlis Agama Islam yang mencegah maksiat,hubungan bukan muhrim etc*

wokyoh berkata...

Salam aidc..

buat sumandak bayu....memang pening bila membacanya....

jadi izinkan saya mengupas pola pemikiran dan penulisan seorang insan seni bernama pak habib ini....

kesimpulan dari penulisan pak habib...

1.perenggan pertama dimulai dengan kalimah shahadah...disusuli dengan doa ampun dosa...nampak bagus orang yang menulis...jgn mudah percaya dengan khabar angin yang najib terlibat untuk menjatuhkan anwar.

2.penulis kena baca juga tulisan orang lain baru jadi cerdik.mungkin anwar juga terlibat untuk menjatuhkan najib.

3.anwar guna kes atlantuya untuk serang najib sebagai modal memancing undi.

4.penulis cuba berfikir adakah najib guna saiful untuk jatuhkan anwar atau anwar guna saiful untuk jatuhkan najib...suruh baca buku lama..kununnya mahathir buat konspirasi untuk jatuhkan anwar kerana tidak logik anwar membontoti orang cerdik dan penulis ucapan anwar sendiri.

5.walaupun penulis percaya anwar jenis homoseks tapi penulis tetap percaya mahathir menzalimi anwar dulu dengan alasan kes tu dibicarakan dimahkamah biasa bukan mahkamah syariah,tiada 4 orang saksi dengan perbicaraan yang begitu singkat.

6.Maka orang ramai pun terkejut dan mula benci mahathir sebab menzalimi anwar dan mempengaruhi keputusan mahkamah.

7.penulis kata tak logik warga pakistan yang cerdik diimport dari pakistan hanya untuk dibontuti anwar saja.jadi penulis beranggapan isu liwat anwar adalah senjata mahathir untuk menjatuhkan anwar pada perhimpunan agung ketika itu.

8.lagi penulis rasa tak logik anwar membontoti dr munawir sampai 15 kali.anwar telah dijadikan mangsa oleh mahathir ketika itu.rakyat jelata juga jadi mangsa konspirasi mahathir ini.

9.Perenggan ke-10 adalah merupakan tahap kemuncak kebencian penulis kepada mahathir dengan menulis...KEJATUHAN MAHATHIR KERANA LUBANG BELAKANG PUNYA PASAL.
mahathir juga menghapuskan imuniti raja-raja melayu.

10.kes liwat yang nampak kecil itu adalah memberi kesan besar kepada karier politik mahathir dan penulis pula menyerah kepada pembaca untuk mentafsir sendiri siapa yang dikatakan pemimpin yang harapkan pagar pagar makan padi itu kerana penulis juga takut kena saman dan sebagainya.siapa berani buat dia kena tanggung...dikiaskan dalam ayat sepandai-pandai mat rempit akhirnya mati dibawah tayar lori.

11.siapa yang berani buat dosa atau konspirasi kena berani tanggung akibatnya.

12.penulis mengalih perhatian pembaca kepada persoalan mungkin ada ramai pemimpin umno lain yang terlibat dengan homoseks tetapi kenapa anwar yang dipilih,kenapa tidak orang lain.

13.untuk menampakkan penulis juga meragui anwar beliau mengambil kata kata dr chandra bahawa cara anwar untuk merubah kerajaan adalah tidak beretika dan tidak demokratik.

14.Penulis juga tidak percaya ada ramai MP yang akan lompat parti.

15.Sekali lagi penulis meragui masih ada lagikah pemimpin umno yang terlibat dengan seks luar tabii?mereka juga agak bimbang dengan kes liwat anwar ini akan mengheret mereka sama.

16.sejak saiful melapor diliwat...ramai yang tanya penulis tentang kesahihannya kerana dulu penulis mengaku yang dia juga memainkan peranan untuk anwar naik anak tangga ke puncak.dengan kata lain penulis juga menyokong anwar dulu.

17.penulis kununnya guna lateral thinking untuk mempercayai anwar terlibat.

18.penulis juga mulai bersetuju yang bila dah mula terlibat dengan seks luar biasa ,dah jadi ketagih macam orang ketagih rokok atau dadah....nampaknya penulis ambil idea mahathir dalam blognya yang menggambarkan ketagih anwar dengan tabiatnya itu umpama ketagih pada rokok.

19.bagi penulis,kalau orang lain terlibat tak apa,ini anwar..orang yang dipilih rakyat kununnya untuk jadi PM ganti paklah.

20.pembohongan adalah ciri munafik dan seks luar tabii adalah dilaknat Allah.

21.kepada nik aziz atau hadi yang percaya anwar tak bersalah jangan menyesal bila tahu kebenaran nanti.

22.Nak tahu pasal liwat kena tanya orang yang terlibat dengan liwat juga.anwar ada track record tak baik.contoh telah diberi.penulis juga menyuruh pembaca berfikir kenapa pinangan anwar ditolak dulu dan mengapa anwar bawa azizah kawin lari untuk menyokong anwar memang tak bermoral.

23.Najib digambarkan telah difitnah.

24.Penulis mengambil kata kata khairi iaitu kalau tiada beruk mengegar masakan pokok bergoyang untuk menguatkan hujah.Saiful pun tak berani nak lapor kalau ia tak benar.kalau benar ada DNA dalam najis saiful..politik anwar akan tamat.

25.Anwar pernah dituduh liwat dulu dan dipenjara,kini dituduh semula dan telah menjadi raja liwat dan anwar lebih popular di media massa.

26.penulis pula kata pelik bila kes ini melibatkan anwar dan najib.macam tak logik pula,tapi bila anwar lari ke kedutaan turki menampakkan anwar takut dan menyimpan rahsia besar.orang penakut tak boleh jadi pemimpin.

27.Kalau benar anwar lakukan,ia amat memalukan pakatan rakyat dan YB azizah dan YB nurul izzah.namun rahsia ini tidak boleh ditutup lagi dan menjadi berlarutan pula.

28.Segalanya boleh berlaku sekelip mata dengan izin Allah termasuk termakan tipudaya syaitan.Sekali lagi pak habib menghentam mahathir
yang juga akan lari keluar negara kalau anwar jadi PM dan lari keluar umno.

29.Ramai orang alim dan terpelajar tertipu dengan syaitan.lagi besar serban lagi ramai setan duduk adalah sindiran penulis kepada ulamak pas.

30.Tuhan tahu niat kita.tuhan tengok hati katanya.

31.kisah pengajaran kaum thsamud dan kaum nabi luth sebagai pengajaran.

32.Penulis juga bimbang jika anwar menang sebagai MP dan jadi ketua pembangkang.parlimen akan menjadi medan pertempuran najib-anwar pula merebut kuasa menjadi PM. apa nasib agama dan anak bangsa pula.

33.sekali lagi penulis berselawat dan niatnya adalah untuk menyatakan kebenaran biarpun pahit.Penulis mengaku tidak berniat menzalimi sesiapa dan hanya semata mata untuk menyelamatkan negara,tuhan tahu niat dia.

34.homoseks dan lesbian bukan benda baru,sejarah mengajar kita.jika tidak ambil iktibar,tunggu laknat tuhan.

35.Kes liwat anwar bukan konspirasi kerajaan(kerajaan paklah ).Anwar mungkin dijadikan alat untuk merealisasikan gay adalah halal dan perjuangkan hak asasi dan demokrasi barat adalah agenda anwar.

36.kalau ikut hukum Allah dalam al-qur an,perbuatan itu tetap salah walau dilakukan suka sama suka.Bila dah biasa lakukan dosa besar biasanya mereka akan terjebak semula untuk melakukannya semula.

37.Penulis berasa pelik kenapa ulamak pas menyokong anwar dengan berkata mereka telah menghalalkan yang haram menurut hawa nafsu mereka,padahal ungkapan al-juburi mula mula diperkenalkan oleh orang pas dulu.

38.Kebenaran perlu ditegakkan dalam islam,walaupun anak nabi sendiri bersalah tetap akan menerima hukuman.

39.orang alim juga boleh tertipu dengan syaitan dan boleh terjebak dengan jenayah kerana ilmu tanpa amal dan amal tak ikhlas.

40.Penulis juga percaya mungkin anwar dijadikan boneka barat untuk campurtangan dalam bidang undang-undang malaysia dan mungkin taktik barat untuk menjajah negara kita melalui proksinya anwar.suatu rancangan licik pakatan rakyat untuk menggugat dan menakutkan paklah.

41.budaya amerika tidak boleh dipraktikkan di malaysia iaitu sebuah negara yang bersih dan bermaruah melalui landasan PKR kerana mereka diselaputi najis liwat.

42.pilih dan buang pemimpin pkr yang bernajis.

43.Sistem tampi adalah andaian penulis untuk memilih pemimpin yang bersih.

44.manusia yang bernama pemimpin tidak maksum,bukan nabi.

45.Penulis merasakan anwar liwat saiful atau tidak itu soal lain,cuma beliau hairan mengapa pengikut anwar dan anwar sendiri tidak mahu penyiasatan secara telus keatasnya atau anwar bersumpah untuk mengatasi keraguan orang ramai benar atau tidak anwar terlibat.ini adalah kerana anwar ada track record pernah dituduh begitu dahulu dan waktu kat kolej pun anwar juga dikatakan jambu.

46.diakhir kalam pula penulis kembali membawa mahathir yang berbicara pasal moral.

..................................
..................................

itulah sepintas lalu pola pemikiran dan penulisan pak habib.

kesimpulan yang saya buat ialah pak habib begitu membenci mahathir padahal dulu dia penyokong kuat mahathir dan anwar.kebencian penulis kepada mahathir melebihi kebenciannya kepada anwar kerana cara membahaskan kes anwar ini penulis banyak bermain dengan kata kata sastera dan andaian andaian untuk pembaca membuat penyelesaian sendiri, manakala keyakinan terhadap kehajatan mahathir ditulis begitu jelas sekali seperti ayat pertama perenggan ke-10 iaitu...KEJATUHAN MAHATHIR KERANA LUBANG BELAKANG PUNYA PASAL.

jelas disini pada tuduhan pertama keatas anwar dizaman mahathir penulis percaya ia adalah konspirasi,tetapi bila anwar dituduh kali kedua dengan tuduhan serupa penulis berkata ia adalah benar dan anwar dijadikan alat atau boneka barat untuk menggugat atau menakut nakutkan kerajaan paklah,malah penulis begitu yakin dan turut mempersenda ulamak pas yang kononnya menghalalkan perbuatan anwar itu.laporan saiful dan sumpah saiful dianggap benar belaka.

namun bagi saya penulis juga dalam dilemma kerana turut yakin anwar mengulangi perkara yang sama kali ini dengan berkata anjing kalau dah biasa makan tahi boleh cium bau pun tak apa,dia juga menggunakan hipotesis logik akal yang bijak mahathir,tanpa sedar mengambil idea mahathir dalam blognya iaitu orang yang dah biasa merokok,jadi ketagih dan susah nak buang tabiat merokok itu,sama dengan liwat juga.

bagi saya bila pak habib terlalu taksub dan sokong paklah,mahathir jadi terlalu jijik baginya.moral negarawan ulung bernama tun dr mahathir ini terlalu rendah berbanding paklah.mungkin ada sebab tertentu yang berbentuk peribadi antara penulis dan mahathir pun saya tidak pasti,kerana pada setiap buku dan tulisan penulis ini sejak akhir akhir ini selalu saja menghentam mahathir,namun jarang pula mahathir mengutuk balik apa yang pak habib tulis.Itulah strategi politik mahathir yang jarang ada pada orang lain.Ini adalah kerana dia tahu kebenaran itu pasti menang akhirnya.Sekarang..orang mula berkata...setelah 10 tahun berlalu...mujur mahathir pecat anwar dulu..rupa-rupanya betul anwar terlibat dengan aktiviti luar biasa dan bersekongkol dengan yahudi-zionis.

jadi...soalannya buat penulis,siapa yang lebih berjasa dalam isu mengekang kemaraan anwar untuk berkuasa dulu???penulis juga bimbang kalau anwar jadi PM bukan???bimbang pasal agama dan nasib anak cucu ditangan anwar jika anwar jadi PM. jadi siapa orang yang lebih berjasa kepada agama,bangsa dan negara kalau bukan mahathir??? dia berani berkata benar biarpun ia pahit 10 tahun dulu.Banyak lagi rahsia anwar dalam poket mahathir kerana tabiat anwar ini sudah dihidu oleh bukit aman dan sewaktu Tun Hanif umar jadi ketua polis negara lagi,dari tahun 1983 lagi.sudah banyak pengakuan dibuat oleh orang perseorangan kepada mahathir termasuk oleh adik azmin ali sendiri,umi hafilda...namun manusia bernama mahathir ini tidak cepat melatah...masakan dia..orang yang mengangkat anwar dan merupakan mentor anwar,menarik anwar dari ABIM sanggup membunuh karier politik anwar.

kalau penulis berkata niatnya ikhlas dan tuhan tahu tujuan dia menulis,dan dia menulis kerana kebenaran dan amanah,jadi adakah tindakan mahathir 10 tahun dulu itu satu tindakan zalim pula???

Oleh itu nasihat saya kepada pak habib ,janganlah terlalu mencoreng arang kemuka mahathir kerana bagi saya mahathir tidak jatuh sebab lubang belakang punya pasal.orang tua itu bagi saya tetap gigih berjuang untuk agama,bangsa dan negara,dan dia tidak lari dari perjuangannya yang belum selesai itu,sebab dia keluar umno sudah jelas bukan...dia tidak benci umno tapi tidak menerima cara paklah..itu saja.

kalau pak habib buat rumah,beli perabut,hias dalaman,buat lanskap luaran cantik cantik...tiba-tiba ada orang baru menginap...ubah segalanya..pasti tuan rumah bernombor 001 itu terasa hati bukan?

Paklah bagi saya baik dan terlalu berlembut dan kadangkala tidak tegas dalam beberapa perkara.dia juga mudah dipengaruhi.banyak juga pembaharuan telah dibuat dan itu baik untuk rakyat...namun janganlah kita jadi mudah melupakan tanduk bila dapat gading bertuah.

semoga kita buang yang keruh,ambil yang jernih dan kembali bersatu menegakkan agama Allah dimuka bumi ini.

jutaan kemaafan dipohon dari pak habib atas komen tersebut.itu hanya pendapat saya saja.

sekian dari saya...
wokyohmektot@yahoo.com