Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada di dalam UMNO pernah menyifatkan Presiden UMNO ketika ini, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'antara individu paling cerdik' dan menimbulkan ancaman kepadanya.
Selain Najib, turut mendapat pengiktirafan dan diakui sebagai pemimpjn bijak dan terbaik yang menjadi sebahagian pasukan idamannya ialah Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Pendedahan mengenai pasukan idalam Anwar itu dinyatakan sendiri bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor yang juga bekas Setiausaha Politik Anwar ketika beliau berada dalam kerajaan, pada kempen di Bukit Gantang kelmarin dan di Bukit Selambau malam tadi.
"Saya pernah tanya Anwar masa beliau jadi Ketua Pemuda Umno, siapa yang paling beliau risau... beliau mengatakan nama Najib... dia kata Najib yang paling cerdik di kalangan barisan Pemuda.
"Anwar mengatakan kepada saya (semasa menjadi pembantu Anwar), Anwar berkata antara yang paling cerdik, yang beliau iktiraf ialah Najib (ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno)," kata beliau ketika berceramah pada sesi Pidato Perdana di Taman Kaya dekat Taiping malam kelmarin.
Ezam yang kembali ke pangkuan UMNO pada Jun tahun lalu merupakan antara penceramah Barisan Nasional UMNO sejak persaingan di Parlimen Permatang Pauh, Ogos lalu dan Parlimen Kuala Terengganu, Januari lepas.
Oleh itu, katanya, Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak harus mempertikaikan keupayaan Najib yang diangkat sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri bagi menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beberapa hari lagi.
"Kenapa dia (Anwar) protes Datuk Seri Najib? Sebab dia takut. Sebab apa dia paling takut Datuk Seri Najib? Sebab beliau adalah yang paling cerdik.
"Saya pernah tanya Anwar Ibrahim ketika dia menjadi Ketua Pemuda UMNO dulu, Exco Pemuda UMNO mana yang paling cerdik.
"Anwar jawab Datuk Najib. Lepas Datuk Najib siapa? Dia jawab (Tan Sri) Muhyiddin dan sekarang ini tengok, Najib jadi Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden," katanya ketika berceramah di Sungai Lalang, Bukit Selambau.
Selain itu katanya, Anwar turut menyenaraikan Ahmad Zahid dan Hishammuddin sebagai sebahagian daripada kumpulan wawasan yang ditubuhkannya.
"Ini bermakna Anwar mengakui, mereka ini adalah pemimpin terbaik UMNO yang ada pada masa itu dan kini kesemua mereka sudah menerajui UMNO. Apa lagi Anwar nak kata?" katanya.
Ezam berkata, pemimpin-pemimpin UMNO yang baru sahaja dipilih menerajui parti pada pemilihan Khamis lalu adalah pasukan terbaik yang pernah ditampilkan UMNO dalam masa 10 tahun ini.
"Sebab itu, saya minta orang Melayu beri peluang kepada UMNO untuk lakukan perubahan melalui pimpinan baru ini.
"Saya tidak kata UMNO parti yang sempurna tetapi kekuatan UMNO adalah kerana ia nampak kelemahan dan segera lakukan perubahan," katanya.
Ezam berkata, hal itu berbeza dengan PKR hanya akan menutup sebarang masalah yang dihadapi mereka dan ini terbukti melalui negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat yang sering menghadapi dan melalui peletakan jawatan dua pemimpin parti itu tanpa sebab yang jelas iaitu V Arumugam sebagai sebagai ADUN Bukit Selambau dan Exco Kerajaan Negeri Kedah dan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 dan Exco negeri.
"Selain itu, PKR kini bukanlah seperti yang mula-mula ditubuhkan dahulu di mana saya adalah antara pengasasnya.
"Dulu PKR juga adalah untuk berbilang kaum tetapi tunggaknya adalah Melayu.
"Setiap parti itu perlu ada tunggak supaya asasnya itu tidak menyimpang tetapi kini, semata-mata untuk mendapat undi masyarakat Cina dan India, Anwar sanggup memadamkan tunggak itu.
"Ia bukan kerana beliau sayangkan kaum Cina dan India, tetapi semata-mata hanya untuk kepentingan mendapatkan undi," katanya.
Disebabkan beliau muncul memberi ceramah setiap kali pilihan raya kecil, Ezam memberitahu, beliau didakwa oleh PKR sebagai seorang yang diperalatkan UMNO.
"Saya nak beritahu, jika saya dianggap begitu kerana membela bangsa, agama dan negara saya, saya rela diperalatkan," katanya.
Beliau turut menyatakan kesediannya untuk berdebat dengan Anwar bagi menangkis tuduhan itu serta mengupas pelbagai permasalahan politik yang berlaku dalam negara pada masa ini.
"Saya sedia berdebat tetapi hanya dengan Anwar... bukan dengan pemimpin lain," katanya.
sumber - malaysia-instinct.com
4 ulasan:
yezzaaa Ezam!! Kita "bogelkan" pemimpin2 PKR (sepertimana kata GAP dalam blognya...:)
Patutla...bersusah payah Anwar nak rosakkan imej Najib selama ni...
Serang habis-habisan.
Anwar ni masa dalam kerajaan lagi dengki dengan Najib. Tak mustahillah sekarang ni asyik cemarkan nama Najib. Lepas tu cakap ada kaitan ngan Altantuya. Tak logik langsung.
Catat Ulasan