MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

31 Mac 2009

Hebat sangatkah Anwar dalam ekonomi ?

oleh : Gelagat Anwar

Anwar cukup berbangga, banyak kali dia mengucapkan kononnya dia punya ‘agenda’ ekonomi yang mampu membawa perubahan kepada Malaysia. Agenda Ekonomi Malaysia - dicanangkan sebagai ‘the solution’ kepada kebobrokan ekonomi Malaysia untuk tempoh masa panjang? Benarkah begitu?

Sebenarnya, Agenda Ekonomi yang dibawa oleh Anwar tidak mempunyai nilai ‘kebenaran’ yang mampu membawa kita keluar daripada masalah dan kemelut ekonomi global. Anwar tahu itu. Agenda ekonominya hanya untuk menyerang ‘dasar ekonomi baru’ yang pernah Anwar pertahankan hingga ke titisan darah yang terakhir. Waktu dalam UMNO, retorika Anwar akan mempertahan DEB adalah sesuatu yang real dan nyata.

Blog ini suka mencadangkan kepada Anwar untuk membaca buku ‘Spin-Free Economics: A No Nonsense Nonpartisan Guide to Today’s Global Economic Debate’ - karya, Nahriman Behravesh. Anwar kena tahu, dalam ekonomi - di manapun spektrum ekonomi kita berada; apa yang penting adalah - samada ianya membawa manfaat kepada rakyat. Noktah. Anwar tidak perlu menampilkan dirinya sebagai seorang ahli ekonomis yang pertengahan dan kononnya adil - kerana ‘kedudukan’ itu sendiri tidak relevan dan penting pada ketika ini. Ekonomi mesti bersifat problem solving kepada rakyat terbanyak. Anwar tidak perlu perasan bahawa dia adalah ’solution’ kepada masalah ekonomi ini.

Blog ini akan hormat dan ‘respect’ kepada Anwar sekiranya dia mampu menyusun strategi ekonomi untuk 4 negeri pembangkang. Mulakan dari situ. Gunakan network dan connection yang ada untuk bawa pelaburan ke negeri pembangkang. Gunakan segala bantuan yang ada untuk bawa ekonomi negeri pembangkang ke suatu tahap pencapaian yang luar biasa.

Anwar kena gunakan beberapa sidang ‘ekonomi’ peribadinya di tanah arab untuk membawa ‘manfaat’ kepada rakyat seluruhnya. Apakah Anwar sedang mengemis di negara Arab? Itu kita biarkan sahaja. Mengemis pun bukan untuk rakyat; untuk dirinya sendiri.

Anwar dalam blognya mengagungkan kononnya dia berada di Majmuat al-Barakah al Masrafiah di Bahrain. Kemudiannya singgah di Dubai. Merencana untuk rakyat - atau melihat pelaburan aset/tunai peribadi di beberapa bank di Dubai? Anwar kena jawab soalan ini?

Anwar tidak perlu lagi menampilkan lagi dirinya sebagai ‘the solution’ kepada masalah ekonomi dunia. Hakikatnya, empat negeri pembangkang pun belum mampu diuruskannya. Yang dia tahu, semua aset/tunai miliknya di tanah arab kekal membawa keuntungan berpanjangan. Tidak begitu Pak Sheikh. Kita pun ada kalangan kawan-kawan di Bahrain dan Dubai.

Anwar sememangnya tidak pernah ‘concern’ pun dengan masalah ekonomi rakyat. Pandangan balas Anwar dalam ekonomi rencam dan tidak terurus. Longgar. Lose dan tidak meyakinkan. Itu pandangan ekonomi Anwar. Apa yang telah beliau cadangkan? Saat bakal Perdana Menteri umumkan nilai RM60 bilion di Parlimen - Anwar terpempan. Tergamam. Tidak mampu berkata apa-apa.

Kita menginginkan Anwar membuktikan bahawa sentuhan ekonominya masih ‘berbisa’. Jangan bergantung dengan kejayaan lama memimpin MOF antara 1993 - 1998, kerana rakyat derita selepas daripada itu. Kalau setakat mengulangi strategi ekonomi Nabi Yusoff berulang kali; tanpa sebarang strategi nyata dan bersungguh - apa maknanya? Apakah penasihat ekonomi Anwar sudah meninggalkannya?

Penasihat ekonomi sebenar Anwar adalah Yahudi di Amerika. Tidak ada orang lain. Anwar hanya menjadikan ‘Washington DC dan Wall Street’ sebagai kiblat ekonominya. Tidak lebih daripada itu. Rakyat derita, bukan penting sangat kepada Anwar - asalkan dia terus kaya raya.

Agenda Ekonomi Malaysia = Agenda Ekonomi Peribadi Anwar.

sumber - gelagatanwar


1 ulasan:

Cucu Tok Selampit berkata...

Tuan,

Kejayaan YB BABI memimpin MOF dari tahun 1993 ke 1998? Kejayaan apa yang telah dilakukan olehnya. Beliau hampir sahaja membangkrapkan Malaysia dengan bersetuju meminjam dengan IMF. Nasib baik kita ada Tun Dr Mahathir yang menyelamatkan kita di dalam krisis ekonomi matawang pada ketika itu. Apa yang dapat diharapkan oleh Sarjana Muda Satera Kelas Ketiga. Bodoh-bodoh sayapun mendapat Kelas Pertama Sarjana Perbankan!