1996 - 1998 : Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan William Cohen, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat dalam acara sambutan kehadiran.
Bermula dari tahun 1996, badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD) telah berkerjasama dengan sebuah yayasan Amerika bernama Asia Pacific Policy Center (APPC)untuk melobi imej Anwar di Amerika.
Anwar telah membayar puluhan juta kepada Douglas Paal (bekas pengalisis kanan CIA ) pemilik APPC untuk melobi imej Anwar dan APPC berjaya memujuk William Cohen dan Madeline Albright datang ke Malaysia menemui Anwar dalam program Asia Pasifik anjuran bersama IKD-APPC.
1997 : Anwar dilantik Ahli Committee International Finance Corporation pada tahun 1997 oleh James Wolfensohn, Presiden Bank Dunia.
1998 : Michel Camdessus, Pengarah IMF melawat Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur. Anwar dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan World Bank dan International Monetary Fund (IMF), pada 1 April 1998
1998 - Ketika Anwar dipecat dari UMNO, Al Gore Naib Presiden Amerika Syarikat berucap dalam majlis APEC di Kuala Lumpur, memuji RE-FO-MASI rakyat Malaysia
1999 - Al Gore (Naib Presiden Amerika), Paul Wolfowitz (Duta Amerika di Indonesia), William Cohen (Setiasaha Pertahanan Amerika) dan Sam Nunn (Senator Amerika di Georgia) melobi untuk membebaskan Anwar dari penjara Malaysia
Anwar Ibrahim selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh 2004
2004 : Paul Wolfowitz (Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika) antara orang pertama melawat Anwar di Hospital Munich, Jerman
2005 : Anwar melawat Al Gore di London yang ketika itu menjadi pensyarah pelawat di St Anthony's College, UK. Al Gore telah melantik Anwar dalam dua badan yang dikuasainya berpusat di London iaitu Generation Investment Management Group dan AccountAbility.
Anwar Ibrahim Presiden Kehormat AccountAbility bersama Simon Zadek, Ketua Eksekutif AccountAbility, think tank Al Gore yang berpusat di London
2005 : Anwar Ibrahim berbincang dengan Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika di Pentagon, Pusat CIA, Amerika Syarikat
2005 : William Cohen (bekas Setiausaha Pertahanan Amerika), Anwar Ibrahim dan Wolfowitz (Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika) dalam satu perjumpaan di Hotel Washington, Amerika.
Anwar Ibrahim berhijrah dan menetap di Amerika Syarikat (2005-2007)
Paul Wolfowitz lantik Anwar sebagai pensyarah pelawat di John Hopkins University. Anwar melobi Paul Wolfowitz jawatan Presiden Bank Dunia kepada media antarabangsa
2005 : Paul Wolfowitz (Presiden Bank Dunia) lantik Anwar sebagai Konsultan Bank Dunia
2006 : Paul Wolfowitz lantik Anwar sebagai Pengerusi Foundation For The Future, sebuah yayasan Amerika yang berfungsi untuk menyebarkan demokrasi dan liberalisasi di Timur Tengah. Foundation For The Future dibentuk oleh teman wanita Wolfowitz iaitu Shaha Rezza
2006 : Semasa Anwar menjadi Pengerusi Foundation For The Future, dia bekerja di bawah Shaha Ali Reza (teman wanita Paul Wolfowitz). Shaha Reza pula bekerja di bawah seliaan Elizaberth Cheney, Principal Deputy Assistant Secretary of State Near Eastern Affair dan Coordinator for Broader Middle East and North Africa Initiatives (BREMA), Jabatan Negara Amerika Syarikat. Elizaberth atau Liz adalah anak kepada Dick Cheney, Naib Presiden Amerika Syarikat yang merupakan kawan rapat Paul Wolfowitz
Godfather Anwar adalah Paul Wolfowitz merupakan antara tokoh yang paling disayangi oleh Presiden Bush. Selepas Wolfowitz menjalankan dasar-dasar zionis semasa menjadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, dia dilantik pula menjadi Presiden Bank Dunia.
Anwar Ibrahim sambung kontrak sebagai pensyarah pelawat di Georgetown University di jabatan Christian and Muslim Understanding (CMCU) di bawah seliaan John Esposito.
2006 : Carl Gershman, Presiden National Endowment for Democracy (NED) lantik Anwar sebagai panel penasihat NED untuk menyebarkan demokrasi dan liberalisasi di seluruh dunia Islam
2006 : Carl Gershman, Presiden NED memilih Anwar sebagai Muslim Moderat 2005, yang diberi anugerah melalui sebuah yayasan di Amerika bernama CSID (Centre for Islam and Democracy) bertujuan sebagai pengiktirafan usaha-usaha memoderatkan agama dan melawan pengganas Islam
2007 : Anwar Ibrahim bersama-sama dengan tokoh CIA menghantar surat kepada Presiden Bush menyokong usaha pengikrafan Israel sebagai sebuah negara sah dan Mahmoud Abbas sebagai Presiden boneka Israel. Perjanjian yang diusahakan oleh Presiden Bush ini dinamakan Annapolis Summit gagal kerana mendapat tentangan hebat daripada majoriti penduduk Palestin dan negara-negara Islam termasuk Iran dan Syria.
Anwar Ibrahim menjadi konsultan atau orang tengah (pelobi) negara-negara Islam dengan pentadbir Amerika Syarikat. Anwar menjaga dua negara yang menjadi tumpuan Amerika iaitu Turki dan Indonesia. Anwar sering berulang alik ke dua-dua negara ini untuk menyampaikan mesej-mesej kerajaan Amerika.
Anwar Ibrahim proksi Amerika di Malaysia (2008 - sekarang)
2009 : Anwar berjumpa Madeline Albright, penasihat Hillary Clinton, Setiausaha Negara Amerika di Doha, Qatar. Dalam ucapan Anwar di Doha, dia memuji-muji kebijaksanaan Presiden Obama dan menawarkan diri untuk berkhidmat kepada Presiden Amerika itu.
2009 : Anwar pergi berjumpa semula dengan Al Gore di London. Tempat dan isi perbincangan dirahsiakan tetapi dipercayai ada kaitan dengan isu kes liwat dan usaha membodek Presiden Obama.
2009 : Anwar Ibrahim dan Muslim Moderat mengutus surat kepada Presiden Obama supaya pentadbirannya memberi tumpuan kepada demokrasi di Timur Tengah. Anwar dan Muslim Moderat menawarkan diri menjadi tenaga kerja kepada Presiden Obama.
sumber - AIDC Fotopages
2 ulasan:
Wah ramainya kawan Anwar semuanya berketurunan Yahudi..
Daripada rentetan ini, mmg dari dulu lagi Anwar ni talibarut Amerika. Tapi kita tak sedar.
Sekarang tugas Anwar sebagai proksi Amerika untuk menghancurkan negara Islam. Anwar bagaikan "musuh dalam selimut".
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua...
Say No To Anwar!
Catat Ulasan