MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Mac 2009

Bkt Selambau: Calon pilihan Anwar dibantah



Mar 20, 09 11:10am
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan muka baru S Manikumar sebagai calon Pakatan Rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April depan.

Beliau membuat pengumuman tersebut di Sungai Petani pagi ini.

Seorang muka baru dalam arena politik, Manikumar, 35, dianggap sebagai pilihan yang mengejutkan untuk mewakili Pakatan dalam pilihanraya kecil yang anggap sangat penting ini.

Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan penduduk asal Bukit Selambau.

Manikumar akan berdepan dengan calon BN, Datuk S Ganesan dari MIC dan sejumlah calon bebas dalam pilihanraya kecil tersebut.

Suruhanjaya pilihanraya menetapkan penamaan calon pada 29 Mac ini.

Bagaimanapun, pengumuman Anwar itu disambut dengan bunyi bantahan dari sesetengah penyokong PKR yang hadir.

Menurut saksi, penyokong tersebut - kira-kira 20 orang - adalah dari bahagian Merbok, yang menyokong seorang lagi calon K Masilamani.

"Mereka tidak gembira dengan pemilihan Manikumar kerana beliau tidak dikenali dan bukan anak jati (Bukit Selambau), tetapi dilahirkan di Alor Star," kata seorang pemimpin PKR tempatan.

Sebelum pengumuman dibuat, Masilamani yang juga seorang ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani, adalah antara tiga nama calon yang dicadangkan kepada pucuk pimpinan.

Dua orang lagi ialah ahli PKR Sungai Petani, Dr R Krishnamoorthy dan ahli jawatankuasa bahagian yang sama, S Sritharan.

Bagi menenang keadaan, Anwar telah menemui Masilamani dan meminta beliau supaya menasihatkan penyokongnya bertenang.

sumber - Malaysiakini.com


Pemimpin PKR terkejut Manikumar terpilih


Abdul Rahim Sabri | Mar 20, 09 1:02pm

Seorang pemimpin PKR, yang disebut-sebut sebagai calon DUN Bukit Selambau terkejut dengan pengumuman calon baru S Manikumar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini.

Dr R Krishnamoorthy, naib ketua Angkatan Muda PKR Kedah dan ketua penerangan Sungai Petani, berkata beliau bagaimanapun menyokong penuh pemilihan parti.

Beliau akan setia pada parti dan menyeru semua penyokong PKR bekerja keras untuk memastikan kemenangan Manikumar dalam pilihan raya yang berlangsung antara 29 Mac hingga 7 April ini.

Krishnamoorthy berkata beliau berharap pengundi boleh menerima calon muka baru ini, yang menyertai PKR selama dua tahun.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Manikumar sebagai calon Pakatan Rakyat bagi menggalas cabaran menentang calon BN Datuk S Ganesan.

Mereka berdua bakal menghadapi persaingan daripada lebih kurang 10 calon bebas.

sumber - Malaysiakini

Tiada ulasan: