MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Feb 2009

Strategi terbongkar : Senjata sulit PKR untuk menjatuhkan semula kerajaan baru Perak




GEMPAR!!

Pakatan Rakyat Perak diberitakan akan mengganggu gugat persidangan Dewan Undangan Negeri apabila mula bersidang nanti.

Menurut maklumat sulit yang kami terima dari pimpinan PKR Selangor, ada perancangan untuk Pakatan Rakyat meneruskan usaha membubar DUN Negeri Perak sebaik sahaja sidang Dewan bermula.

Berikut adalah diantara langkah langkah yang akan wakil rakyat Pakatan Rakyat lakukan demi mencapai cita cita mereka untuk mengadakan Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Perak;

Apabila semua Ahli Dewan Undangan Negeri mengambil tempat, Speaker Dewan yang masih lagi wakil DAP akan menggunakan kuasanya sebagai Speaker untuk MENGHALANG tiga ADUN iaitu, Yb Behrang, Yb Changkat Jering dan Yb Jelapang daripada masuk ke dalam dewan. Walaupun SPR mengesahkan ketiga tiga mereka masih lagi ADUN, tetapi Speaker akan memberikan alasan keputusan mahkamah belum diputuskan dan sebagai Speaker Dewan beliau akan pastikan ketiga-tiga Yb yang menjadi Bebas ini tidak dapat masuk dewan.


Ini akan menjadikan kedudukan bilangan dalam dewan sama rata iaitu 28 ADUN BN begitu juga 28 ADUN Pakatan Rakyat.


Disini salah seorang ADUN Pakatan Rakyat akan membawa usul untuk membubarkan Dewan untuk menghalang kerajaan negeri Perak daripada diterajui oleh Barisan Nasional.


Speaker Dewan akan mengarahkan agar keputusan dicapai melalui pengundian, sudah tentu nanti kedudukan bilangan undi akan menjadi 28 sama.


Dalam keadaan ini, Speaker Dewan tidak ada pilihan selain daripada merujuk kepada beberapa peruntukan yang termaktub dalam Perundangan tubuh kerajaan negeri.


Difahamkan bahawa Speaker boleh melakukan “toss coin” atau lambungan syiling sebagai pilihan terakhir untuk menentukan keputusan yang akan dicapai.


Tidak mustahil sekiranya Pakatan Rakyat sanggup bergantung kepada nasib semata-mata, dan mengizinkan lambungan syiling dilaksanakan. Ini bukanlah sesuatu yang merugikan pihak mereka, malah boleh dikira menguntungkan. Masakan tidak? Bukankah pada hakikatnya Pakatan Rakyat sudah hilang kuasa memerintah…? Jadi dengan hanya mempertaruhkan lambungan syiling besar kemungkinan Nizar, Ngeh dan Nga akan mencapai cita cita mereka untuk bertarung dengan BN dalam Pilihanraya DUN Perak.., dimana selama seminggu ini mereka terlalu inginkan ianya berlaku, yakin dengan kemenangan bakal menjelma!

Apakah Dr Zambry akan mengalami nasib yang serupa dengan Nizar seandainya kemenangan sekali lagi memihak kepada Pakatan Rakyat?

Demikianlah antara langkah langkah sumbang yang bakal diatur oleh barisan ADUN Pakatan Rakyat yang ternyata jelas mahu membelakangkan rang undang undang yang semestinya mereka junjung sebagai rakyat memahami Rukun Negara!

Bermula dengan tindakan Nizar mohon MENDERHAKA kemudian diikuti dengan insiden biadap penyokong mereka menyerang kenderaan Raja Muda, berbaring pula ditengah jalan menghalang kenderaan Sultan dan memecah cermin kereta sewaktu demonstrasi di Masjid Ubaidiah minggu lepas, Pakatan Rakyat terus meroyan apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak!

Kini giliran ADUN Pakatan Rakyat diberitakan mahu menghuru-harakan pula sidang Dewan Undangan Negeri Perak!

Siapakah dalang dibelakang semua tindakan rakus mereka ini? Siapakah yang menjadi penasihat keatas apa yang telah dan akan berlaku ini…??

Berbanyak terima kasih diucapkan kepada informer dari dalam PKR Selangor yang memberikan maklumat penting ini, samada akan berlaku atau pun tidak, sama-samalah kita tunggu…. Semoga penyokong penyokong dan ahli BN tidak terlalu gembira dengan keadaan di Perak sekarang ini.

sumber - medan info kita

Tiada ulasan: