MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Feb 2009

Pakatan tangguh saman MB baru Perak



IPOH: Pakatan Rakyat menangguhkan hasrat untuk memfail saman terhadap Menteri Besar Perak Ke-11, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang dijadual di Mahkamah Tinggi Ipoh, pagi esok.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, berkata hasrat berkenaan hanya ditangguh, bukannya dibatalkan.

"Saman itu tidak akan dibuat Selasa ini (esok) tetapi akan dilakukan secepat mungkin.


"Rakyat mesti menuntut hak untuk memilih kerajaan sendiri," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Timbalan Pesuruhjaya II Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata beliau akan memfail saman terhadap Dr Zambry kerana mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-11 ketika beliau belum meletak jawatan secara rasmi.

Katanya, tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor itu menyebabkan Perak kini mempunyai dua Menteri Besar dan akan mengakibatkan krisis perlembagaan.

Beliau berkata, saman itu akan difail oleh bekas Presiden Majlis Peguam, Raja Aziz Addruse.

sumber - Berita Harian

Tiada ulasan: