MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Feb 2009

Anwar digesa bertaubat perlu letak jawatan ! - Karpal



Oleh: ROSLAN BIAN


“Takbir baru untuk Anwar : ReformaSingh..ReformaSingh,”. Itu ungkapan sms yang tersebar luas sejurus tersiar berita Karpal Singh lepas bom terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam episod terbaru parti pembangkang selepas kerajaan campuran di Perak tumbang minggu lalu.


Kemarahan Pengerusi DAP bagai tidak dapat dibendung malah Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng turut dikecam kerana bersekongkol dan lebih bersetuju dengan Anwar berbanding menyokong Karpal.

Ahli Parlimen Gelugor itu akhirnya mengakui beliau kecewa kerana DAP seperti diperalat Anwar sebagai Ketua Pembangkang dengan retorik politiknya mengalakkan perbuatan wakil rakyat melompat parti bagi mencapai impian kerajaan baru 16 September tahun lalu.


"Beliau telah menyebabkan cukup masalah dan sudah tiba masa bagi Anwar bertaubat.

"Kini masa untuk Pakatan Rakyat memerlukan seorang lagi pemimpin," kata Karpal sambil menegaskan Anwar harus menjawab banyak persoalan terhadap kekecohan yang berlaku dalam barisan pembangkang ketika ini.



Katanya sebagai Pengerusi kebangsaan DAP, pemimpin dalam parti itu seharusnya memberikan sokongan terhadapnya dan bukan menyokong Anwar.


"Saya mohon sokongan... saya adalah Pengerusi DAP hingga sekarang. Saya memberi amaran kepada pemimpin parti saya jangan keterlaluan mendesak saya... saya telah banyak bersabar selama ini, janganlah jadikan perkara ini semakin meruncing," katanya.


Karpal seperti sudah insaf dan meminta Anwar bertaubat kerana tindak tanduknya itu tetapi bagaimanapun dengan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang?

Apakah beliau masih khayal dengan janji-janji termasuk jawatan timbalan perdana menteri sekiranya parti pembangkang berjaya menguasai kerajaan?

PAS harus membuka mata dan fikiran dengan kenyataan terbuka Karpal yang sudah tidak memperakukan Anwar sebagai ketua pembangkang kerana terus mencetuskan ketegangan di kalangan pembangkang.

Kejatuhan kerajaan campuran di Perak pastinya menconteng arang di muka pemimpin PAS kerana rakyat melihat kegagalan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mentadbir negeri itu.

Nizar menjadi Menteri Besar Perak ke 10, menaiki kenderaan rasmi juga nombor 10 tetapi akhinya menjadi menteri besar hanya selama kira-kira 10 bulan.

Lebih malang lagi kejatuhan kerajaan campuran DAP,PKR dan PAS di Perak ini kalau diteliti bukan sahaja disebabkan tindakan empat wakil rakyat keluar parti dan menjadi Bebas tetapi berpunca sikap tergesa-gesa Speaker Dewan Undangan Negeri V.Sivakumar menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Surat yang mendakwa wakil-wakil rakyat terbabit sudah meletak jawatan dan berharap SPR memutuskan pilihan raya kecil diadakan tetapi hasrat itu tidak tercapai apabila SPR menolak kerana meragui kesahihan surat peletakan jawatan wakil rakyat berkenaan yang sudah menafikan berbuat demikian.

Kesilapan Sivakumar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP kawasan Tronoh menyebabkan peluang PAS terus kekal mentadbir Perak melalui Nizar hanya tinggal impian setelah peluang terbaik diperolehi mereka melalui perkenan Sultan Perak selepas pilihan raya umum Mac tahun lalu walaupun PAS hanya menang enam kerusi sahaja.


Sebelum insaf atau bertaubat, inilah masa terbaik pemimpin-pemimpin PAS bermuhasabah dan berdiri di depan cermin melihat kesilapan parti itu yang sudah terkeluar landasan perjuangan sebenar sebaik bersekongkol dengan PKR dan DAP.


PAS perlu melakukan pembersihan dalam parti bagi memastikan pemimpin PAS yang pro-Anwar dikenali kumpulan Erdogan diketepikan daripada terus menjadi duri dalam daging parti itu.


Selama ini bukanlah sesuatu yang menguntungkan PAS berada dalam kumpulan pembangkang dan kerajaan campuran terutama di Perak mahupun Selangor.


Walaupun berkongsi kuasa dan dipilih sebagai Menteri Besar, kalangan pemimpin politik melihat mulut dan tangan Nizar terikat dalam membuat keputusan bagi kepentingan orang Islam dan Melayu di Perak.


Di Selangor pun apa kurangnya. Kepimpinan PAS diketuai Datuk Dr Hassan Ali menerima nasib hampir sama dengan Nizar.


Pandangan PAS diketepikan dalam sambutan 100 hari sambutan kerajaan campuran mentadbir Selangor, ahli PAS hanya diarah menjadi parkir dan memasang poster.


Isu kepentingan orang Melayu dan Islam sudah kerap kali tercabar sehingga ada bantahan dihantar kepada Sultan Selangor tetapi Hassan terus membisu kerana tidak mampu berbuat apa-apa dalam kerajaan yang lebih dikuasai KPR dan DAP.

Dengan macam-macam isu membabitkan penyelewengan yang didakwa melibatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pemimpin DAP dalam kerajaan campuran di Selangor, tidak mustahil PAS turut jadi mangsa seperti di Perak jika rakyat bangkit menolak mereka di negeri itu.

Kelantangan Karpal mahu menyaman Sultan Perak dan sikap Nizar yang mohon derhaka kepada Sultan Azlan Shah bakal mencatat sejarah hitam dalam pembangkang termasuk PAS.

Serangan Karpal terhadap Anwar juga bakal membuka episod baru parti pembangkang dan perkara ini dijangka terus berlarutan apabila beberapa PKR sudah mula mengecam Karpal bagi membela Ketua Umum mereka.

PAS harus sedar walaupun mereka tidur sebantal dengan PKR dan DAP tetapi masing-masaing mempunyai mimpi yang berbeza. Sebelum mimpi ngeri itu menjadi kenyataan, lebih baik PAS keluar daripada pembangkang. -9/2/2009

sumber - Agendadaily.com

2 ulasan:

Mr Joker berkata...

Mengenang Sejarah
Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini

DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.

Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.

Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.

Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.

Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.

Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”

Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.

Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.

Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.

Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;

Cuplikan itu seperti mana berikut:

DEWAN SANATE

Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.

Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.

ARAB BERSATU

Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.

Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.

MENJADI PERUNDING

Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.

Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.

MENGANGKAT SUMPAH
Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.

Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.

PARTI POLITIK

“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.

Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.

Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.

MENYIMPAN JANGGUT

Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.

Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”

Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA

Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.

Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.

Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’.

Tanpa Nama berkata...

Kes ini sangat berbeza dari kes Nizar.Kes Ghazali jawi adalah kes sultan tidak berkenan tetapi majoriti masih berada di tangan BN-UMNO.

Kes Nizar, Sultan Perak dan Raja Nazrin sayangkannya(sebelum kes embah derhaka).

Sultan boleh memecat MB bukan faktor sayang atau tidak tapi kerana Nizar hilang majoriti sesuai dengan artikel 16 fasal 7 yang menyatakan MB apabila hilang kepercayaan,dia mesti letak jawatan.

Dalam undang2 tubuh tidak diceritakan semestinya hilang kepercayaan dalam Sidang DUN.Cuba perhati baik2, Sultan panggil mengadap 31 orang ADUN yang katanya sokong BN,31 out of 59.Tidakkah itu majoriti?

Sultan akan dikatakan tidak adil apabila tidak mengikut undang2 tubuh sebenar iaitu apabila MB hilang majoriti,MB itu tidak lagi MB.