Analisis Kumbang selepas 2 artikel ini...
Elizabeth Wong - Mangsa Politik Dalaman PKR?
Berbanding skandal, Elizabeth Wong adalah ‘clear cut’ kes tidak bernasib baik sebenarnya. Tidak bernasib baik kerana bekas teman lelakinya adalah seorang yang tidak berhati perut. Waktu enjoy dan seronok-seronok - buat sama-sama. Tidak bernasib baik kerana dia berada di dalam parti yang salah. Tidak bernasib baik kerana dia ingin jadi ‘high-profile’ ADUN dan Exco Kerajaan Negeri. Tidak bernasib baik kerana sebagai wakil rakyat yang belum kahwin - ramai orang yang teringin kepadanya.
Lebih tidak bernasib baik, apa yang berlaku adalah nyatanya - kes ‘fatal attraction’ seorang ADUN PKR dengan seorang jantan PKR juga. Bukan orang lain. Internal connection. Orang dalam. Orang belakang tabir PKR. Kesian Elizabeth - memang mangsa yang tidak bernasib baik.
Kalau ikut gambar itu, bukan jelas sangat pun. Clear cut gambar biasa yang diambil untuk personal collection. Waktu intim. Waktu tengah hangat bercinta. Tapi samada gambar itu jelas atau tidak adalah sesuatu yang ‘immaterial’. Yang penting - ianya Elizabeth Wong.
Kalangan pimpinan tertinggi dalam PKR pasti kenal dengan ‘lelaki PKR’ yang dimaksudkan. Silap-silap, Anwar Ibrahim pun kenal. Memang kenal pun. Kita tahu dia kenal. Tetapi, Anwar lebih fokus nak serang orang lain. Ayat biasa. Ini semua ‘teori konspirasi’. Kerajaan nak tumbangkan kerajaan.
Suka diingatkan kepada Anwar - jaga orang PKR dahulu. Yang buat benah dan masalah ini bukan orang luar. Orang PKR sendiri yang gemar ambil kesempatan. Bukan orang luar yang merancang nak menjatuhkan sesiapa.
Lagipun, jika benar konspirasi ini dimulakan oleh orang luar - baik cari mereka yang lebih berkuasa dalam PKR. Gambar Khalid minum Chivas. Gambar Azmin kepit perempuan. Gambar Pak Sheikh tengah menikmati DVD ‘gay’ ke. Baru gempak. Ini baru konspirasi.
Elizabeth Wong ini terlalu hijau nak dijadikan ‘konspirasi’. Terlalu baru. Hakikatnya, Elizabeth Wong hanyalah bercinta dengan lelaki yang silap. Lelaki tidak setia. Lelaki kasanova. Salah siapa? Itu bukan salah konspirasi. Itu salah sendiri - tidak pandai menilai orang.
Elizabeth Wong mangsa politik dalaman PKR yang busuk dan bernanah - daripada pucuk sampai ke akar. Parti yang penuh dengan adu domba dan ketidaksetiaan. Parti yang korup dan tidak terbuka dengan pendapat orang lain. Parti yang terfokus dengan satu perkara, iaitu Anwar Ibrahim sahaja.
Kerja buat cemerlang Elizabeth Wong sebagai wakil rakyat padam sekelip mata dengan teredarnya gambar tersebut. Samada ianya perlambangan ‘gutter politics’ ataupun tidak; ianya jelas menggambarkan ‘gutter politics’ terdapat juga di dalam PKR. Di dalam kem Anwar sendiri. Salah siapa? Salahkan orang bawah? Atau salahkan Jeneralnya sendiri yang juga terlibat dalam banyak konspirasi.
Ooooppppsss…lupa. Inikan sebahagian daripada ‘gelagat’ Anwar..
Anwar Kena Perhati PKR Selangor…
Anwar Ibrahim cukup berbangga untuk memaklumkan bahawa dia dijemput ke Doha, Qatar untuk satu persidangan antarabangsa mengenai hubungan negara Barat dan Islam. Kalau dijemput untuk bercakap dan berbohong - sememangnya dunia Islam tidak perlukan watak lain. Anwar Ibrahim - sememangnya ‘renaissance man’, dalam usaha mendapatkan ‘buy-in’ orang luar mengenai perjuangan politiknya.
Selalu berbangga dengan status ‘graduan Sungai Buloh’ - kononnya atas nama demokrasi; sedang isu sebenarnya adalah - moraliti.
Mengikut cerita orang dalam PKR di Selangor; sudah ada permulaan retak kepada hubungan sesama pemimpin PKR di Selangor. Retak dalam PAS, kita memang maklum. Terbaru - retak dalam PKR. Bunyi-bunyi tentang Azmin Ali sudah tidak tahan dengan kebodohan dan kelembapan Khalid Ibrahim memang tidak boleh dikawal lagi. Azmin memang tidak berpuas hati dengan cara Khalid memimpin parti. Khalid Ibrahim tidak suka orang parti - yang mengikutnya ke hulu ke hilir, menagih projek. Sedang kepada Azmin Ali - ini kaedah menjaga penyokong parti. Kalau ada projek - kita mesti ‘bahagi-bahagi’ dengan orang parti.
Namun, Anwar perlukan Khalid sebagai strategist. Kalau nak berpolitik sahaja - Anwar pasti dah lantik Azmin sebagai Menteri Besar. Tapi, Anwar mahu gunakan Khalid sebagai ‘economic player’ kepada Anwar. Kalau mahu cita-cita besarnya tercapai - Anwar mesti mempunyai ‘lembu sembelihan’ yang cukup sihat. Lembu yang ada akal ekonomi - bukan Azmin yang bengap sejak dari kecil.
Rasanya, tak perlulah Anwar pergi ke Doha berbincang tentang bagaimana dunia Islam dan Barat dapat mencapai tahap ‘persefahaman’ jika di Selangor, Perak, Kedah dan banyak negeri lagi - Anwar belum mampu nak selesaikan. Ini tidak - yang depan mata, masalah meruncing yang merosakkan kesatuan parti; ditinggalkan untuk mencari ‘fame’ di Qatar.
PKR Selangor jadi lesu sebab Khalid Ibrahim memang tidak membenarkan ‘circle’ kepartian mendampinginya secara melampau. Khalid tidak pernah percaya dengan Azmin; malah menganggap Azmin sebagai ‘mata-mata’ Anwar di dalam mesyuarat strategik di Selangor.
Azmin - hanya gilakan ruang membuat harta dan kekayaan. Tidak lebih daripada itu. Kawasan pun tidak terlalu dijaga. Setakat letakkan poster dan ucap selamat itu dan ini. Pembangunan strategik kawasan tidak pernah difikirkan.
Azmin jadi tidak gembira kerana ‘inner circle’ PKR sendiri tidak dilayan secara baik oleh Pejabat Menteri Besar. Banyak surat sokongan yang Azmin tandatangan; tidak ke mana. Ini boleh lead kepada kekacauan dalam parti. Azmin cukup maklum dengan perkara ini. Tetapi bila diberitahu kepada Khalid - bagaikan bercakap dengan dinding. Azmin kecewa.
Anwar sengaja tidak mengambil Azmin untuk menjadi Menteri Besar Selangor kerana - limitasi akal. Azmin adalah ‘warrior’. Dia hanya tahu nak berperang sahaja. Berfikir kurang. Ini bukan ‘forte’ Azmin Ali.
Tetapi dalam konteks ‘party politics’ - Azmin memang player nombor wahid. Tidak ada tolok bandingnya. Sebenarnya, dalam konteks PKR di Selangor - Azmin punya ‘control’ yang total. Khalid Ibrahim ibarat CEO yang tidak tahu apa jadi dengan parti. Memang dia tidak ada minat untuk tahu.
Dengan khabar angin yang agak kuat mengenai kemungkinan wujudnya Wakil Rakyat lompat parti di Selangor - Azmin akan menjadi ‘caretaker’. Harapkan Khalid - jawabnya, Selangor pula bakal runtuh. Anwar cukup faham dengan keadaan ini - dan sudahpun beberapa kali mengadakan pertemuan tertutup untuk memperhalusi suasana dan keadaan ini. Debar Anwar belum hilang.
Berada di Doha, adalah penting untuk ‘international presence’ Anwar; tetapi dia sebenarnya lebih pening dengan situasi dan keadaan semasa. Amanat ‘kemurkaan’ Sultan Selangor - tidak membantu Anwar/Khalid/Azmin langsung.
Anwar cukup memahami bahawa - politik PKR belum mungkin tenang untuk beberapa ketika ini.
-http://gelagatanwar.wordpress.com
Analisis Kumbang...
Kumbang secara peribadinya tidak mahu menulis mengenai Eli lagi kerana menghormati beliau yang kini tertekan akibat 'dikenakan' orang. Tetapi Kumbang tulis juga perkara ini untuk menyatakan teori Kumbang dan rakan-rakan. Apakah punca sebenar skandal Eli dan Khalid ?
Pertama, bermula dengan Eli. Ramai yang tahu. Bekas kekasih beliau, Hilmi adalah ahli PKR tegar di kawasan Pandan Selangor dan rakan-rakan sekeliling beliau adalah ahli PKR. Secara mudahnya, jika gambar-gambar ini disebarkan atau tersebar berpunca daripada Hilmi sudah pasti PKR adalah puncanya kerana Hilmi adalah ahli PKR.
Soalnya, siapa yang menyuruh Hilmi menyebarkan gambar tersebut ? Orang UMNO atau PKR?
Apa motifnya ?
Kedua, seperti ditulis oleh Gelagat Anwar di atas, skandal ini adalah berpunca daripada masalah dalaman PKR. Eli sebagai exco yang dikatakan tegas dalam hal alam sekitar mungkin menjengkelkan adun atau ahli PKR yang lain kerana ketegasannya itu melarang projek pembangunan di cerun bukit.
Bagaimana jika projek itu diluluskan dan disokong oleh adun PKR lain ?
Tentu perkara ini menyebabkan mereka merasa tidak puas hati. Justeru itu Kumbang melihat secara teori, jika Eli meletakkan jawatan sebagai Exco. Hanya adun PKR yang akan dilantik menggantikan beliau dan sekaligus memberi manfaat kepada adun-adun PKR lain yang selama ini jengkel melihat Eli berkuasa serta menunggu masa merasai kerusi empuk jawatan exco.
Persoalannya, adakah skandal ini dirancang oleh mereka ?
Ketiga, soal Khalid Ibrahim. Masalah Khalid Ibrahim ini ialah beliau adalah seorang tokoh korporat dan pentadbiran di Selangor kita lihat ada-ada unsur korporat di dalamnya. Secara rambangnya pada pandangan Kumbang. Khalid 'gagal' dalam menjadi seorang tokoh politik di Selangor kerana beliau masih mengikut rentak dan gaya korporatnya itu. Ini dibuktikan dalam artikel di atas. Ahli-ahli PKR sendiri tidak dilayan dengan baik, yang mana projek-projek kerajaan negeri tidak diberikan kepada mereka walaupun mendapat sokongan Azmin Ali. Ahli-ahli PKR yang kita tahu terdiri daripada reformis-reformis yang rela bergolok bergadai demi perjuangan kini dipandang sepi oleh kepimpinan Selangor. PKR telah berkuasa di Selangor tapi projek-projek tidak sampai di tangan mereka.
Ini yang memeningkan kepala Azmin dan kepimpinan PKR yang lain. Saban hari mereka dihujani dengan pertanyaan.
Kenapa kami sebagai ahli PKR tidak diberikan projek ?
Projek ini diberi pada siapa ?
Situasi ini bagi sesetengah pihak adalah punca kenapa konspirasi menjatuhkan Khalid dilakukan.
Satu pertanyaan mudah untuk menyokong teori ini.
Bagaimana surat kerajaan negeri ini boleh bocor tanpa bantuan orang dalam ?
Adakah orang UMNO berani untuk melakukan sedemikian ?
Kumbang rasa tidak.
Bagi kebanyakkan ahli PKR hanya Azmin layak menjadi Menteri Besar kerana beliau adalah ahli politik yang tahu menjaga hati pengikutnya. Khalid bagi mereka, adalah orang yang baru hadir selepas reformasi berakhir dan Anwar dibebaskan tidak mengenali erti jerih payah perjuangan mereka.
Persoalannya di akhir posting ini..
Apakah benar semua teori-teori di atas ?
Adakah benar 2 skandal Eli dan Khalid ini adalah mainan dan puncanya datang daripada PKR sendiri ?
Penuh tanda tanya...
Pendapat anda bagaimana tentang isu ini ?
sumber - Analisis Ringan
1 ulasan:
Salam semua,
Fakta Kumbang petik daripada blog Gelagat Anwar yang menyatakan orang PKR tidak mendapat projek ini telah kumbang dengar di kedai-kedai kopi di Selangor seawal bulan 6 yang lalu.
Hairan untuk difikirkan PKR paling banyak kerusi kurang dapat projek berbanding PAS dan DAP.Disebabkan itu orang PKR sendiri mahu menjatuhkan khalid
Kumbang dengar-dengar di Perak pun serupa. Orang PAS di sana kurang kerusi daripada PKR tapi dapat lebih projek ? DAP sudah tentu kaut semuanya. Mungkin ini adalah punca 2 orang itu melompat menyokong Barisan Nasional.
Penuh tanda tanya.
Kalau siapa tahu boleh berkongsi...
Wassalam.
Catat Ulasan