MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Feb 2009

Kes Anwar: Mahkamah putuskan 5 Mac semakan permohonan

Oleh ZANARIAH ABDUL MUTALIB

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 5 Mac depan untuk memutuskan rayuan pasukan pendakwaan memindahkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Mahkamah Sesyen.

Semalam, Mahkamah Tinggi menolak bantahan awal Anwar Ibrahim terhadap rayuan pasukan pendakwaan untuk kes liwatnya didengar di Mahkamah Tinggi.

Terdahulu pada sidang mahkamah pagi semalam, Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden kekal mengetuai pasukan pendakwaan kes liwat Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran keputusan pihak pembela untuk menarik balik permohonan menggugurkan beliau.

Ketua pasukan peguam Anwar, Sulaiman Abdullah berkata, Mohd Yusof telah menghantar afidavit yang membuat perakuan bahawa beliau tidak mempunyai kertas siasatan insiden mata lebam bekas Timbalan Perdana Menteri itu walaupun beliau menganggotai Suruhanjaya Diraja menyiasat insiden tersebut.

sumber: mStar Online

1 ulasan:

Widuri3z berkata...

Entahlah, bila selesai kes ni. Asyik peringkat semakan lagi..Nampak gayanya, tahun depan jugak baru start bicara kes liwat bapak Anwar ni..