MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Feb 2009

Apabila Khalid Ibrahim mula menggantung pekerjanya..

Bagi menutup isu-isu salah guna kuasa beliau, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Lembaga Pengarah Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah mengarahkan Ketua Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Datin Khairiyah Abu Hassan dan Pengurus Kewangan, Nora Azmin Radzuan cuti bergaji selama 30hari sementara kajian rekod perakaunan anak syarikat kerajaan negeri itu dibuat.

Alasan Khalid untuk melicinkan penyiasatan kita harus terima dan akur sungguhpun dakwaan yang dibuat iaitu kerana terdapat kelemahan dalam perakaunan syarikat.


Menurut Kenyataan Rasmi Pejabat Menteri Besar, “Antara rekod-rekod yang disyaki terlibat termasuk penyerahan dokumen kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan urusniaga pembelian serta penjualan hartanah di Mekah di antara tahun 2006 hingga 2007.”


Oleh kerana dakwaan ini tidak jelas maka kita tertanya-tanya apakah ini merupakan siasatan sebenar atau sekadar usaha mengalih tumpuan daripada isu-isu salah guna kuasa yang beliau hadapai sekarang.

Motif Khalid Ibrahim agak meragukan kerana apa relevannya beliau mengambil alih kerja LHDN menyiasat dokumen-dokumen cukai yang dikemukakan kepada LHDN.

Selain itu, kita juga tertanya-tanya mengapa sekarang baru timbul penyiasatan mengenai pembelian dan penjualan hartanah di Mekah sedangkan beliau telah diberi taklimat semasa beliau menjejak kaki ke dalam kerajaan negeri lagi?

Apakah ini merupakan satu bentuk ugutan kepada kakitangan anak syarikat kerajaan negeri memandangkan beliau kemungkinan bakal menghadapi tindakan undang-undang yang membabitkan saksi-saksi dari kakitangan kumpulan ini?

Akhir sekali kita tentu wajar bertanya, jika kedua-dua kakitangan ini yang membuat kerja berasaskan keputusan Lembaga Pengarah PNSB boleh "digantung" kerja kerana disyaki "cuai", bagaimana pula dengan Tan Sri Khalid sendiri?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun melengkapkan kertas siasatan mengenai pembelian lembu korban dan penyelenggaraan kereta peribadi beliau dan mendapati wujud kesalahan dengan bukti yang kukuh untuk pendakwaan.

Apakah Khalid tidak perlu bercuti sehingga kes beliau selesai? Mengapa perlu ada double standard?

sumber - mykmu.net

Tiada ulasan: