MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

11 Feb 2009

Raja Petra bukan setakat mahu bunuh Anwar..



email MolePKR

Saya tidak fikir keratan media The Star yang sedang berlegar di internet yang memetik kata-kata Raja Petra Raja Kamaruddin, blogger upahan Yayasan Kristian Jerman mahu membunuh tuannya, Anwar Ibrahim.

Saya tidak fikir begitu, tetapi saya fikir sebaliknya.

Kenyataan media Raja Petra seperti yang dipetik oleh The Star sebagai susulan kenyataan karpal Sighn yang telah melayakkan batang tubuh Anwar Ibrahim sebagai faktor penyebab tumbangnya kerajaan PR di Perak.

Kenyataan Raja Petra itu sebagai peluru untuk menuetralkan semula hujah Karpal. Tidak adil menyalahkan Anwar Ibrahim seorang diri, sebaliknya perlu juga dipersalahkan Lim Kit Siang (Penasihat Kebangsaan DAP) dan Datuk Seri Abdul Haji Awang (Presiden PAS) kerana ketiga-tiga pihak itu terlibat dalam membina kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Bermakna semakin tersebar keratan media itu, semakin berjaya Raja Petra menjadikan ketiga-tiga pihak itu bersalah. Bukan Anwar Ibrahim seorang yang patut dipersalahkan, kata Raja Petra.

Anwar Ibrahim sudah dilihat oleh hampir majoriti rakyat Malaysia orang yang menjadi punca keruntuhan kerajaan PR itu. Karpal cuma mengesahkannya apa yang telah oleh orang lain sebelum itu.

Tetapi Raja Petra memasukkan dua tokoh lain untuk dipersalahkan, iaitu Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Haji Awang. Dalam hati kecil Raja Petra, di antara Lim Kit Siang dan Abdul Hadi Awang, siapakah yang paling bersalah ?

Saya fikir, niat Raja Petra sebenarnya untuk mengurangkan fokus keterlaluan kepada Anwar Ibrahim tetapi perlu difokuskan kepada dua tokoh lain. Siapa yang paling bersalah, menurut percaturan Raja Petra ?

Sebelum ini Raja Petra mempunyai dendam peribadi kepada Presiden PAS hingga dilukis wajah Presiden PAS sebagai "Wanted". Semua ini dilakukan semata-mata untuk membela Anwar Ibrahim yang dibelasah oleh Presiden PAS dalam akhbar tabloid Harakah.

Bermakna Raja Petra pernah mempunyai rekod buruk kepada Presiden PAS. Tetapi Raja Petra tidak mempunyai rekod buruk kepada Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim.

Malah Raja Petra sanggup lakukan apa sahaja kepada Anwar Ibrahim. Dari Anwar dipenjara, wujudlah Free Anwar Campaign (FAC), hingga Anwar dibebaskan, maka wujudlah Malaysia-today.

Malah Raja Petralah pemuja Anwarisme nombor wahid. Ketika kejayaan PR dalam pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini, Raja Petra seperti media antarabangsa meletakkan faktor kejayaan itu hanya FAKTOR ANWAR IBRAHIM.

Tetapi ketika strategi Anwar semakin hilang auranya dan berakhir dengan runtuhnya kerajaan PR di Perak, Raja Petra seperti media antarabangsa tidak meletakkan kesalahan seratus peratus kepada Anwar Ibrahim, tetapi turut dipersalahkan Lim Kit Siang dan Abdul Hadi Awang.

Itu baru benar-benar adil.

Jadi jangan diperlekeh sumbangan Raja Petra kepada Anwar Ibrahim. Raja Petra, anak kelahiran kacukan Mat Salleh, pemikirannya lebih condong kepada Barat. Jadi di sinilah titik pertemuan pemikiran Raja Petra dan Anwar Ibrahim.


artikel lain berkaitan :

1. Anwar arah Raja Petra serang Presiden PAS ?


3 ulasan:

cd3685 berkata...

RP ni patut di RIP je...

bzz berkata...

tak mungkin penulis skrip terbaik akan bergaduh dengan pengarah dan pelakon terbaik. Tak menang anugerahlah macam ni.

Mereka sedang bikin cerita, "Gangbang Milioner"

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

anwar dulu janji kat dia jawatan kabinet..dah setahun tak jadi menteri lagi..dia marah lah..