MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Feb 2009

Netanyahu PM baru Israel



BAITUL MAQDIS 20 Feb. - Presiden Israel, Shimon Peres hari ini menamakan Benjamin Netanyahu sebagai Perdana Menteri negara rejim Zionis itu untuk membentuk kerajaan baru, selepas keputusan pilihan raya yang tidak memberi kemenangan mutlak kepada mana-mana parti yang bertanding.

Dengan berpegang kepada prinsip 'peperangan adalah perdamaian' Netanyahu kembali untuk menerajui rejim Zionis Israel, selepas Parti Likud pimpinannya tewas pada pilihan raya tiga tahun lalu.

Pada pilihan raya kali ini yang berlangsung pada 10 Februari lalu, Parti Likud hanya memenangi 27 kerusi Parlimen, kurang satu kerusi daripada Parti Kadima pimpinan Menteri Luar, Tzipi Livni.

Namun, disebabkan jeneral 'perang' itu mendapat sokongan kuat daripada pemimpin parti-parti kecil yang lain, dia kembali dipilih untuk menyandang jawatan paling tertinggi dalam kerajaan rejim Zionis itu.

Berusia 59, yang pernah menjadi panglima 'perang' ini adalah tokoh termuda pernah menjadi Perdana Menteri Israel ketika berumur 45 tahun.

Reputasi Netanyahu jatuh ketika rejim Zionis itu tewas kepada Hizbullah dalam perang Lebanon pada tahun 2006 diikuti dengan skandal rasuah dan kegagalan membendung serangan roket pejuang Palestin dari Genting Gaza ke wilayah Israel. - AFP

sumber - Utusan Malaysia


Tiada ulasan: