MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Feb 2009

Kes Liwat Anwar disambung pada 24 - 27 Februari

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamed Zabidin Mohd Diah memutuskan 25 hingga 27 Februari ini untuk mendengar permohonan yang dibuat pihak pembelaan supaya mengecualikan Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden daripada mengendalikan kes liwat tersebut atas alasan beliau mewakili Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam Suruhanjaya Diraja menyiasat kes mata lebam Anwar.
Dalam hujahnya, Sulaiman Abdullah peguam mewakili berkata, pihaknya baru sahaja menerima arahan untuk membuat permohonan itu daripada anak guamnya (Anwar).

"Yang Arif, kami sudah pun bersedia dengan hujah berhubung permohonan pendakwa raya untuk semakan pembatalan keputusan Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan kes Datuk Seri Anwar dipindah ke Mahkamah Tinggi.

"Bagaimanapun, saya baru sahaja mendapat arahan daripada Datuk Seri Anwar supaya memohon untuk mengecualikan Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden daripada mengendalikan kes ini dan juga permohonan semakan kerana beliau mewakili Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam Suruhanjaya Diraja menyiasat kes mata lebam Datuk Seri Anwar," katanya.

Sulaiman berkata, Anwar memohon maaf kerana tidak dapat hadir pada sesi hari ini kerana mempunyai hal yang mendesak.

Hujung tahun lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah telah memutuskan pendengaran bagi permohonan pendakwaan untuk memindahkah kes itu dari Mahkamah Seksyen ke Mahkamah Tinggi, tetapi kes itu terpaksa ditangguh lagi kerana peguam bela Anwar membuat permohonan baru untuk mengecualikan Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden daripada mengendalikan kes tersebut.

Tindakan peguam bela Anwar ini dilihat oleh ramai pemerhati politik sebagai usaha untuk melengah-lengahkan perbicaraan kes liwat supaya masyarakat Malaysia melupakan kes tersebut.

Team berita AIDC


2 ulasan:

TAIPINGMALI berkata...

rasanya dia punya kes ni tak akan selesai...kalau dok drag macam tu...umur dia pun dah 61. mungkin setahun dua lagi dia jalan.......tutup buku di mahkamah dan tutup parti PKR

adam d'Ant berkata...

Bilalah nak mula perbicaraan si Al-Juburi nih....harap2 lepas ni mahkamah jgn melayan kerenah orang tua yang semakin out of mind nih..

Harap2 tak buang kes setelah tertangguh2 atas sebab Al-Juburi dah tak siuman!