email dari MolePKR
Begitu besar rumah banglo Hilmi Malek, kekasih Elizaberth Wong, di Taman Ampang Jaya, Selangor. Dari mana dia dapat duit membeli banglo semewah itu ?
Kalau sebesar itu rumah yang didiami kekasih Eliz bermakna begitu banyak sekali pendapatan Hilmi yang pernah bekerja sebagai pembantu khas kepada Ahli Parlimen PKR Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian.
Kalau setakat pembantu khas Ahli Parlimen PKR, gajinya tidak melebihi rm4000 sebulan. Kalau gaji sebanyak itu tidak mampu membayar kos harian untuk tinggal di banglo semewah itu. Tidak tahulah jika Helmi mendapat pendapatan-pendapatan lain yang tidak nampak sekurang-kurangnya rm15,000 sebulan sesuai dengan status banglo itu ?
Anehnya kekasih Eliz juga dikatakan sudah berhenti bekerja sebagai pembantu khas ahli parlimen PKR sejak sebulan lepas. Maknanya sekarang dia penganggur, jadi dari mana dia dapat duit kalau sudah berhenti kerja ?
Lagi menarik kekasih Eliz juga kerap ke luar negara dan jarang berada di Malaysia. Eliz juga telah bercuti sejak semalam pun pergi ke luar negara. Adakah mereka sama-sama berjumpa di luar negara untuk sama-sama menyelesaikan kes foto itu ?
Eliz dalam tulisannya di blognya sejurus selepas menang DUN Bukit Lanjan, secara terbuka menulis rakaman terima kasih kepada kekasihnya, Helmi yang dikatakan banyak membantu, sabar dan berkorban untuk memenangkannya dalam PRU itu.
Apa jasa dan pertolongan Hilmi yang begitu besar kepada Eliz, hingga Eliz exited merakamkan ucapan terima kasih ?
Setelah Eliz menjawat jawatan exco, apakah Eliz tidak membantu kekasihnya yang dikatakan banyak membantu itu sebagai membalas jasanya ?
Kenapa Hilmi lari ke luar negara ketika heboh isu foto Eliz tersebar ? Kenapa dia tidak balik ke Malaysia memberi keterangan, hinggakan polis terpaksa menggunakan khidmat interpol ?
Kenapa pula Eliz cepat-cepat berlepas ke luar negara, katanya untuk mencari 'ketenangan jiwa' ?
Banyak misteri yang belum dibongkar..
1 ulasan:
Rahsia kekasih Elizabeth makin terbongkar...mmg sah Hilmi ni 'kekasih gelap' Elizabeth...
Ada kemungkinan Elizabeth ke luar negara bertemu dgn kekasihnya...
Tapi apa sebab utama mereka bergaduh???
Catat Ulasan