MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Feb 2009

Foto Eli: Polis sahkan lelaki itu Hilmi



Feb 20, 09 3:59pm
Polis hari ini menasihatkan bekas teman lelaki Elizabeth Wong supaya tampil membantu siasatan berhubung penyebaran gambar bogel exco kerajaan negeri Selangor itu.

Lelaki berusia 30-an itu disahkan oleh polis sebagai Hilmi Malek, kini dipercayai berada di Indonesia

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman juga menafikan laporan media bahawa dua individu ditahan berhubung kes itu semalam.

Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa mereka adalah wartawan Malay Mail yang dipanggil malam tadi untuk memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.

Beliau juga menafikan Elizabeth diperangkap sewaktu foto-foto itu dirakam.

"Sebaliknya pihak polis percaya gambar itu telah dirakam oleh orang yang dikenali oleh pengadu (Elizabeth)," kata Muhammad Sabtu.

"Maka polis meminta pihak media supaya jangan membuat spekulasi atau menokok tambah cerita dalam kes ini. Pihak polis juga tidak mahu hal-hal peribadi pengadu dan mana-mana pihak dispekulasikan."

sumber - Malaysiakini


Tiada ulasan: